Mitsubishi Motors Malaysia Melancarkan Triton Single Cab Baharu dengan Transmisi Automatik

Kuala Lumpur, 28 Ogos 2026 – Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, hari ini memperkenalkan Triton Single Cab Baharu dengan Transmisi Automatik (AT), sebuah trak pikap berkeupayaan tinggi dan berorientasikan produktiviti yang direka untuk memenuhi keperluan perniagaan, usahawan, petani, kontraktor dan PKS di Malaysia yang sentiasa berkembang.

Direka bentuk untuk membantu perniagaan bekerja dengan lebih bijak dan bergerak dengan lebih cekap, Triton Single Cab AT Baharu menggabungkan ketahanan dan keupayaan terbukti Mitsubishi Motors dengan kemudahan transmisi automatik. Ia memudahkan pemanduan ketika waktu bekerja yang panjang, penghantaran yang kerap serta urusan operasi perniagaan harian.
Ditawarkan secara eksklusif dalam warna Solid White, Triton Single Cab AT Baharu berharga RM107,980 (OTR tanpa insurans) bagi pendaftaran persendirian di Semenanjung Malaysia dan didatangkan dengan jaminan 5 Tahun / 200,000km, memberikan keyakinan pemilikan serta ketenangan fikiran yang lebih tinggi.
Untuk tempoh terhad, pelanggan yang membeli dan mendaftarkan Triton Single Cab AT Baharu layak menerima Sokongan Diesel bernilai RM4,000, membantu mengurangkan kos operasi sambil memastikan perniagaan mereka terus bergerak dengan lebih yakin.

“Bagi PKS, pengusaha penyelenggaraan dan pengusaha sektor pertanian, setiap perjalanan amat penting. Triton Single Cab AT Baharu membantu mengurangkan keletihan pemandu sambil mengekalkan keupayaan membawa muatan yang diperlukan oleh perniagaan setiap hari. Dengan menggabungkan kemudahan transmisi automatik bersama ketahanan dan kebolehpercayaan Mitsubishi Motors yang terbukti, kami memberikan pemilik perniagaan satu penyelesaian praktikal yang membolehkan mereka memberi tumpuan kepada pertumbuhan perniagaan sambil melaksanakan tugasan dengan lebih cekap,” kata Takashi Sakamaki, Ketua Pegawai Eksekutif Mitsubishi Motors Malaysia.

Dibina untuk Produktiviti
Kajian yang dijalankan oleh Mitsubishi Motors Malaysia mendapati bahawa pengguna kenderaan komersial semakin mementingkan kemudahan pemanduan, pengendalian yang mudah serta kecekapan perniagaan, khususnya mereka yang menghabiskan masa berjam-jam di jalan raya yang sibuk untuk mengangkut barangan, menguruskan penghantaran dan menyokong operasi harian.
Berdasarkan keperluan tersebut, Mitsubishi Motors Malaysia membangunkan Triton Single Cab AT Baharu sebagai sebuah kenderaan yang membantu perniagaan memaksimumkan produktiviti sambil mengurangkan usaha pemanduan sepanjang hari bekerja.
Keupayaan Terbaik dalam Kelas untuk Tugasan Mencabar
Dikuasakan oleh enjin diesel turbo 2.4 liter terbaik dalam kelasnya yang menghasilkan kuasa 184PS dan tork 430Nm, Triton Single Cab AT Baharu menawarkan keupayaan yang diperlukan oleh perniagaan untuk mengangkut muatan berat dengan yakin merentasi pelbagai industri dan aplikasi, membantu pemilik menyelesaikan tugasan dengan lebih mudah dan tenang.

Sorotan Utama
Transmisi Automatik (AT) untuk kemudahan pemanduan yang lebih baik, sekali gus mengurangkan keletihan pemandu ketika waktu bekerja yang panjang dan dalam keadaan trafik yang kerap berhenti dan bergerak.
Kapasiti Muatan Terbaik dalam Kelas sehingga 1,145kg, membolehkan perniagaan membawa muatan lebih berat serta meningkatkan kecekapan operasi.
Dimensi Ruang Kargo Terbaik dalam Kelas (2,340mm x 1,580mm x 515mm), menawarkan ruang yang luas untuk barangan, peralatan dan bekalan bagi memaksimumkan produktiviti pada setiap perjalanan.
Tayar All-Terrain (AT) Lebar Terbaik dalam Kelas, memberikan kestabilan dan keyakinan yang lebih tinggi dalam pelbagai keadaan jalan raya dan tapak kerja.
Kunci Perbezaan Belakang (Rear Differential Lock), memberikan cengkaman yang lebih baik di permukaan licin atau tidak rata bagi membantu mengekalkan mobiliti dalam keadaan mencabar.
Sensor Undur sebagai kelengkapan standard, meningkatkan keselamatan dan kemudahan ketika melakukan manuver dan meletak kenderaan, terutamanya semasa penghantaran yang kerap.
Bedliner disertakan sebagai kelengkapan standard, membantu melindungi ruang kargo daripada penggunaan komersial harian yang lasak serta mengekalkan ketahanan untuk jangka masa panjang. Sama ada untuk membawa hasil pertanian, mengangkut bahan binaan, menghantar barangan atau menyokong keperluan operasi harian, Triton Single Cab AT Baharu direka untuk membantu perniagaan mencapai lebih banyak perkara setiap hari.

Temui Triton Single Cab AT Baharu di MAHA 2026
Triton Single Cab AT Baharu membuat penampilan sulung kepada umum di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026, yang berlangsung dari 28 Ogos hingga 6 September 2026 di MAEPS Serdang.

Sebagai pameran pertanian dan agroteknologi utama Malaysia, MAHA menjadi platform ideal bagi Mitsubishi Motors Malaysia untuk memperkenalkan penyelesaian mobiliti komersial terbaharunya kepada petani, pemilik perniagaan, usahawan dan pemain industri dari seluruh negara.
Pengunjung dijemput untuk mengunjungi reruai Mitsubishi Motors Malaysia bagi melihat Triton Single Cab AT Baharu dengan lebih dekat, mengetahui lebih lanjut mengenai ciri-ciri berorientasikan perniagaannya serta meneroka bagaimana ia dapat membantu meningkatkan kecekapan operasi harian.

Membantu Setiap Perniagaan Bergerak Lebih Jauh
Pengenalan Triton Single Cab AT Baharu mengukuhkan komitmen Mitsubishi Motors Malaysia dalam menawarkan kenderaan yang memenuhi keperluan pengguna kenderaan komersial di Malaysia yang sentiasa berkembang.
Dengan menggabungkan kemudahan, keupayaan, ketahanan dan ketenangan fikiran dari segi pemilikan, Triton Single Cab AT Baharu menawarkan penyelesaian praktikal kepada perniagaan yang ingin membawa lebih banyak muatan, mencapai lebih banyak kejayaan dan bergerak lebih jauh setiap hari.




















Komen