top of page

Mitsubishi Motors Malaysia Melancarkan Mitsubishi Xforce Serba Baharu dari Pekan

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 55 minit lalu
  • 2 min membaca

Force

MITSUBISHI MOTORS MALAYSIA (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, hari ini mencatat satu pencapaian penting dengan pengeluaran rasmi secara besar-besaran Mitsubishi Xforce serba baharu dari barisan pemasangan di kilang Pekan. Tempahan bagi Mitsubishi Xforce serba baharu akan dibuka dalam minggu yang sama.


Pengenalan Mitsubishi Xforce serba baharu menegaskan komitmen berterusan Mitsubishi Motors Malaysia terhadap peluasan rangkaian produk serta keupayaan pembuatan tempatan yang lebih maju. Bagi menyokong pencapaian ini, MMM telah menaik taraf operasi pembuatan di Pekan, termasuk penubuhan Sub-Assembly Body Shop yang baharu serta pemasangan peralatan canggih di barisan cat, pemasangan dan pengujian bagi menyokong pengeluaran Mitsubishi Xforce serba baharu.


Pengeluaran Mitsubishi Xforce serba baharu di Pekan dilaksanakan mengikut piawaian pengeluaran global Mitsubishi Motors yang telah ditetapkan, hasil daripada kepakaran pembuatan Jepun yang dibangunkan selama beberapa dekad. Daripada pemasangan badan kenderaan hingga ke proses pengecatan dan pemeriksaan akhir, setiap peringkat dikendalikan dengan ketelitian kerja yang tinggi serta kawalan kualiti yang ketat bagi memastikan kualiti binaan yang konsisten, ketahanan dan kebolehpercayaan jangka panjang.


Xforce

Mengulas mengenai pencapaian ini, Takashi Sakamaki, Ketua Pegawai Eksekutif Mitsubishi Motors Malaysia, berkata: “Pengeluaran secara besar-besaran Mitsubishi Xforce serba baharu melambangkan penerapan falsafah pembuatan Jepun Mitsubishi Motors di kilang Pekan kami. Berteraskan ketepatan, disiplin proses serta penambahbaikan berterusan, piawaian ini memastikan setiap Xforce yang dihasilkan di sini memenuhi penanda aras kualiti yang sama seperti kenderaan Mitsubishi yang dikeluarkan di mana-mana sahaja di dunia. Keutamaan kami adalah untuk menghasilkan kenderaan yang mencerminkan piawaian global tertinggi Mitsubishi Motors, sekali gus memberikan pelanggan keyakinan, kebolehpercayaan dan kebanggaan memiliki kenderaan ini sejak hari pertama.”


Mitsubishi Motors Malaysia menyasarkan penghantaran 800 unit pertama Mitsubishi Xforce serba baharu dalam bulan April, selepas melalui proses pengesahan kualiti yang menyeluruh serta pemeriksaan kesiapsiagaan pengeluaran.


Pelancaran Mitsubishi Xforce serba baharu dari Pekan ini menegaskan semula komitmen jangka panjang Mitsubishi Motors Malaysia terhadap pembuatan tempatan serta usaha berterusan untuk menghasilkan kenderaan yang direka bagi menawarkan prestasi pemanduan, kebolehpercayaan dan ketenangan fikiran kepada pelanggan.

Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page