top of page

Mercedes-Benz Malaysia dan NZ Wheels menetapkan penanda aras baharu dengan pelancaran Stars@Mercedes-Benz Bangsar.

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 11 Nov 2025
  • 4 min membaca
Stars@Mercedes-Benz Bangsar.
(Dari Kiri) Amanda Zhang, Ketua Pegawai Eksekutif & Presiden, Mercedes-Benz Malaysia, bersama Mohd Rizal Jailan, Ketua Pegawai Eksekutif, Naza Automotive Group, semasa pelancaran Stars@Mercedes-Benz Bangsar.

Mercedes-Benz Malaysia dan NZ Wheels bersama-sama meraikan satu pencapaian penting dengan pelancaran Stars@Mercedes-Benz Bangsar, showroom terbesar di dunia. Gabungan Stars@Mercedes-Benz dengan identiti dan konsep terbaharu Mercedes-Benz menjadikannya yang pertama seumpamanya di peringkat global.


“Sebagai peneraju dalam industri automotif, Mercedes-Benz sentiasa mempertingkatkan pengalaman pelanggan kami. Bersama rakan kongsi kukuh kami, NZ Wheels, Stars@Mercedes-Benz Bangsar yang digabungkan dengan konsep dan identiti jenama terkini Mercedes-Benz ini adalah sesuatu yang belum pernah dilakukan sebelum ini. Ia mencerminkan visi kami untuk mengubah ruang pameran menjadi destinasi gaya hidup yang imersif. Dengan menggabungkan teknologi digital tercanggih serta rekaan persekitaran yang menimbulkan rasa selesa dan eksklusif, kami memberikan pengalaman pemilikan Mercedes-Benz yang lebih menyeluruh dan bertaraf tinggi sejajar dengan kemewahan dan inovasi yang menjadi teras jenama kami. Showroom ini bukan sekadar mempamerkan kenderaan; ia meraikan gaya hidup mewah pemiliknya, sekaligus menetapkan penanda aras baharu dalam pengalaman membeli mewah di Malaysia.”Amanda Zhang, Ketua Pegawai Eksekutif & Presiden, Mercedes-Benz Cars Malaysia.


Direka sebagai konsep bandar perintis, showroom Stars@Mercedes-Benz Bangsar oleh NZ Wheels mempamerkan model paling eksklusif daripada Mercedes-Benz, Mercedes-AMG, Mercedes-Maybach dan G-Class ikonik menghimpunkan kemuncak kemewahan jenama di bawah satu bumbung. Dalam ruang pameran Top-End yang canggih ini, pelanggan dijemput menerokai “Bintang” terbaharu daripada rangkaian mewah Mercedes-Benz dalam suasana yang eksklusif dan mendalamkan pengalaman jenama.


Konsep ini menekankan keunikan dan penyesuaian peribadi, dikendalikan oleh pasukan pakar jualan yang terlatih khas untuk setiap jenama mewah bagi memastikan pengalaman benar-benar sesuai dalam suasana masa depan yang sofistikated.


Stars@Mercedes-Benz Bangsar.

Ruang eksklusif untuk komuniti berpendapatan tinggi Malaysia

Menempati keluasan 1,800 meter persegi, Stars@Mercedes-Benz Bangsar menggabungkan ruang pameran yang luas dengan bilik pelanggan peribadi, antara muka digital interaktif, serta kemudahan berorientasikan gaya hidup. Terletak strategik di Bangsar, ruang ini direka khusus untuk memenuhi keperluan komuniti berpendapatan tinggi Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya mewujudkan suasana di mana kemewahan dan keselesaan berpadu secara harmoni.


Dengan pelaburan RM5 juta oleh NZ Wheels, showroom dua tingkat ini menawarkan zon khas bagi menampilkan model eksklusif Mercedes-Maybach, Mercedes-AMG, G-Class ikonik, dan barisan utama Mercedes-Benz. Reka bentuk aras bawah Stars@Mercedes-Benz Bangsar memperlihatkan tahap fleksibiliti dan inovasi baharu, mencerminkan identiti pelbagai dalam barisan Top-End Vehicle (TEV). Ruang pameran ini boleh diubah menjadi dunia jenama tersendiri dalam tempoh hanya 30 minit. Sistem dinding modular, logo khusus jenama, serta elemen reka bentuk tambahan yang disesuaikan untuk Mercedes-AMG, Mercedes-Maybach, G-Class atau Mercedes-Benz menaikkan lagi suasana mewah ruang ini.


Stars@Mercedes-Benz Bangsar.

Salah satu tarikan utama ialah kawasan MANUFAKTUR, di mana pelanggan yang berminat dengan penyesuaian kenderaan boleh meneroka pelbagai sampel dan pilihan reka bentuk menyerlahkan ketelitian pertukangan yang ditawarkan Mercedes-Benz.


Menambah pengalaman imersif, skrin digital bersaiz besar menampilkan kandungan audio visual berkualiti tinggi yang menghidupkan suasana setiap jenama dengan lebih mendalam. Tetapan media canggih ini menjadi sebahagian penting konsep showroom, membolehkan Mercedes-Benz mempersembahkan jenama mewahnya secara emosional dan dinamik.


Sebuah ruang lounge berkonsep kafe disediakan untuk suasana santai bagi perbualan ringan atau berehat, manakala bilik rundingan eksklusif pelanggan yang dilengkapi alatan media digital menyediakan pengalaman perundingan peribadi. Showroom revolusioner ini menetapkan penanda aras baharu dalam menggabungkan pengalaman automotif fizikal dan digital.


Stars@Mercedes-Benz Bangsar.

Aras pertama: pusat inovasi digital Mercedes-Benz

Aras pertama yang menampilkan konsep runcit terbaharu Mercedes-Benz berfungsi sebagai platform canggih yang mewakili lonjakan besar dalam inovasi digital, direka untuk mempertingkatkan pengalaman pelanggan melalui interaksi digital yang lancar. Ia membolehkan pameran runcit dijalankan secara fleksibel dengan paparan produk interaktif menawarkan cara yang lebih pintar dan intuitif untuk pelanggan menerokai rangkaian Mercedes-Benz. Pelanggan juga boleh merasai dunia prestasi di AMG Performance Center, dengan ruang pameran khas yang menonjolkan keghairahan dan semangat jenama Mercedes-AMG.


“Showroom baharu ini merupakan kebanggaan yang menonjolkan komitmen NZ Wheels dan Mercedes-Benz Malaysia untuk membawa pengalaman mewah ke tahap lebih tinggi kepada pelanggan di Bangsar dan seterusnya. Ia adalah ruang di mana inovasi bertemu keanggunan, membolehkan setiap pelanggan berasa dihargai dan terinspirasi. Kami yakin showroom ini akan menjadi penanda aras baharu dalam perkhidmatan peribadi dan pengalaman automotif eksklusif, mencerminkan dedikasi kami terhadap kecemerlangan serta kefahaman terhadap keperluan pengguna mewah masa kini.” Dato’ Jasmy bin Ismail, Pengerusi Kumpulan, Naza Automotive Group


Stars@Mercedes-Benz Bangsar.
(Dari Kiri) Mohd Rizal Jailan, Ketua Pegawai Eksekutif, Naza Automotive Group; Nur Nadia SM Nasimuddin, Pengarah Eksekutif, Naza Corporation Holdings; SM Faliq SM Nasimuddin, Timbalan Pengerusi Eksekutif Kumpulan, Naza Corporation Holdings; Martin Schulz, Ketua Pengurusan Model Pasaran & Proses Pengedar, Mercedes-Benz AG; SM Nasarudin SM Nasimuddin, Pengerusi Eksekutif Kumpulan, Naza Corporation Holdings; Amanda Zhang, Ketua Pegawai Eksekutif & Presiden, Mercedes-Benz Malaysia; Nur Diana SM Nasimuddin, Pengarah Eksekutif, Naza Corporation Holdings; Dato’ Jasmy Ismail, Pengerusi Kumpulan, Naza Automotive Group; Edmin Naidoo, Naib Presiden, Perkhidmatan Pelanggan, Mercedes-Benz Malaysia; dan Nadia Trimmel, Naib Presiden, Pemasaran & Jualan, Mercedes-Benz Malaysia — meraikan pelancaran Stars@Mercedes-Benz Bangsar oleh NZ Wheels.

Komitmen terhadap kelestarian dan kecemerlangan perkhidmatan

Kemudahan ini turut dilengkapi dengan pengecas pantas DC 50 kW, serta kawasan penyerahan digital yang memperkayakan proses penghantaran kenderaan. Melengkapkan kemudahan ini, pusat servis 2S baharu di Jalan Genting Klang/Setapak dijadualkan dibuka pada suku kedua tahun 2026. Rangkaian NZ Wheels kini meliputi empat lokasi utama Klang, Johor Bahru, Setapak dan Bangsar dengan jumlah pelaburan RM20 juta bagi memperkukuh pengalaman automotif mewah di seluruh negara

Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page