top of page

MG Motor Malaysia Melancarkan MG S5 EV Pertama Dipasang Secara Tempatan di Melaka

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 10 Mac
  • 4 min membaca

MG S5 EV Pertama Dipasang Secara Tempatan di Melaka

SAIC Motor Malaysia hari ini menandakan satu pencapaian penting dengan unit pertama MG S5 EV yang dipasang secara tempatan keluar dari barisan pengeluaran, sekali gus menandakan permulaan rasmi pengeluaran tempatan kenderaan MG di Malaysia.


Majlis tersebut berlangsung di fasiliti pemasangan PEPS-JV (Melaka) di Alor Gajah, di mana MG S5 EV pertama yang dipasang secara tempatan secara rasmi keluar dari barisan pengeluaran.


MG S5 EV Pertama Dipasang Secara Tempatan di Melaka

Majlis bersejarah ini turut diserikan dengan kehadiran beberapa tetamu kehormat termasuk Yang Amat Berhormat Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka, bersama YB Datuk P. Shanmugam A/L V. Pitchay, EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), dan YB Datuk Wira Azhar bin Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.


MG S5 EV Pertama Dipasang Secara Tempatan di Melaka

Mewakili industri automotif ialah Encik Emory Qi, Pengarah Urusan SAIC Motor Malaysia, Encik Hoffen Teh, Ketua Pegawai Operasi SAIC Motor Malaysia, Encik Hamidon bin Abdullah, Pengerusi Eksekutif EP Manufacturing Berhad, dan Encik Mohd Nizam Mohamed, Pengarah Kumpulan Pembuatan EP Manufacturing Berhad.


Majlis ini menandakan fasa seterusnya dalam strategi pemerkasaan pengeluaran tempatan SAIC Motor Malaysia, susulan pengumuman pada Oktober 2025 untuk memulakan operasi pemasangan tempatan melalui kerjasama dengan EP Manufacturing Berhad (EPMB).


MG S5 EV Pertama Dipasang Secara Tempatan di Melaka

“Pengeluaran barisan pertama MG S5 EV CKD ini menandakan pencapaian penting bagi MG di Malaysia dan mencerminkan komitmen jangka panjang kami terhadap pemerkasaan pengeluaran tempatan serta pengukuhan peranan Malaysia dalam ekosistem kenderaan elektrik serantau,” kata Emory Qi, Pengarah Urusan SAIC Motor Malaysia.


“Dengan pengeluaran tempatan, kami dapat membawa kenderaan kami lebih dekat kepada pelanggan Malaysia sambil mengukuhkan rantaian bekalan automotif negara, menyokong pembekal tempatan, dan menyumbang kepada ekosistem kenderaan elektrik yang lebih luas.”


MG S5 EV Pertama Dipasang Secara Tempatan di Melaka

Dibina di atas platform elektrik pacuan roda belakang khusus MG, MG S5 EV menggabungkan prestasi pemanduan yang dinamik dengan keselesaan dan praktikaliti untuk kegunaan harian.


Berbanding dengan versi CBU import sebelumnya, model CKD yang dipasang secara tempatan menampilkan peningkatan kuasa kepada 151kW, daripada 125kW, manakala tork ditingkatkan kepada 350Nm, memberikan pecutan lebih kuat dan dinamik pemanduan yang dipertingkatkan.


MG S5 EV

MG S5 EV menyokong pengecasan ultra-fast DC sehingga 150kW, membolehkan bateri dicas daripada 10% kepada 80% dalam kira-kira 26 minit di bawah keadaan optimum. Kenderaan ini juga menampilkan susun atur bateri mendatar yang ultra-thin, yang menyumbang kepada pusat graviti lebih rendah, ruang kabin yang lebih luas, serta kestabilan pemanduan yang dipertingkatkan.


MG S5 EV

Varian MG S5 EV LUX menambah keselesaan dan kemudahan dengan ciri premium tambahan, termasuk tempat duduk sepenuhnya berbalut kulit sintetik, tempat duduk hadapan berventilasi, dan tempat duduk penumpang hadapan boleh laras kuasa, berserta pintu but kuasa tanpa sentuhan untuk kemudahan maksimum. Dengan jarak pemanduan sehingga 446 km (WLTP), MG S5 EV menawarkan fleksibiliti yang diperlukan untuk perjalanan harian mahupun perjalanan jarak jauh.


Keselamatan kekal menjadi keutamaan utama bagi MG, dengan S5 EV dilengkapi tujuh beg udara serta ADAS 2.5 advanced driver assistance system jenama ini, yang merangkumi ciri-ciri seperti Traffic Jam Assist dan Intelligent Cruise Control.


MG S5 EV

Model ini juga telah memperoleh penarafan keselamatan lima bintang daripada kedua-dua Euro NCAP dan ASEAN NCAP, menzahirkan komitmen MG terhadap piawaian keselamatan global. Bagi memastikan ketenangan fikiran pemilik EV, MG S5 EV disokong oleh jaminan bateri selama 8 tahun / 180,000 km, serta jaminan selama 8 tahun / 160,000 km untuk unit kawalan motor.


Kerjasama SAIC Motor Malaysia dengan EP Manufacturing Berhad juga akan menyokong pembangunan ekosistem pembekal automotif di Malaysia melalui penghasilan komponen secara tempatan dan perkongsian rantaian bekalan.


MG S5 EV Pertama Dipasang Secara Tempatan di Melaka

“Kami berbangga dapat bekerjasama dengan SAIC Motor Malaysia dalam menghasilkan kenderaan elektrik MG yang pertama disassembled secara tempatan di Melaka,” kata Encik Hamidon bin Abdullah, Pengerusi Eksekutif EP Manufacturing Berhad. “Kerjasama ini mencerminkan komitmen bersama kami untuk memajukan industri automotif Malaysia melalui penghasilan tempatan dan inovasi.”


MG S5 EV Pertama Dipasang Secara Tempatan di Melaka

Bagi Melaka, projek ini merupakan penambahan penting kepada landskap perindustrian negeri. “Pemasangan tempatan MG S5 EV mencerminkan keyakinan yang semakin meningkat terhadap keupayaan perindustrian Melaka dan mengukuhkan kedudukan negeri ini sebagai hab strategik untuk pembuatan automotif canggih,” kata Yang Amat Berhormat Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka.


MG S5 EV Pertama Dipasang Secara Tempatan di Melaka

Fasiliti Pegoh berupaya untuk memasang battery electric vehicles (BEV), hybrid electric vehicles (HEV), dan model internal combustion engine (ICE), menyokong strategi pertumbuhan serantau MG yang lebih luas.



Kapasiti pengeluaran bagi MG S5 EV dijangka mencapai antara 120 hingga 180 unit sebulan, dengan anggaran pengeluaran tahunan sekitar 1,500 hingga 2,000 kenderaan pada 2026.


Selain pemasangan kenderaan, inisiatif ini dijangka menyumbang kepada penciptaan peluang pekerjaan, pemindahan teknologi, dan pembangunan kepakaran automotif tempatan, seterusnya mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia dalam industri automotif ASEAN.


MG S5 EV Pertama Dipasang Secara Tempatan di Melaka

Tempahan untuk MG S5 EV akan dibuka serta-merta bermula 10 Mac 2026, dengan harga anggaran RM120,000, menjadikan model ini sebagai salah satu kenderaan elektrik yang paling mampu milik dalam segmennya. Harga akhir akan diumumkan melalui siaran media berasingan semasa pelancaran rasmi kenderaan dalam beberapa minggu akan datang.


Bagi memperingati permulaan pengeluaran tempatan, MG Motor Malaysia turut memperkenalkan promosi Early Bird untuk MG S5 EV yang dipasang secara tempatan. Pakej ini menawarkan nilai keseluruhan sehingga RM10,000, termasuk rebat RM7,000, 7kW wallbox charger bernilai RM2,000, dan kredit pengecasan sebanyak RM1,000.



Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page