top of page

Menetapkan Penanda Aras MPV Baharu: Nissan Serena e-POWER Serba Baharu Dilancarkan

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 3 Mac
  • 5 min membaca

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu

Edaran Tan Chong Motor hari ini memperkenalkan Nissan Serena e-POWER Serba Baharu di Pusat Pameran Utama Nissan 3S di Petaling Jaya, menandakan pelancaran rasmi MPV bersaiz sederhana yang dinanti nantikan ini di Malaysia.  

 

Sejak tahun 1990-an, Nissan Serena telah menetapkan standard dalam segmen MPV – sebuah model ikonik yang sinonim dengan praktikaliti dan kecekapan terbaik dalam kelasnya. Kini memasuki generasi keenam, Nissan Serena e-POWER Serba Baharu bersedia mentakrif semula segmen MPV dengan sistem pacuan e-POWER yang canggih, keseleseaan penumpang yang unggul dan dinamik pemanduan yang diperhalusi. 


Nissan Serena e-POWER Serba Baharu

“Menggantkani peneraju kelas bukanlah tugas yang mudah, namun Nissan telah menyahut cabaran ini dengan generasi keenam Nissan Serena e-POWER Serba Baharu. Teknologi e-POWER yang dipacu 100% oleh motor elektrik memperkenalkan dimensi baharu kepada MPV yang telah setia berkhidmat untuk keluarga di Malaysia merentas generasi ini. Kami yakin Nissan Serena e-POWER Serba Baharu ini sekali lagi akan menerajui segmen ini dengan prestasi dinamik dan teknologi keselamatan termaju,” kata Christopher Tan, Naib Presiden Eksekutif Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd. 


Nissan Serena e-POWER Serba Baharu

“Seiring dengan usaha kami untuk terus mengukuhkan jenama Nissan di Malaysia, hari ini menandakan satu tahap penting dengan pelancaran Nissan Serena e‑POWER Serba Baharu. Selama hampir 70 tahun, pelanggan Malaysia telah meletakkan kepercayaan mereka pada Nissan, dan model baharu ini mencerminkan komitmen jangka panjang kami untuk menyampaikan inovasi yang memperkayakan kehidupan mereka. Nissan Serena e‑POWER Serba Baharu mengukuhkan lagi barisan kenderaan elektrik kami dan menekankan kepentingan Malaysia dalam strategi serantau kami,” kata Shohei Yamazaki, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Jepun/ASEAN, Nissan Motor Co., Ltd., yang menyaksikan sendiri pelancaran di Pusat pameran utama ETCM. 

 

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu

Gaya Berani dan Ekspresif, Dioptimumkan Secara Aerodinamik 

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu memukau di jalan raya dan mempamerkan teknologi canggih dari setiap sudut. Gril V-Motion ikonik versi baharu dipadankan dengan lampu utama tiga projektor, lampu nyalaan siang dan lampu kabus LED, manakala bampar hadapan dioptimumkan secara aerodinamik dengan tirai udara di sisi bagi mengurangkan olengan badan serta meningkatkan kestabilan dan kecekapan pemanduan. 


Nissan Serena e-POWER Serba Baharu

Permukaan badan direka bentuk semula menonjolkan garis bahu tegap, sambil mengekalkan profil tingkap bertingkat yang menjadi identity Serena. Tiang ramping, ambang rendah dan tingkap bersaiz besar memberikan penglihatan optimum kepada semua penumpang. Pintu belakang yang direka semula menampilkan lampu belakang LED berbentuk bumerang yang dihubungkan dengan jalur krom, lengkap dengan lencana “Serena” yang menonjol. 

 

Dipacu 100% oleh Motor Elektrik, Tanpa Kebimbangan Jarak Perjalanan 

Memandangkan Nissan Serena e-POWER Serba Baharu digerakkan sepenuhnya oleh motor elektriknya, penghantaran tork segera daripada motor elektrik memastikan pecutan yang lancar dan responsive seperti EV. Sistem e-POWER yang mengecas sendiri menghapuskan keperluan pengecasan luaran dan kebimbangan jarak perjalanan. 



Teras prestasi Serena e-POWER ialah rangkaian kuasa e-POWER generasi kedua dengan motor elektrik berkuasa tinggi yang menghasilkan 163PS dan 315Nm. Ia berfungsi seiring dengan enjin petrol suntikan terus HR14DDe 1.4L khas e-POWER yang menampilkan teknologi Mirror Bore Coating Nissan untuk mengurangkan geseran, getaran dan bunyi. Enjin berfungsi hanya sebagai penjana, mengecas pek bateri litium-ion 1.77kWh dan membekalkan tenaga terus ke motor elektrik apabila diperlukan.   

 

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu mempunyai tiga mod pemanduan (Standard, Sport dan Eco) dengan penambahan fungsi e-Pedal Step membolehkan pemanduan satu pedal di bandar sesak, sambil memaksimumkan penjanaan semula bateri. Kecekapan bahan api Nissan Serena ePOWER Serba Baharu dianggarkan 18.5 km/L (NEDC), membolehkan jarak sehingga 1,000km bagi satu tangki penuh. 


Nissan Serena e-POWER Serba Baharu

Dinamik Pemanduan Baharu Berkesan Mengurangkan Rasa Mabuk Perjalanan 

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu menawarkan tahap bunyi pemanduan yang setanding dengan kenderaan elektrik tulen, menjadikannya memerlukan tahap penghalusan mekanikal yang lebih tinggi berbanding model berkuasa petrol. Bagi menangani keperluan ini, Nissan telah melengkapkan Serena e-POWER dengan penebat bunyi yang dipertingkatkan pada kawasan utama seperti lantai, papan pemuka dan pintu, selain cermin hadapan kalis bunyi. Hasilnya ialah kabin yang lebih senyap dan selesa, dengan pengurangan bunyi enjin, bunyi gelungsur serta kawalan bunyi angin yang lebih baik. 

 

Bagi mengurangkan mabuk perjalanan bagi penumpang, Nissan Serena e-POWER Serba Baharu dilengkapi suspensi hadapan baharu serta sistem stereng kuasa elektrik yang lebih teguh, sekali gus mengurangkan gegaran badan dan meningkatkan pengendalian serta kestabilan keseluruhan. Malah, sistem brek kenderaan turut diperhalusi untuk memastikan nyahpecutan yang lebih lancar dan selamat. 

 


Selain itu, reka bentuk aerodinamik dan aliran udara kenderaan telah dioptimumkan untuk mengurangkan turbulens, seretan dan kesan angin lintang, sekali gus meningkatkan kecekapan bahan api, kestabilan serta kawalan bunyi angin. Bagi menambah keselesaan penumpang, tempat duduk barisan pertama dan kedua juga direka semula dengan teknologi Zero Gravity, memberikan sokongan lebih baik sambil mengurangkan keletihan dan hayunan kepala. 

 

Kabin Premium Berteknologi Tinggi dengan Praktikaliti Terbaik dalam Kelasnya 

Ciri-ciri berteknologi tinggi pada Nissan Serena e-POWER Serba Baharu jelas terserlah melalui reka  bentuk panel instrumen dan antara muka pemandu. Dual skrin berwarna 12.3 inci dipadankan dengan stereng kulit berbentuk D dengan bahagian bawah rata yang sporty, menghasilkan titik fokus visual yang menarik. Turut memperkenalkan penampilan sulung ialah panel sentuh canggih di tengah kabin yang menampilkan kawalan penghawa dingin sentuh dengan dail berputar untuk pelarasan suhu dwi-zon. Untuk kemudahan akses, pemilihan gear dilakukan melalui butang fizikal pada Electronic Shift Selector baharu. 

 


Nissan Serena e-POWER Serba Baharu mengekalkan tahap praktikaliti dan fleksibiliti tempat duduk yang terbaik dalam kelasnya. MPV ini menawarkan 13 konfigurasi tempat duduk serba boleh serta pelbagai pilihan pembahagian ruang untuk memenuhi setiap keperluan keluarga. Kemudahan ikonik Serena, termasuk laluan berjalan dalam kabin, kerusi kapten gelongsor dua hala, fungsi pintu belakang berkembar dan pintu gelongsor berkuasa bebas tangan, sekali lagi disediakan sebagai ciri standard. Tambahan pula, ia turut dilengkapi ciri praktikal lain seperti cangkuk dan dulang lipat pada barisan kedua, port USB pada setiap barisan tempat duduk, serta pad pengecas tanpa wayar baharu di konsol tengah. 


Keselamatan Tanpa Kompromi untuk Keluarga, Nissan ProPILOT Membuat Penampilan Kali Pertama 

Keselamatan sentiasa menjadi keutamaan bagi setiap model Nissan. Bagi memastikan ketenangan fikiran sebelum setiap perjalanan, setiap varian Nissan Serena e-POWER Serba Baharu dilengkapi secara komprehensif dengan ciri keselamatan aktif dan pasif terkini, berasaskan teras Nissan Intelligent Mobility dan 360° Nissan Safety Shield. Daripada enam beg udara penumpang, penambat kerusi kanak-kanak ISOFIX pada barisan kedua, hinggalah ciri keselamatan aktif seperti Intelligent Forward Emergency Braking, Blind Spot Warning, Rear Cross Traffic Alert dan Intelligent Driver Alertness, Nissan Serena e-POWER Serba Baharu memberikan perlindungan menyeluruh bagi setiap penumpang. 

 

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu

Sistem bantuan pemanduan pintar Nissan ProPILOT membuat penampilan kali pertama di Malaysia. Sistem ini merupakan satu rangkaian teknologi bantuan pemandu yang direka untuk meningkatkan keselamatan dan keselesaan semasa memandu. ProPILOT merangkumi Intelligent Cruise Control, Intelligent Lane Intervention dan Intelligent Blind Spot Intervention, yang menggunakan gabungan kamera dan sensor radar untuk memberikan amaran bunyi serta kawalan stereng, pecutan dan brek yang tepat. Sistem ini membantu mengurangkan keletihan dan tekanan pemandu, terutamanya ketika perjalanan jauh di lebuh raya.

 

Lima Varian Baharu untuk Memenuhi Pelbagai Keperluan 

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu ditawarkan dalam lima varian menarik pada harga antara RM154,800 hingga RM179,800 (harga atas jalan tanpa insurans bagi Semenanjung Malaysia) untuk memenuhi pelbagai bajet dan keperluan pelanggan.  

 

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu didatangkan dengan jaminan kenderaan 5 tahun/100,000km dan jaminan komponen e-POWER 8 tahun/160,000km yang merangkumi bateri voltan tinggi, motor elektrik, inverter dan unit kawalan e-POWER. 

 

Untuk meraikan pelancaran model baharu, pelanggan awal akan menikmati rebat pengenalan RM5,000** serta pakej aksesori percuma bernilai RM8,000**. 


Nissan Serena e-POWER Serba Baharu

NISSAN SERENA e-POWER 

X-PLUS 

HIGHWAY STAR 

PREMIUM HIGHWAY STAR 

SHIRO PREMIUM HIGHWAY STAR 

Semenanjung Malaysia 

RM154,800 

RM159,800 

RM169,800 

RM174,800 

RM179,800 

(Harga atas jalan tanpa insurans bagi Semenanjung Malaysia) 


* Anugerah Best Value Mid-Sized MPV di Thailand Car of the Year 2025 

* Anugerah Technology Car of the Year sebagai sebahagian daripada Japan Car of the Year 2023-2024 

* Anugerah Car of the Year dan Technology of the Year oleh RJC di Jepun bagi tahun 2023 

Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page