MINI Malaysia meraikan ‘Ikon British Kegemaran Anda dengan Sentuhan Unik’ ke jalan raya Malaysia menerusi MINI Paul Smith Edition Serba Elektrik yang Baharu.
- Anna Chong

- 19 Mac
- 6 min membaca

MINI, jenama automotif premium kompak yang sofistikated di Malaysia, hari ini mengumumkan pelancaran MINI Paul Smith Edition Serba Elektrik Baharu, menandakan lembaran terbaru dalam kerjasama berterusan dan cemerlang antara MINI dan pereka legenda British, Paul Smith. Dihasilkan dalam jumlah terhad, edisi khas ini memfokuskan pada ekspresi reka bentuk dengan membawa falsafah ikonik Paul Smith, “Icon with a Twist”, ke dalam MINI Cooper SE Serba Elektrik.

Benjamin Nagel, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, berkata, "MINI Paul Smith Edition Serba Elektrik Baharu melambangkan sesuatu yang sungguh istimewa iaitu gabungan dua jenama ikonik British yang telah mendorong keluasan kreativiti selama beberapa dekad. Melalui BIG LOVE, MINI sentiasa menjunjung nilai individualiti, kreativiti dan keseronokan, yang dizahirkan dengan sempurna dalam falsafah rekaan Paul Smith, ‘Icon with a Twist’. Menjadikan edisi ini begitu signifikan adalah buat pertama kalinya, kerjasama unggul ini dihasilkan dalam skala pengeluaran yang lebih besar, membawa visi kreatif Paul Smith yang menakjubkan kepada lebih ramai pelanggan daripada sebelumnya."
Beliau menambah, “Kami mempersembahkan sesuatu yang terasa serba British namun tetap moden – menerusi gabungan reka bentuk warisan dan inovasi elektrik yang sesuai untuk mereka yang menghargai gaya, kualiti, dan kemampanan. Kereta ini bukan sekadar edisi khas tetapi juga adalah kemuncak kerjasama kreatif yang bermula hampir tiga dekad lalu, kini diolah semula untuk era elektrik – dan tersedia untuk peminat MINI di Malaysia.”
MINI Paul Smith Edition Serba Elektrik Baharu dibangunkan hasil daripada beberapa dekad kerjasama kreatif antara MINI dan Paul Smith, yang bermula dengan edisi klasik, Mini Paul Smith Edition pada 1998. Buat pertama kalinya, kerjasama ikonik ini dihasilkan dalam skala pengeluaran yang lebih luas dan kini ditawarkan sebagai model edisi khas yang menggabungkan gaya British dengan keseronokan pemanduan elektrik.
Kreativiti Ceria, Namun Kekal Identiti British
MINI Paul Smith Edition Serba Elektrik Baharu mengangkat reka bentuk ikonik MINI ke tahap baharu, dengan menggabungkan elemen reka bentuk eksklusif bersama gaya tersendiri Paul Smith. Kenderaan ini diserlahkan dengan aksen Nottingham Green pada elemen luaran utama seperti cermin sisi, gril radiator oktagon, dan penutup hab tayar. Sentuhan unik ini diperkemaskan dengan bumbung berwarna Nottingham Green bersama Jalur Ikonik Paul Smith yang menghiasi bahagian tepi bumbung antara tiang B dan C.
Dilengkapi dengan rim aloi 18 inci Slide Spoke dalam kemasan aksen Dark Steel, yang turut menampilkan sentuhan Nottingham Green serta logo Paul Smith, edisi ini tampil menyerlah dengan reka bentuk berani yang unik dan dinamik. Sebelum memasuki kenderaan, paparan eksklusif pada cermin memancarkan ucapan mesra “hello” dalam tulisan tangan Paul Smith, menyambut pemandu dan penumpang serta menjadikan MINI Paul Smith Edition satu pengalaman yang lebih peribadi. Perincian tambahan seperti MINI Black Band dan logo MINI dalam warna Black Blue, serta tulisan “Paul Smith” berwarna Anthracite Grey pada bahagian belakang, terus memperkukuh keunikan edisi ini.

Di bahagian dalam, MINI Paul Smith Edition meneruskan tema elegan British dengan sentuhan perincian yang teliti. Ruang kabin dilengkapi tempat duduk sukan JCW berwarna Nightshade Blue dengan upholsteri Vescin. Tempat duduk ini menampilkan kemasan rajutan Shadow Stripe pada bahagian bahu dan sandaran kepala, manakala label Paul Smith menyerlahkanlagi elemen eksklusif reka bentuk tersebut. Satu lagi ciri menonjol adalah kemasan upholsteri Shadow Stripe yang merentangi keseluruhan panel instrumen. Material upholsteri ini mempunyai warna yang konsisten, namun arah kemasan yang berselang-seli menghasilkan reka bentuk jalur unik yang diinspirasikan daripada Jalur Ikonik Paul Smith. Di bahagian penumpang, panel instrumen turut dihiasi jalur kulit hitam dengan jahitan biru, memberikan sentuhan lebih elegan pada ruang kabin.
Sementara itu, pada bahagian pelapik pintu, tertera mesej inspirasi “Every day is a new beginning!” dalam tulisan tangan Paul Smith. Manakala, motif arnab lakaran beliau, yang disulam pada alas lantai pula menambah lagi identiti gaya tersendiri. Pada stereng yang mengekalkan reka bentuk tradisional tiga jejari, jalur tekstil dengan Jalur Ikonik Paul Smith memberikan sentuhan warna yang ceria, dipadankan dengan logo jenama Paul Smith. Selain itu, Unit Interaksi MINI menawarkan tiga latar belakang eksklusif rekaan Paul Smith untuk mod Personal, dengan Jalur Ikonik pelbagai warna disepadukan secara halus pada bahagian atas paparan, mewujudkan pengalaman yang unik dan lebih peribadi.

Di sebalik reka bentuknya yang tersendiri, MINI Paul Smith Edition Serba Elektrik Baharu ini juga menawarkan prestasi bertenaga sejajar dengan DNA warisan MINI – menerusi 218 hp dan tork 330 Nm, kenderaan ini mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 6.7 saat dengan kelajuan maksimum 170 km/j. Sementara itu, saiznya yang kompak, pusat graviti rendah, dan pengendalian lincah di selekoh memberikan pengalaman pemanduan seperti go-kart yang merupakan ciri khas MINI sejak sekian lama. Pemanduan terasa ceria, tepat dan sememangnya mencerminkan karakter MINI. Selain itu, bateri 54.2 kWh memberikan jarak perjalanan tanpa pelepasan karbonn antara 387 hingga 402 kilometer. Dengan keupayaan pengecasan arus terus (DC) sehingga 95 kW, bateri boleh dicas dari 10 peratus ke 80 peratus dalam tempoh kurang dari 30 minit.
MINI Paul Smith Edition Serba Elektrik Baharu kini ditawarkan dalam dua warna pengenalan iaitu Inspired White dan Statement Grey, yang dihasilkan khas untuk edisi ini. Inspired White memancarkan tenaga positif dan daya tarikan klasik, sebagai tafsiran moden bagi MINI Classic Pepper White iaitu salah satu warna ikonik jenama ini sejak awal penubuhannya. Sementara itu, Statement Grey pula memberi penghormatan kepada warna MINI Austin Seven dari tahun 1959. Warna kelabu berkilau dengan tona biru ini memancarkan keyakinan dan semangat berdikari.
Bantuan Tepi Jalan MINI.
MINI Paul Smith Edition Serba Elektrik Baharu dilindungi oleh program Bantuan Tepi Jalan MINI Malaysia selama lima tahun, yang tersedia untuk semua kenderaan MINI baharu. Program ini menawarkan senarai perkhidmatan yang komprehensif termasuk bantuan kemalangan dan pertolongan 24 jam, 365 hari setahun melalui panggilan telefon dan bantuan di lokasi, perkhidmatan tunda percuma dan apabila diperlukan (lebih 200km dari kediaman), kenderaan gantian, mobiliti lancar, penginapan, penyelesaian perkhidmatan mobiliti, serta perkhidmatan repatriasi.
Program Bantuan Tepi Jalan MINI boleh diakses dengan menghubungi 1800-88-8808.
Pakej Waranti dan Servis Lanjutan MINI.
Menegaskan komitmen MINI terhadap kualiti dan kepuasan pemandu, setiap kenderaan MINI dilengkapi dengan waranti standard dua tahun, dengan pilihan lanjutan waranti dan servis untuk memberikan keyakinan jangka panjang dan ketenangan fikiran apabila membeli MINI baharu.

Servis MINI Dalam Talian.
Menjadualkan servis kini lebih mudah. Program servis dalam talian baharu ini membolehkan pelanggan menjadualkan keperluan servis mereka terus dengan Pemgedar Sah MINI pilihan mereka melalui https://service.mini.my/.
Relax. We Care.
MINI Malaysia menetapkan penanda aras baharu dalam pemilikan automotif premium, dengan memberikan definisi baharu terhadap pengalaman pemanduan penuh keyakinan dan ketenangan fikiran. Relax. We Care. melambangkan semangat BIG LOVE – satu janji bahawa walau apa jua situasi, kami sentiasa bersama anda.
Di bawah inisiatif Relax. We Care., pendekatan menyeluruh 360 darjah terhadap pemilikan MINI disampaikan melalui rangkaian perkhidmatan bersepadu. Bermula dengan Janji Servis MINI, yang menawarkan penjagaan pakar, ketelusan, dan ketepatan dalam setiap janji temu melalui pasukan Perkhidmatan & Khidmat Pelanggan yang berdedikasi, pelanggan MINI Malaysia turut dilindungi oleh Penjagaan Proaktif MINI. Perkhidmatan ini menggunakan data sensor masa nyata untuk mengesan potensi kerosakan fungsi sebelum ia berlaku, dan memberi amaran kepada pemandu melalui aplikasi My MINI atau iDrive. Perkhidmatan ini dipertingkatkan lagi dengan MINI ConnectedDrive, yang mengintegrasikan ketersambungan digital terkini ke dalam setiap produk MINI, membolehkan kemas kini perisian tanpa wayar secara lancar dan pengurusan kenderaan masa nyata melalui satu paparan pusat.
Selain itu, Servis & Pembaikan Inklusif MINI (MSRI) memastikan ketenangan fikiran dengan waranti selama empat tahun tanpa had jarak perjalanan, beserta perlindungan servis selama empat tahun atau 60,000 km. Bagi kenderaan elektrik bateri (BEV), perlindungan servis dilanjutkan kepada enam tahun tanpa had jarak perjalanan, manakala waranti bateri voltan tinggi adalah selama lapan tahun. Dengan Bantuan Tepi Jalan MINI, pelanggan boleh mendapat sokongan kecemasan 24 jam – termasuk tunda, kenderaan ganti, dan penginapan hotel sekiranya berlaku kecemasan luar jangka.

Kempen Kereta Baharu MINI menggabungkan semua perkhidmatan ini untuk memberikan pengalaman pemilikan yang lancar dan tanpa kebimbangan sejak hari pertama – membolehkan pelanggan kekal yakin, sentiasa terhubung, dan dilindungi, tanpa mengira situasi.
Pembiayaan MINI.
Dengan pembiayaan Easy Drive oleh BMW Group Financial Services Malaysia, MINI Paul Smith Edition Serba Elektrik Baharu boleh dimiliki melalui pelan ansuran bulanan bermula dari RM2,367 (berdasarkan anggaran pinjaman 75 peratus untuk tempoh lima tahun).
Harga jualan yang disyorkan (di atas jalan, tanpa insurans) bagi MINI Paul Smith Edition Serba Elektrik Baharu adalah:
MINI Paul Smith Edition Serba Elektrik Baharu | RM222,222.00 |
Tambahan Servie & Pembaikan Inklusif MINI* | RM228,522.00 |
* merangkumi Waranti Lanjutan 4 Tahun dan Pakej Servis.






























Komen