top of page

Lahir untuk Beraksi di Litar: Volkswagen Malaysia Lancar Model Eksklusif Golf GTI Sepang Edition

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 9 Okt
  • 3 min membaca

Golf GTI Sepang Edition

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini berbesar hati untuk memperkenalkan Golf GTI Sepang Edition, kereta pertama di Malaysia yang hadir dengan lambing rasmi Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Ia juga merupakan kolaborasi pertama Volkswagen Malaysia dalam penghasilan sebuah model edisi khas.


Golf GTI Sepang Edition

Pencapaian ini adalah satu bentuk penghormatan terhadap legasi sukan permotoran di Malaysia. Ia membawakan adrenalin dan semangat SIC kepada para peminat jentera GTI di seluruh negara. Model GTI edisi khas ini menjadi simbol kepada kebanggaan negara, semangat pemanduan dan ikatan yang tidak dapat dipisahkan di antara prestasi di litar dan keselesaan pemanduan harian.


Golf GTI Sepang Edition

Sejak sekian lama, SIC telah menjadi lambang tentang kelajuan di Malaysia kerana pernah menjadi pentas perlumbaan Formula 1, kejohanan MotoGP dan sukan permotoran bertaraf antarabangsa. Kini, semangat yang sama diraikan menerusi GTI Sepang Edition: sebuah jentera yang diinspirasikan daripada litar dan dibina khas sebagai tribute terhadap prestasi dan kebanggaan Malaysia.


Golf GTI Sepang Edition

Tawaran Edisi Terhad

Sempena pelancaran Golf GTI Sepang Edition, VPCM turut memperkenalkan promosi jualan 10.10 yang pertama seumpamanya. Untuk 10 unit terawal yang didaftarkan, pelanggan akan menikmati 0% kadar faedah pinjaman selama 10 bulan, sekali gus menjadikan pemilikan jentera yang diinspirasikan daripada sukan bermotor ini lebih mudah. Promosi sekali sahaja ini direka untuk meraikan kemunculan sulung model edisi khas yang diinspirasikan daripada litar Sepang. Pada masa sama menghargai para peminat tegar yang pantas mendapatkan unit masing-masing.


Golf GTI Sepang Edition

Simbol Dunia Pemotoran di Malaysia

Golf GTI Sepang Edition ialah ekspresi berani tentang semangat patriotisme dan kecintaan terhadap pemanduan. Model edisi terhad yang dipasang tempatan ini menggabungkan berinspirasikan rekaan dunia yang pemotoran bersama logo eksklusif litar ikonik SIC, pada masa sama mengekalkan DNA prestasi sebuah Golf GTI.


Golf GTI Sepang Edition

Ciri-ciri eksklusif Golf GTI Sepang Edition termasuklah:

  • Emblem Sepang Edition pada bahagian belakang

  • Logo Sepang Edition dengan kemasan UV Gloss pada tiang-B

  • Rim aloi ringan Richmond bersaiz 18” berwarna kelabu matte dengan penutup hab roda dinamik “GTI”

  • Kemasan sporty pada bahagian sisi untuk gaya yang berinspirasikan sukan bermotor

  • Perumah cermin sisi berwarna hitam

  • Karpet lantai GTI dan penutup injap GTI

  • Plat asas Sepang Edition yang eksklusif

  • Bumbung, spoiler hadapan, diffuser belakang dan skirting sisi berwarna hitam untuk gaya lebih agresif

  • Perakam Trafik Universal 2.0 (depan & belakang) dengan sensor penglihatan malam Sony Starvis untuk keselamatan dan ketepatan

  • VW Tint original

  • Pemegang kunci dengan sijil ketulenan


Golf GTI Sepang Edition

DNA Litar, Bersedia di Jalan Raya

Di sebalik semua sentuhan eksklusif itu, Golf GTI Sepang Edition tetap berpegang kepada karekter GTI yang ikonik: lincah, berkuasa dan cukup seronok untuk dipandu. Ia merupakan sebuah kereta yang membawa semangat SIC dan pengendalian dinamik GTI ke jalan raya setiap hari.


“Bukan sekadar sebuah kereta: inilah semangat Sepang yang dijuruterakan ke dalam sebuah ikon,” kata Pengarah Urusan Volkswagen Passenger Cars Malaysia, Renate Noessler.


“Dengan model Edisi Khas ini, kami meraikan warisan permotoran Malaysia yang kaya dan memberi peluang kepada para peminat untuk memiliki sebahagian daripada kuasa pemotoran negara. Sebuah kereta yang mendapat nama daripada litar dan dihasilkan untuk dipandu di atas jalan raya. Ia sememangnya satu pernyataan, kami berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Litar Antarabangsa Sepang di dalam projek yang pertama kalinya untuk Volkswagen di rantau ini.



“Menjadi jenama automotif pertama bekerjasama dengan SIC dalam memperkenalkan sebuah kenderaan, ia menjadi bukti penghormatan kami terhadap legasi perlumbaan di Malaysia dan komitmen kami untuk menghasilkan kereta yang penuh dengan karekter. Kolaborasi ini membolehkan kami mencipta sejarah bersama-sama dan kami sangat bangga dengan pencapaian ini.”


Golf GTI Sepang Edition

“Kerjasama di antara Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan Volkswagen menandakan satu lembaran baharu yang cukup menarik dalam budaya sukan bermotor di Malaysia. Ia bukan sekadar satu pelancaran kereta, malah turut meraikan identiti, rasa bangga dan semangat yang dikongsi bersama yang mentakrifkan SIC. Selama lebih dua dekad, SIC telah nenjadi nadi kepada sukan permotoran negara, sebuah arena yang menyatukan semangat dan komuniti. Kami sangat berterima kasih kepada Volkswagen kerana membawa legasi SIC melangkaui litar ini. Golf GTI Sepang Edition menjadi simbol kebanggan sukan permotoran negara yang dekat di hati rakyat Malaysia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif.


Satu Edisi Istimewa untuk Rakyat Malaysia

Golf GTI Sepang Edition turut didatangkan dengan penyelenggaraan percuma selama 7 tahun, serta jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan percuma selama 5 tahun – sebagai sebahagian daripada Volkswagen Assurance Package (VAP).

Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Pandu Pandu Icon
PanduBabes Logo
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta. Bersama PanduBabes, kami membawa cerita, inspirasi dan acara untuk komuniti peminat automotif Malaysia.
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2025 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page