Lebih Daripada Sekadar Perjalanan: Auto ConneXion-Ford Eratkan Hubungan dan Hargai Setiap Perjalanan Pemilik

KUALA LUMPUR, 26 Ogos 2026 – Sime Darby Auto ConneXion-Ford (Auto ConneXion-Ford), pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia, terus meraikan semangat pemilikan yang menyatukan ribuan peminat Ford Ranger Generasi Baharu di seluruh negara. Sempena bulan Merdeka ini, syarikat itu memperkukuh komitmennya untuk bukan sahaja menawarkan pengalaman pemanduan yang luar biasa, malah membina sebuah komuniti yang berkembang melalui minat, pengalaman dan semangat pengembaraan yang dikongsi bersama.

Dengan lebih 24,000 pemilik di seluruh negara, Ford Ranger Generasi Baharu terus mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Pencapaian ini mencerminkan keyakinan kukuh pelanggan terhadap sebuah trak pikap yang telah memenangi pelbagai anugerah dan menjadi pilihan untuk pelbagai aspek kehidupan — daripada memenuhi tuntutan kerja seharian dan membawa keluarga menikmati percutian, hinggalah menakluki laluan penuh cabaran.

Bagi Auto ConneXion-Ford, perjalanan sebagai pemilik Ford tidak berakhir sebaik sahaja pelanggan meninggalkan bilik pameran. Sebaliknya, ia merupakan permulaan kepada pengalaman yang lebih bermakna. Melalui pelbagai aktiviti eksklusif, pengalaman bersama keluarga dan pengembaraan yang mencabar, Auto ConneXion-Ford terus mendekati komuniti pemiliknya sambil membina hubungan yang melangkaui sekadar pemilikan sebuah kenderaan.

Pada awal Ogos, semangat komuniti itu terserlah menerusi penganjuran acara sulung Ford Nation di Heritage Valley, Kuala Lumpur. Hujan tidak menghalang peminat Ford dari seluruh negara untuk berhimpun dan meraikan minat yang menyatukan mereka.
Bersama keluarga dan insan tersayang, para pemilik Ford menikmati hari yang dipenuhi gelak tawa, perkongsian kisah dan kenangan, sambil menjamu selera dengan hidangan BBQ serta sajian tempatan. Suasana turut dihidupkan dengan persembahan muzik secara langsung oleh Muzza & the Velvettones dan Joy Victor.
FTTAA
Keseronokan diteruskan dengan pelbagai pertandingan, cabutan bertuah serta penyampaian anugerah Ranger Berpenampilan Paling Bergaya dan Pemilik Ford Paling Lama, menjadikan Ford Nation lebih daripada sekadar sebuah perhimpunan — tetapi sebuah sambutan terhadap komuniti yang disatukan oleh minat yang sama.
Semangat “Live the Ranger Life” pula dibawa ke tahap yang lebih mencabar menerusi program Ford Ranger Getaways, yang berlangsung bulan ini khusus untuk pemilik Ranger yang berkongsi kecintaan terhadap pengembaraan dan aktiviti off-road.
Seramai 20 pemilik Ranger memulakan perjalanan mereka dari Seremban sebelum bergerak secara konvoi merentasi laluan indah menuju ke StarFresh Agro Park, Negeri Sembilan. Di sana, pengembaraan sebenar bermula.
Dengan bimbingan jurulatih bertauliah, para peserta berpeluang menguji keupayaan Ranger menerusi kursus pemanduan off-road khas sambil merasai sendiri fungsi ciri bantuan pemandu dan sistem kawalan off-road dalam situasi sebenar.

Namun, pengalaman itu bukan sekadar mengenai keupayaan kenderaan. Pelbagai cabaran dan permainan interaktif turut menguji ketepatan, kerjasama dan semangat berpasukan para peserta. Setelah seharian penuh aksi, pengembaraan diakhiri dengan makan malam, hiburan secara langsung dan hadiah-hadiah menarik.
Sejak diperkenalkan pada 2022, Ford Ranger Getaways yang dianjurkan setiap suku tahun telah menjadi antara pengalaman gaya hidup yang dinantikan oleh komuniti pemilik Ford. Lebih daripada sekadar perjalanan, program ini mencipta peluang untuk pemilik berkongsi pengalaman, membina persahabatan dan menikmati semangat pengembaraan bersama-sama.

Noerel Ismail, Ketua Pemasaran & Komunikasi, Sime Darby Auto ConneXion, berkata, “Mercu jaya ini adalah milik para pelanggan kami. Keyakinan dan sokongan mereka telah membantu kami membina sebuah komuniti Ford yang kukuh, aktif dan terus berkembang di Malaysia.
“Kami amat menghargai lebih daripada 24,000 pelanggan yang telah memilih Ford sejak pelancaran Ford Ranger Generasi Baharu pada 2022 dan menjadikan kenderaan kami sebahagian daripada kehidupan mereka — sama ada untuk bekerja, bersama keluarga atau meneroka tempat-tempat baharu.
“Seiring perubahan keperluan dan gaya hidup pelanggan, komitmen kami kekal sama — untuk menawarkan lebih daripada sekadar sebuah kenderaan. Kami mahu setiap perjalanan sebagai pemilik Ford dipenuhi pengalaman bermakna, hubungan yang lebih erat dan nilai yang berkekalan.”

Komitmen Auto ConneXion-Ford untuk memenuhi keperluan pelanggan turut diterjemahkan menerusi pengenalan rangkaian Ranger yang lebih luas pada Julai 2026. Dengan pilihan yang direka untuk memenuhi pelbagai gaya hidup dan keperluan pemanduan, pelanggan kini mempunyai lebih banyak pilihan untuk mencari Ford yang sesuai dengan cara mereka menjalani kehidupan.
Sama ada untuk perjalanan ke tempat kerja, membawa keluarga bercuti atau meneroka laluan di luar kebiasaan, ada Ranger yang bersedia untuk setiap perjalanan.

Pelanggan boleh memilih antara Ford Ranger Sport 2.0L dan 3.0L, Ranger Platinum 3.0L, serta Everest Sport 2.0L dan Everest Platinum bagi mereka yang menginginkan pengalaman pemanduan yang lebih premium.
Bagi keluarga yang memerlukan lebih ruang dan fleksibiliti, Ford Everest menawarkan konfigurasi tujuh tempat duduk, ruang kabin yang luas dan pelbagai ciri praktikal untuk memberikan keselesaan dalam perjalanan harian mahupun pengembaraan jarak jauh.

Di sebalik setiap perjalanan, Auto ConneXion-Ford turut memberi perhatian kepada pengalaman pemilikan jangka panjang. Melalui pelbagai inisiatif yang memberi tumpuan kepada pelanggan dan nilai selepas jualan, syarikat itu terus berusaha menjadikan pemilikan Ford lebih mudah dan lancar.
Antara langkah terbaharu ialah pembukaan Gudang Alat Ganti baharu di Kota Kinabalu pada Julai lalu. Kemudahan ini memudahkan akses kepada alat ganti dan membantu mempercepatkan masa pusing ganti servis, membolehkan pelanggan kembali ke jalan raya dengan lebih pantas.
Dengan sokongan 33 wakil penjual Ford di seluruh negara, pelanggan menikmati akses yang lebih luas kepada perkhidmatan jualan, servis dan sokongan, sama ada di bandar-bandar utama mahupun komuniti yang lebih kecil.
Rangkaian tersebut turut merangkumi sembilan pusat jualan dan perkhidmatan Ford di seluruh Malaysia Timur, terdiri daripada tujuh wakil penjual dan dua pusat servis khusus. Sokongan servis turut diperluaskan kepada komuniti di Kapit dan Mukah, Sarawak, memastikan lebih ramai pelanggan Ford dapat menikmati kemudahan dan sokongan yang mereka perlukan.
Sempena ketibaan model-model baharu, Auto ConneXion-Ford turut menawarkan promosi pelancaran terhad. Pelanggan yang membeli Ranger XL atau Ranger Sport 2.0L sebelum atau pada 31 Ogos 2026 akan menerima Dashcam Depan HD1080p Ford secara percuma.
Sementara itu, pelanggan yang memilih Ranger Sport 3.0L atau Ranger Platinum 3.0L* akan menerima Pelan Servis Lanjutan (ESP) selama dua tahun secara percuma. Semua model Ranger pula hadir dengan jaminan standard selama lima tahun, memberikan lebih keyakinan kepada pelanggan untuk terus menikmati setiap perjalanan.




















Komen