Nissan Perluas Kehadiran Di Selatan Dengan Pembukaan Bilik Pameran Baharu Di Kluang
- Anna Chong
- 5 hari lalu
- 2 min membaca

Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM), pengedar eksklusif kenderaan Nissan di Malaysia, dengan bangganya mengumumkan pembukaan bilik pameran Nissan yang serba baharu di Kluang, Johor. Pengembangan strategik ini mencerminkan komitmen berterusan ETCM untuk meningkatkan akses kepada jenama Nissan serta memberikan pengalaman pelanggan yang unggul di kawasan pertumbuhan utama di seluruh Malaysia.
Bilik pameran baharu ini meliputi kawasan seluas kira-kira 6,400 kaki persegi dan menampilkan logo Nissan baharu yang menarik perhatian, memaparkan identiti korporat baharu jenama ini. Direka untuk mengutamakan pelanggan, kemudahan ini menyediakan ruang tontonan dan perbincangan dalam suasana yang moden dan mesra, dengan matlamat untuk menyampaikan pengalaman jenama Nissan yang lengkap kepada pelanggan yang kian bertambah di Kluang.
“Nissan telah menjadi sebahagian daripada perjalanan rakyat Malaysia selama beberapa dekad, dan kami ingin memberi jaminan bahawa Nissan masih kukuh bertapak di sini – dan akan terus kekal di sini. Komitmen kami kepada pelanggan adalah teguh. Kami akan terus memperkenalkan model-model baharu yang inovatif, serta kekal komited sepenuhnya dalam menyokong semua jaminan, alat ganti dan perkhidmatan sedia ada tanpa kompromi. Pembukaan bilik pameran baharu kami di Kluang merupakan bukti nyata terhadap pelaburan berterusan kami dalam menyediakan kenderaan berkualiti serta perkhidmatan yang diyakini – di mana jua pelanggan kami berada.” kata En. Khoo Cheng Pah, Ketua Pegawai Eksekutif Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd.

Bilik pameran ini mampu mempamerkan sehingga enam model Nissan dalam suasana yang santai dan kondusif, manakala penasihat jualah terlatih dan profesional pula bersedia untuk melayan pertanyaan produk dan permintaan panju uji para pelanggan. Pengunjung juga boleh meneroka pengalaman pemanduan seperti EV menerusi Nissan KICKS e-POWER yang baru dilancarkan, bersama barisan model lengkap Nissan.
Kemudahan tambahan termasuk tempat penyerahan kenderaan baharu yang khusus, ruang istirehat yang selesa dengan sambuangan WIFI dan ruang perbincangan khusus – semuanya direka untuk memberikan pengalaman pelanggan yang lebih peribadi dan lancar.
Maklumat ETCM Kluang Showroom:
Alamat | No. 46, Jalan Kluang Perdana 1, Taman Kluang Perdana, 86000, Kluang, Johor |
Waktu Operasi | JualanIsnin - Sabtu : 9.00am – 7.00pm Ahad/Cuti Umum : 10.00am – 5.00pm |
No Telefon | Bilik Pameran 07-2831 881 |
Perkhidmatan selepas jualan terletak hanya 15 minit dari lokasi ini di Tan Chong Ekspres Auto Servis (TCEAS) Kluang.
Alamat | No. 1-A, Jalan Sekolah Chong Hwa, 86000 Kluang, Johor |
Waktu Operasi | Perkhidmatan Selepas JualanIsnin - Sabtu : 8:30am – 5.00pm Ahad/Cuti Umum : Tutup |
No Telefon | Pusat Servis 07-772 0811, 07-772 0822 |
Comments