MG Cyberster Sertai Perarakan Hari Kebangsaan ke-68 Sebagai Roadster EV Pertama
- Anna Chong

- 26 Ogo
- 1 min membaca

MG Motor Malaysia dengan penuh rasa bangga mengumumkan penyertaan MG Cyberster, roadster elektrik pertama jenama ini dalam kontinjen kenderaan elektrik (EV) yang diketuai oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sempena Perarakan Hari Kebangsaan ke-68 pada 31 Ogos 2025 di Putrajaya.
Dihiasi pelekat rasmi MITI, MG Cyberster akan bergandingan dengan pelbagai jenama EV lain sebagai simbol sokongan terhadap agenda elektrifikasi negara serta visi kerajaan dalam membentuk masa depan mobiliti mampan.
Sebagai satu-satunya roadster elektrik sepenuhnya dalam kontinjen, kehadiran Cyberster menyerlahkan langkah berani MG ke arah mobiliti masa depan. Dengan DNA kereta sport British yang ikonik dipadukan bersama teknologi elektrifikasi moden, penampilan sulungnya di pentas Hari Kebangsaan menjadikan detik ini lebih istimewa.
“Penyertaan MG dalam Perarakan Hari Kebangsaan bukan sahaja membanggakan buat kami, malah turut mencerminkan komitmen kami menyokong aspirasi Malaysia dalam mempercepatkan penerimaan EV. Dengan warisan British yang kukuh dan hala tuju baharu berasaskan elektrifikasi, MG Cyberster menjadi lambang inovasi dan kemajuan. Kami berbesar hati untuk memperkenalkannya kepada rakyat Malaysia pada sambutan penuh bersejarah ini,” kata Emory QiFeng, Pengarah Urusan SAIC Motor Malaysia.
Orang ramai yang hadir ke Putrajaya berpeluang menyaksikan sendiri kelibat MG Cyberster yang memukau, ketika ia membuat penampilan umum pertamanya pada sambutan Hari Kebangsaan ke-68.





















Komen