Mitsubishi Motors Malaysia Umum Pemenang Peraduan “Buy 1 Free 1” Xforce

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, mengumumkan Saidahtul Khairunnisa binti Martius, 39, dari Ipoh, Perak sebagai pemenang Hadiah Utama peraduan “Buy 1 Free 1” Xforce. Beliau membawa pulang sebuah Mitsubishi Xforce Ultimate baharu.
Peraduan ini diperkenalkan menerusi promosi Early Bird yang dilancarkan sempena pembukaan tempahan Mitsubishi Xforce pada Februari 2026. Pelanggan yang membuat tempahan Xforce sepanjang tempoh promosi menerima rebat tunai RM5,000 serta tiga kali servis buruh percuma, sekali gus menjadikan kos penyelenggaraan Xforce untuk tempoh lima tahun serendah RM3,900.
Selain manfaat tersebut, pelanggan turut berpeluang memenangi sebuah lagi Xforce menerusi peraduan “Buy 1 Free 1”.
Dalam cabutan bertuah yang dijalankan, Saidahtul Khairunnisa binti Martius muncul sebagai pemenang Hadiah Utama. Nurhidayah binti Mokhtar pula memenangi Hadiah Kedua berupa iPhone 17 Pro Max, manakala Choong Ye Siewmembawa pulang iPad Pro sebagai pemenang Hadiah Ketiga.

“Sebaik sahaja tiba di bilik pameran, saya terkejut dan teruja kerana langsung tidak menyangka apa yang sedang berlaku. Memenangi sebuah Mitsubishi Xforce baharu adalah sesuatu yang tidak pernah saya jangkakan.
“Apa yang menarik perhatian saya terhadap Xforce pada mulanya ialah reka bentuknya yang bergaya. Selepas memandunya sendiri, saya dapati ia sangat selesa. Pengalaman pemanduan keseluruhannya juga memberikan saya rasa selamat dan yakin ketika berada di jalan raya.
“Saya amat berterima kasih kepada Mitsubishi Motors Malaysia atas pengalaman yang tidak dapat dilupakan ini dan tidak sabar untuk mencipta lebih banyak kenangan indah bersama keluarga dalam Xforce kami,” kata Saidahtul Khairunnisa binti Martius, pemenang Hadiah Utama peraduan “Buy 1 Free 1” Xforce.
Kemenangan Saidahtul menambah satu lagi kisah menarik dalam perjalanan Mitsubishi Xforce di Malaysia, sekali gus mencerminkan tarikan model SUV ini dalam kalangan pelanggan yang mencari kenderaan bergaya dan serba boleh untuk melengkapi gaya hidup moden.
“Kami mengucapkan tahniah kepada Saidahtul Khairunnisa atas kemenangan Hadiah Utama dalam peraduan ‘Buy 1 Free 1’ Xforce. Kami berharap babak baharu ini akan membawanya kepada lebih banyak perjalanan yang bermakna, pengalaman baharu dan momen untuk dikenang.
“Kami juga berharap Xforce dapat melebihi jangkaan dan menjadi lebih daripada sekadar sebuah kenderaan, sebaliknya menjadi teman yang boleh dipercayai dalam setiap detik penting. Inilah pengalaman yang kami harapkan dapat dirasai oleh setiap pemilik Xforce ketika mereka memulakan perjalanan bersama Xforce,” kata Takashi Sakamaki, Ketua Pegawai Eksekutif Mitsubishi Motors Malaysia.
Dengan reka bentuk yang tersendiri, ruang kabin yang luas serta pelbagai ciri yang mengutamakan keselesaan dan kemudahan harian, Mitsubishi Xforce direka untuk memenuhi keperluan pelbagai gaya hidup. Ia sesuai digunakan untuk perjalanan harian, aktiviti bersama keluarga mahupun percutian hujung minggu.




















Komen