Naza Eastern Motors Perkukuh Barisan Suzuki dengan Jimny AllGrip Plus, Jimny Rhino Plus dan Fronx Sport


Naza Eastern Motors hari ini memperkenalkan barisan model Suzuki di Malaysia dengan pelancaran tiga model baharu iaitu Jimny AllGrip Plus yang dipertingkatkan, Jimny Rhino Plus berinspirasikan gaya pengembaraan, serta Fronx Sport yang tampil lebih sporty. Pelancaran ini mengukuhkan lagi kehadiran Suzuki dalam segmen SUV kompak dan gaya hidup yang semakin berkembang di Malaysia.
Pengenalan model-model baharu ini mencerminkan evolusi berterusan Suzuki dalam menggabungkan reka bentuk ikonik, kepraktisan yang dipertingkatkan dan teknologi moden bagi memenuhi keperluan pemandu masa kini, sambil mengekalkan karakter pemanduan dan versatiliti yang menjadi identiti jenama tersebut.

Suzuki Jimny AllGrip Plus baharu hadir dengan peningkatan ketara dari segi keselamatan aktif, bantuan pemandu dan kemudahan penggunaan harian, sambil mengekalkan karakter lasak serta keupayaan off-road yang sinonim dengan nama Jimny. Sementara itu, Suzuki Jimny Rhino Plus pula dilengkapi dengan penambahbaikan visual yang lebih berani dan tersendiri, diinspirasikan daripada gaya hidup pengembaraan.
Jimny AllGrip Plus ditawarkan pada harga bermula RM158,900 (atas jalan tanpa insurans), mengekalkan harga sedia ada walaupun menerima pelbagai penambahbaikan baharu. Jimny Rhino Plus pula ditawarkan pada harga bermula RM173,900 (atas jalan tanpa insurans).
Jimny AllGrip Plus boleh didapati dalam enam pilihan warna badan:
Kinetic Yellow + Bluish Black Pearl
Chiffon Ivory + Bluish Black Pearl
Jungle Green
Medium Grey
Bluish Black Pearl
Pure White Pearl
Manakala Jimny Rhino Plus ditawarkan dalam tiga pilihan warna:
Pure White Pearl
Kinetic Yellow
Chiffon Ivory

Turut membuat kemunculan sulung ialah Suzuki Fronx Sport, varian baharu dalam barisan Fronx yang memperkenalkan pakej penampilan lebih sporty bersama nilai yang lebih menarik kepada pelanggan.
Fronx Sport baharu ditawarkan pada harga RM130,888 (atas jalan tanpa insurans). Bagi Fronx standard pula, SUV kompak ini kini hadir dengan harga baharu RM118,888 (atas jalan tanpa insurans).

Suzuki Fronx ditawarkan dalam tujuh pilihan warna:
Rising Orange + Cool Black
Ice Greyish Blue + Cool Black
Savanna Ivory + Cool Black
Pearl Mellow Deep Red
Cool Black
Pearl Snow White
Magma Gray
Suzuki Fronx Sport pula hadir dengan dua pilihan warna eksklusif:
Pearl Snow White
Cool Black

Selain penampilan yang dipertingkatkan dan tawaran nilai yang lebih baik, Fronx turut disokong oleh penarafan keselamatan 5 Bintang ASEAN NCAP, mengukuhkan kedudukannya sebagai SUV kompak serba lengkap yang menggabungkan gaya menarik, kepraktisan harian dan tahap perlindungan penumpang yang tinggi.
Suzuki Jimny AllGrip Plus, Jimny Rhino Plus dan Fronx Sport didatangkan dengan jaminan kenderaan selama 3 tahun atau 100,000 km (yang mana terdahulu). Khusus untuk Fronx Sport, ia turut disertakan dengan jaminan bateri selama 5 tahun atau 100,000 km (yang mana terdahulu).
Pengalaman pemilikan turut disokong oleh rangkaian Naza Eastern Motors di seluruh negara yang merangkumi 14 pusat jualan dan 13 pusat servis di Malaysia.

Bercakap pada majlis pelancaran tersebut, Mohd Rizal Jailan, Ketua Pegawai Eksekutif Naza Automotive Group berkata: “Melalui Jimny AllGrip Plus dan Jimny Rhino Plus, kami mahu menawarkan lebih banyak penambahbaikan dan nilai kepada pelanggan sambil mengekalkan aksesibiliti dan daya tarikan yang menjadikan Jimny begitu digemari ramai. “Pada masa yang sama, Suzuki Fronx kini hadir dengan harga baharu yang lebih menarik, membolehkan kami menawarkan pakej yang lebih kompetitif kepada pelanggan yang mencari gabungan gaya, kepraktisan dan ciri keselamatan moden dalam pasaran SUV yang semakin berkembang.
“Pengenalan Fronx Sport pula memperluaskan lagi pilihan dalam barisan model kami dengan karakter yang lebih dinamik dan sporty, sesuai untuk pelanggan yang mahukan penampilan lebih berani dalam pemanduan harian mereka.” Beliau menambah: “Kami percaya model-model baharu ini akan terus meningkatkan daya tarikan Suzuki dalam kalangan pelanggan yang mahukan kenderaan yang bukan sahaja praktikal dan boleh diharapkan, malah mencerminkan gaya hidup serta personaliti mereka.”

Suzuki Jimny AllGrip Plus: Keupayaan Dipertingkat, Lebih Praktikal untuk Kegunaan Harian
Suzuki Jimny AllGrip Plus baharu dibangunkan berasaskan DNA legenda Jimny dengan pelbagai peningkatan dari segi keselamatan aktif, bantuan pemanduan dan kemudahan harian, sambil mengekalkan karakter lasak serta keupayaan off-road yang menjadi warisan model ini.
Ciri kemudahan dan keselesaan
Sensor parkir hadapan dan belakang dengan sonar jarak
Cermin sisi boleh lipat elektrik dan fungsi pemanas
Adaptive Cruise Control
Sistem audio paparan 9 inci

Sistem Keselamatan dan Bantuan Pemandu Termaju (ADAS)
Kamera undur dengan radar gelombang milimeter
Dual Sensor Brake Support II (DSBS II)
Amaran/Pencegahan Keluar Lorong dan Amaran Pemanduan Beralun
Lampu Tinggi Automatik
Emergency Stop Signal
Beg udara sisi dan tirai
Walaupun menerima pelbagai teknologi moden, Jimny AllGrip Plus masih mengekalkan reka bentuk lasak ikonik, struktur ladder-frame serta semangat off-road tulen yang menjadikannya terkenal di seluruh dunia.

Di bawah bonet, Jimny AllGrip Plus dikuasakan oleh enjin 1.5 liter empat silinder aspirasi semula jadi yang menghasilkan 100 hp dan 130 Nm tork pada 4,000 rpm. Kuasa disalurkan melalui transmisi automatik penukar tork empat kelajuan dan sistem pacuan empat roda separuh masa AllGrip Pro lengkap dengan kotak gear low-range (2H, 4H dan 4L).
Jimny AllGrip Plus terus menawarkan prestasi off-road yang diyakini, kini dengan tahap keselesaan dan kemudahan yang lebih tinggi untuk kegunaan harian serta aktiviti gaya hidup aktif.

Suzuki Jimny Rhino Plus: Gaya Lebih Terserlah dengan Karakter Lasak
Selain Jimny AllGrip Plus, Naza Eastern Motors turut memperkenalkan Suzuki Jimny Rhino Plus, varian yang lebih ekspresif dan berorientasikan gaya hidup untuk pelanggan yang mahukan identiti visual yang lebih menonjol.
Rhino Plus meningkatkan lagi karakter unik Jimny menerusi pakej aksesori luaran khas yang diinspirasikan daripada dunia eksplorasi dan pengembaraan luar.
Penambahbaikan eksklusif Jimny Rhino Plus
Rim aloi 15 inci kemasan berkilat
Penutup tayar gantian dengan logo Rhino
Gril hadapan eksklusif
Kemasan bawah bampar hadapan
Kemasan bawah sisi badan
Visor pintu
Mud flap merah hadapan dan belakang
Penambahan ini menyerlahkan lagi personaliti pengembaraan Jimny tanpa menjejaskan saiz kompak, ketahanan serta keupayaan off-road yang menjadi identitinya.

Dari segi tren kuasa, Jimny Rhino Plus menggunakan enjin 1.5 liter yang sama bersama transmisi automatik empat kelajuan dan sistem pacuan empat roda AllGrip Pro seperti Jimny AllGrip Plus.
Suzuki Fronx Sport: Penampilan Lebih Sporty dengan Nilai Tambah Lebih Menarik
Melengkapkan lagi barisan model Suzuki ialah Fronx Sport, varian baharu yang menampilkan pakej penampilan lebih sporty serta nilai tambahan kepada pelanggan.
Direka untuk pemandu bandar yang mahukan SUV kompak yang bergaya dan praktikal, Fronx Sport menggabungkan elemen reka bentuk muda, versatiliti harian dan keselesaan pemanduan.

Aksesori tambahan Fronx Sport
Front lip
Spoiler belakang
Kit bampar belakang
Side skirt
Pelekat sisi kiri dan kanan
Balutan bumbung (roof wrap)
Rim aloi 17 inci
Tayar Continental UltraContact UC7
Kemasan cat khas pada front lip, rear diffuser, side lip dan spoiler belakang
Perakam Video Digital (DVR) hadapan dan belakang
Visor pintu
Suzuki Fronx Sport diimport sepenuhnya (CBU) dari Indonesia dan berukuran 3,995 mm panjang, 1,765 mm lebar dan 1,550 mm tinggi dengan jarak roda 2,520 mm.

Ia dikuasakan oleh enjin petrol 1.5 liter empat silinder aspirasi semula jadi yang digabungkan dengan Integrated Starter Generator (ISG), menghasilkan 103 PS pada 6,000 rpm dan 138 Nm tork pada 4,400 rpm. Enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan lengkap dengan paddle shifters. Dengan bantuan bateri hibrid lithium-ion dan tangki bahan api 37 liter, Fronx Sport mampu mencapai jarak pemanduan melebihi 700 km berdasarkan standard WLTP.
Sistem suspensi terdiri daripada MacPherson strut di hadapan dan torsion beam di belakang, serta menawarkan kelegaan tanah setinggi 170 mm.
Kelengkapan luaran merangkumi lampu utama LED dengan DRL LED, lampu belakang LED serta kemasan skid plate pada bahagian hadapan, sisi dan belakang.

Di ruang kabin, Fronx Sport hadir dengan kemasan fabrik dua tona dan kulit sintetik, stereng boleh laras tilt dan telescopic, tempat duduk belakang lipat 60:40, Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar serta pengecas peranti tanpa wayar.
Dari aspek keselamatan, Fronx Sport dilengkapi pakej ADAS yang merangkumi:
Adaptive Cruise Control
Lane Change Assist
Lane Departure Warning
Lane Departure Prevention
Lane Keep Assist
Blind Spot Monitor
Rear Cross Traffic Alert
Vehicle Sway Warning

Selain itu, ia turut dilengkapi:
High Beam Assist
Hill Hold Control
ISOFIX
Enam beg udara
Dengan gabungan reka bentuk sporty, teknologi moden, kecekapan bahan api dan tahap keselamatan yang tinggi, Suzuki Fronx Sport menawarkan satu lagi pilihan menarik dalam segmen SUV kompak di Malaysia.




















Komen