MINI Malaysia Rai Warisan Sukan Permotoran dengan Dua Edisi Khas Eksklusif
- Anna Chong

- 2 hari lalu
- 5 min membaca

MINI Malaysia hari ini memperkenalkan dua model edisi khas eksklusif yang meraikan warisan cemerlang jenama ini dalam sukan permotoran – MINI 1965 Victory Edition dan MINI John Cooper Works GP Inspired Edition. Diilhamkan daripada detik perlumbaan legenda yang membentuk kredibiliti prestasi MINI, penawaran terhad ini menghubungkan kejayaan gemilang masa lalu dengan kejuruteraan moden, direka untuk peminat yang menghargai sejarah dan pemanduan berprestasi tinggi.
Benjamin Nagel, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, berkata, “Warisan perlumbaan MINI bukan sekadar sejarah – ia adalah asas kepada segala keistimewaan MINI pada hari ini. Kemenangan Monte Carlo Rally 1965 dan MINI GP yang memecah rekod merupakan detik kemuncak yang membuktikan bahawa kelincahan, inovasi serta keseronokan pemanduan sebenar mampu mengatasi norma.”
Beliau menambah, “Edisi khas ini adalah cara kami menghargai legasi tersebut sambil membawanya kepada pelanggan yang mahukan MINI mereka mempunyai cerita tersendiri. Sama ada melalui kuasa elektrik MINI 1965 Victory Edition atau intensiti berinspirasikan litar bagi MINI John Cooper Works GP Inspired Edition, kami menawarkan sesuatu yang sungguh unik untuk peminat MINI yang benar-benar mempunyai semangat sukan permotoran.”
MINI 1965 Victory Edition: Kelahiran Semula Legenda dalam Era Elektrik
Pada tahun 1965, Mini Cooper S yang legenda menentang segala kemungkinan untuk meraih kemenangan bersejarah di Monte Carlo Rally, dipandu oleh Timo Mäkinen. Kereta ikonik ini membuktikan bahawa kelincahan dan kejuruteraan inovatif mampu menakluki apa jua cabaran. Hari ini, MINI 1965 Victory Edition merapatkan jurang antara kegemilangan masa lalu tersebut dengan masa hadapan elektrik berprestasi tinggi.

Ditawarkan secara eksklusif sebagai MINI John Cooper Works Serba Elektrik, MINI 1965 Victory Edition merupakan contoh terbaik penceritaan melalui reka bentuk. Dengan warna badan Chili Red yang menonjol digandingkan dengan jalur trim putih sporty yang mengunjur dari bonet hingga ke bahagian belakang, edisi ini menggambarkan semangat perlumbaan dan menyesuaikannya untuk era elektrik moden. Nombor kemenangan “52” adalah sebagai penghormatan kepada juara rali asal tahun 1965, dipaparkan dalam grafik putih eksklusif pada pintu, manakala pelekat kecil “1965” pada tiang C menandakan tahun kemenangan tersebut.
Semangat perlumbaan diteruskan dengan rim JCW Mastery Spoke 18-inci berwarna hitam, lengkap dengan hub terapung untuk gaya sedia litar yang unggul, dipadankan dengan ambang pintu khas yang memperingati kemenangan bersejarah. Di bahaian dalam, kokpit perlumbaan JCW berwarna antrasit dan merah menampilkan tulisan “1965” pada stereng dan konsol, manakala penutup kunci khas dengan nombor perlumbaan bersejarah berfungsi sebagai peringatan harian tentang kejayaan MINI di rali. Dengan rangkaian kuasa elektrik sepenuhnya yang menghasilkan 190 kW (258 hp) dan 350 Nm tork, model ini bukan sekadar sebuah kenderaan, tetapi penghormatan berprestasi tinggi kepada DNA perlumbaan yang mendefinisikan satu era.

MINI John Cooper Works GP Inspired Edition: Pewaris Litar
Legasi GP mewakili puncak prestasi MINI – nama yang sinonim dengan rekod litar dan kelajuan tanpa kompromi. Pada tahun 2021, generasi ketiga MINI GP menetapkan penanda aras baru sebagai MINI jalan raya terpantas yang pernah dibina. Bagi mereka yang menginginkan keseronokan sambil memerlukan fleksibiliti penggunaan harian, MINI John Cooper Works GP Inspired Edition membawa semangat ini ke Malaysia.
Eksklusif berasaskan MINI John Cooper Works, edisi ini mengambil inspirasi terus daripada legenda 2021, membawa DNA warna Racing Grey metalik dan siluet aerodinamik agresif dengan teliti. Dilengkapi dengan JCW Aero Kit lengkap – termasuk spoiler belakang JCW serta set penuh sayap kecil JCW depan, sisi, dan belakang – MINI John Cooper Works GP Inspired Edition menampilkan gaya sedia yang litar tiada tandingan.

Stiker luaran bertema GP menghiasi bonet, sisi, dan tiang C, manakala ambang pintu bertema GP yang menonjol menyambut pemandu dengan pernyataan prestasi yang berani. Bahagian dalam yang berfokuskan litar menampilkan pelapik lantai khas dengan corak unik, penutup kunci khas berinspiraksikan GP, serta penutup hub tayar khas yang menekankan warisan perlumbaan tayar John Cooper Works. Dikuasakan oleh enjin 2.0 liter TwinPower Turbo yang menghasilkan 170 kW (231 hp) dan 380 Nm tork, kenderaan ini bukan sekadar penghormatan, tetapi jua kesinambungan kisah GP, direka untuk mereka yang percaya setiap perjalanan harus terasa seperti pusingan kelayakan.
Bantuan Tepi Jalan MINI.
MINI 1965 Victory Edition dan MINI John Cooper Works GP Inspired Edition dilindungi oleh program Bantuan Tepi Jalan MINI Malaysia selama lima tahun, yang tersedia untuk semua kenderaan MINI baharu dengan senarai perkhidmatan yang komprehensif termasuk bantuan kemalangan dan pertolongan 24 jam, 365 hari setahun melalui panggilan telefon dan bantuan di lokasi, perkhidmatan tunda percuma dan apabila diperlukan (lebih 200km dari kediaman), kenderaan ganti, mobiliti lancar, penginapan, penyelesaian perkhidmatan mobiliti, serta perkhidmatan repatriasi.
Program Bantuan Tepi Jalan MINI boleh diakses dengan menghubungi 1800-88-8808.

Pakej Waranti dan Servis Lanjutan MINI.
Menegaskan komitmen MINI terhadap kualiti dan kepuasan pemandu, setiap kenderaan MINI dilengkapi dengan waranti standard dua tahun, dengan pilihan lanjutan waranti dan servis untuk memberikan keyakinan jangka panjang dan ketenangan fikiran apabila membeli MINI baharu.
Servis MINI Dalam Talian
Menjadualkan servis kini lebih mudah. Program servis dalam talian baharu ini membolehkan pelanggan menjadualkan keperluan servis mereka terus dengan Pengedar Sah MINI pilihan mereka melalui https://service.mini.my/.
Relax. We Care.
MINI Malaysia menetapkan penanda aras baharu dalam pemilikan automotif premium, dengan memberikan definisi baharu terhadap pengalaman pemanduan penuh keyakinan dan ketenangan fikiran. Relax. We Care. melambangkan semangat BIG LOVE – satu janji bahawa walau apa jua situasi, kami sentiasa bersama anda.

Di bawah inisiatif Relax. We Care., pendekatan menyeluruh 360 darjah terhadap pemilikan MINI disampaikan melalui rangkaian perkhidmatan bersepadu. Bermula dengan Janji Servis MINI, yang menawarkan penjagaan pakar, ketelusan, dan ketepatan dalam setiap janji temu melalui pasukan Perkhidmatan & Khidmat Pelanggan yang berdedikasi, pelanggan MINI Malaysia turut dilindungi oleh Penjagaan Proaktif MINI. Perkhidmatan ini menggunakan data sensor masa nyata untuk mengesan potensi kerosakan fungsi sebelum ia berlaku, dan memberi amaran kepada pemandu melalui aplikasi My MINI atau iDrive. Perkhidmatan ini dipertingkatkan lagi dengan MINI ConnectedDrive, yang mengintegrasikan ketersambungan digital terkini ke dalam setiap produk MINI, membolehkan kemas kini perisian tanpa wayar secara lancar dan pengurusan kenderaan masa nyata melalui satu paparan pusat.
Selain itu, Servis & Pembaikan Inklusif MINI (MSRI) memastikan ketenangan fikiran dengan waranti selama empat tahun tanpa had jarak perjalanan, beserta perlindungan servis selama empat tahun atau 60,000 km. Bagi kenderaan elektrik bateri (BEV), perlindungan servis dilanjutkan kepada enam tahun tanpa had jarak perjalanan, manakala waranti bateri voltan tinggi adalah selama lapan tahun. Dengan Bantuan Tepi Jalan MINI, pelanggan boleh mendapat sokongan kecemasan 24 jam – termasuk tunda, kenderaan ganti, dan penginapan hotel sekiranya berlaku kecemasan luar jangka.
Kempen Kereta Baharu MINI menggabungkan semua perkhidmatan ini untuk memberikan pengalaman pemilikan yang lancar dan tanpa kebimbangan sejak hari pertama – membolehkan pelanggan kekal yakin, sentiasa terhubung, dan dilindungi, tanpa mengira situasi.

Pembiayaan MINI.
Dengan pembiayaan Easy Drive oleh BMW Group Financial Services Malaysia, MINI 1965 Victory Edition dan MINI John Cooper Works GP Inspired boleh dimiliki melalui pelan ansuran bulanan masing-masing bermula dari RM2,474 dan RM3,207, (berdasarkan anggaran pinjaman 75 peratus untuk tempoh lima tahun), selepas menolak Rebat Easy Drive dan rebat kempen lain.
Harga jualan yang disyorkan (di atas jalan, tanpa insurans) untuk MINI 1965 Victory Edition dan MINI John Cooper Works GP Inspired Edition adalah seperti berikut:
MINI 1965 Victory Edition Tambahan Servie & Pembaikan Inklusif MINI* | RM230,888.00 RM237,188.00 |
MINI John Cooper Works GP Inspired Edition Tambahan Servie & Pembaikan Inklusif MINI* | RM333,888.00 RM345,988.00 |
*merangkumi Waranti Lanjutan Empat Tahun dan Pakej Servis.




























































Komen