Nissan Mempamerkan Kicks E-Power Pemenang Anugerah Dengan Edisi Impul Di Malaysia Autoshow 2025
- Anna Chong

- 9 Mei
- 4 min membaca

Nissan kembali menyertai pameran automotif terbesar di Malaysia – Malaysia Autoshow 2025 – dengan menampilkan tawaran menarik dan inovatif bagi menyemarakkan semula kehadiran jenamanya di Malaysia. Pelancaran terkini, SUV kompak Nissan KICKS e-POWER, menjadi tarikan utama di pavilion Nissan tahun ini yang terletak di Booth A01, Dewan A, MAEPS Serdang.
Dilancarkan pada Disember tahun lepas, Nissan KICKS e-POWER baharu ini melambangkan janji jenama Nissan, “Discover Excitement”. Ramai pemilik baharu SUV kompak bergaya di seluruh Malaysia telah pun menikmati prestasi responsif pacuan motor elektrik tanpa memerlukan pengecasan luaran.
Gabungan unik prestasi, kecekapan dan nilai Nissan KICKS e-POWER turut mengagumkan panel hakim Anugerah DSF.my Allianz VOTY 2025, berjaya mengatasi persaingan sengit untuk merangkul gelaran berprestij “Vehicle of the Year”. Pencapaian ini sungguh bermakna memandangkan sejumlah model kenderaan elektrifikasi baharu dilancarkan dalam tempoh yang sama.


Kini dibuka untuk tempahan – edisi IMPUL disediakan
Sempena Malaysia Authoshow 2025, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) dengan bangganya mempamerkan Nissan KICKS e-POWER Edisi Impul baharu yang lebih sporty, kini secara rasmi dibuka untuk tempahan di seluruh negara. Penghantaran kepada pelanggan dijangka bermula pada Julai 2025.
Dibangunkan secara eksklusif dengan kerjasama IMPUL Jepun, penala lepas pasaran terkemuka, Nissan KICKS e-POWER Edisi IMPUL ini membawa gaya sporty SUV kompak itu ke tahap yang lebih mengagumkan, dengan penampilan yang lebih menarik dan menonjol selari dengan semangat jenama “Discover Excitement” berbanding dengan SUV dan crossover segmen-B yang lain.
Nissan KICKS e-POWER Edisi IMPUL tampil dengan lencana IMPUL eksklusif pada bonet, diikuti dengan aerokit yang terdiri daripada spoiler bampar hadapan dan belakang, hiasan aero pada sisi skirt. Spoiler bumbung reka bentuk aerodinamik meningkatkan lagi estetika KICKS e-POWER ini, yang turut dilengkapi dengan set roda aloi IMPUL Aura SX-50 18 inci buatan Jepun dan tayar berprestasi sukan Goodyear Eagle F1 Sport.

“Sejak pengenalannya hujung tahun lalu, Nissan KICKS e-POWER telah berjaya mencipta nama positive dalam segmen SUV kompak yang sangat kompetitif. Penerimaan dan momentum jualan SUV kompak pacuan motor elektrik 100% berteknologi canggih ini amat menggalakkan. Pengiktirafan terkini sebagai ‘Vehicle Car of the Year’ oleh DSF.my-Allianz VOTY 2025 mengukuhkan lagi kekuatan teknologi e-POWER Nissan — membuktikan ia sebagai alternatif yang menarik dalam landskap elektrifikasi masa kini,” kata Encik Khoo Cheng Pah, Ketua Pegawai Eksekutif Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd.
Pakej Nissan KICKS e-POWER Edisi IMPUL Baharu ini ditawarkan pada harga RM8,500 untuk semua varian. Kesemua aksesori IMPUL dilengkapi dengan jaminan 3 tahun atau 100,000 km, mana-mana tiba terdahulu.
Pakej Edisi IMPUL | Harga |
| RM5,000 |
| RM3,500 |
* Terhad kepada 50 set sahaja
Sebagai promosi istimewa untuk pembeli awal, setiap pembelian Nissan KICKS e-POWER Edisi IMPUL akan menerima pakej Naik Taraf Aerokit IMPUL secara PERCUMA – menambahkan lagi nilai dan gaya. Pakej percuma ini termasuk:
Aksesori | VL | VLT |
Aerokit IMPUL § Spoiler Bampar Hadapan, Hiasan Aero Sisi Skirt, Spoiler Bampar Belakang | ✓ | ✓ |
Lencana IMPUL Bonet | ✓ | ✓ |
Spoiler Bumbung (buatan Jepun) | ✓ | ✓ |
Visor Pintu | ✓ | ✓ |
Dulang Bagasi | ✓ | ✓ |
Pelindung Pemegang Pintu (4 keping) | ✓ | ✓ |
Plat Pemijak Kaki | ✓ | ✓ |
Pedal Sport | ✓ | ✓ |
Penutup Hiasan Speaker | ✓ | ✓ |
Tinting ICE Cool | ✓ | - |
Filem Tinting V-KOOLTM Security | - | ✓ |
Perakam Video Memandu Berkamera Dua Saluran | ✓ | ✓ |
Cermin Pandang Belakang Auto Gelap dengan Kamera Undur | ✓ | - |





Booth Nissan di Malaysia Autoshow 2025
Selain pameran istimewa Nissan KICKS e-POWER Edisi IMPUL, pengunjung juga berpeluang melihat varian eksklusif Nissan KICKS e-POWER dengan kombinasi warna dwi-tona Dark Metal Grey dan Red. Turut dipamerkan ialah Nissan Almera Turbo Edisi KURO (Black) yang menampilkan gabungan warna Monash Orange dan Super Black, Nissan Navara PRO-4X versi lasak dilengkapi aksesori Ironman, serta MPV terlaris Nissan Serena Premium Highway Star Complete J IMPUL.
Pandu uji bagi semua model Nissan yang dipamerkan tersedia sepanjang 9 hingga 15 Mei. Lebih menarik lagi, pengunjung juga berpeluang merasai pemanduan off-road dengan Nissan Navara PRO-4X pada hujung minggu 10 dan 11 Mei bersama pemandu professional.
Maklumat Malaysia Autoshow 2025
Tarikh | 9 – 15 Mei 2025 |
Booth | Nissan @ Booth A01 |
Tempat | Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) |
Waktu Operasi | 10.00 pagi – 10.00 malam |
Cabaran Wild Wheels – Cabaran Off-Road Nissan Navara
Tarikh | 10 – 11 Mei 2025 |
Tempat | Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) |
Waktu Operasi | 10.00 pagi – 6.00 petang |




















Komen