OMODA | JAECOO Malaysia Mendefinisikan Semula Masa Depan Pemanduan Di Penang Autoshow 2026
- Anna Chong

- 30 Apr
- 5 min membaca

Pulau Pinang yang indah menjadi lokasi utama bagi sambutan inovasi dan mobiliti apabila OMODA | JAECOO Malaysia mempersembahkan pameran komprehensif berteraskan teknologi di MARii Penang Autoshow 2026, yang berlangsung di Penang Waterfront Convention Centre (PWCC) dari 1 hingga 3 Mei 2026. Menggabungkan barisan SUV premium syarikat, paparan teknologi interaktif imersif, serta kemunculan awam pertama robot revolusioner AiMOGA Mornine dan Argos, pameran ini menjanjikan pengalaman masa depan automotif pintar kepada para pengunjung.
“OMODA | JAECOO Malaysia berbangga untuk mengambil bahagian dalam Penang Autoshow 2026 dengan pameran yang mencerminkan identiti kami hari ini. Pulau Pinang kekal sebagai salah satu pasaran terpenting kami, dan platform ini membolehkan kami berhubung lebih rapat dengan pelanggan sambil memperkenalkan tawaran pemilikan terkini bagi meningkatkan nilai keseluruhan,” kata Ketua OMODA | JAECOO Malaysia, Chris Tan.
“Dalam tempoh tiga tahun yang singkat, OMODA | JAECOO Malaysia telah berkembang kepada komuniti kukuh melebihi 28,000 pelanggan di seluruh negara, sambil mencatat pertumbuhan 153% tahun ke tahun pada 2025. Seiring jenama ini berkembang daripada pengeluar automotif tradisional kepada kuasa teknologi menyeluruh, kami berbangga untuk mempersembahkan bukan sahaja model SUV terkini kami, malah robot AiMOGA yang memberikan gambaran masa depan interaksi pelanggan. Kami menantikan kehadiran pengunjung dan berkongsi fasa seterusnya OMODA | JAECOO di Malaysia,” tambah beliau.

OMODA | JAECOO MALAYSIA MEMPERSEMBAHKAN BARISAN PENUH SUV DI MARii AUTOSHOW
Pameran imersif ini diperkukuh dengan barisan penuh model yang menonjolkan kecanggihan dan inovasi SUV OMODA | JAECOO. Antara model utama ialah JAECOO J5 serba baharu, JAECOO J7 PHEV yang canggih, serta model flagship OMODA C9 PHEV, masing-masing mewakili gabungan prestasi, teknologi dan gaya hidup yang berbeza.
JAECOO J5 “SUV Segmen B Premium untuk Gaya Hidup Moden”
Dengan dimensi kompak dan rekaan SUV moden yang berani, JAECOO J5 direka untuk gaya hidup bandar yang bergaya dengan fleksibiliti harian. Dibina atas struktur badan berketegaran tinggi, J5 menawarkan kestabilan yang meyakinkan, dipertingkatkan lagi dengan suspensi belakang multi-link terbaik dalam kelas untuk keselesaan dan kawalan pemanduan yang unggul.
Di bahagian dalaman, J5 menetapkan penanda aras baharu dalam kelasnya. Bumbung kaca panoramik seluas 1.45m² mewujudkan kabin yang luas dan lapang, dilengkapi tingkap hadapan dwi-lapisan untuk tahap kesenyapan yang lebih baik. Dari segi praktikaliti, ruang but 480L yang luas memenuhi keperluan gaya hidup, manakala pengecas tanpa wayar 50W dengan sistem pengudaraan aktif menambah kemudahan.
Di tengah pengalaman pemanduan ialah paparan infotainmen 13.2 inci beresolusi 2K yang digabungkan dengan kamera pandangan 540 darjah, menawarkan antara muka visual yang lancar dan imersif. Aspek keselamatan turut diberi keutamaan dengan ADAS Tahap 2+, menyediakan bantuan pemanduan canggih untuk keyakinan setiap hari.
Direka dengan fleksibiliti gaya hidup, J5 turut dilengkapi bahan kabin mesra haiwan peliharaan yang diperakui TÜV, bersama aksesori khas untuk haiwan dan gaya hidup — termasuk fungsi karaoke dalam kereta yang menambah elemen hiburan unik di dalam kabin.

JAECOO J7 PHEV “PHEV Bukan Nasional Terlaris 2025”
JAECOO J7 PHEV melengkapkan pameran sebagai salah satu PHEV bukan nasional paling laris di Malaysia pada 2025. Sebagai model pertama dengan Super Hybrid System (SHS), SUV off-road premium ini menawarkan keseimbangan kuasa, kecekapan dan praktikaliti.
Ia menggabungkan enjin turbo 1.5 liter dengan motor elektrik untuk menghasilkan 347 hp dan 525 Nm tork, dengan pecutan 0–100 km/j dalam 8.5 saat. Dilengkapi bateri LFP 18.3 kWh, ia mampu mencapai jarak pemanduan melebihi 1,200 km.
OMODA C9 PHEV “Prestasi Elektrifikasi Flagship dengan Kemewahan Premium”
OMODA C9 PHEV merupakan model flagship yang menggabungkan reka bentuk SUV coupé yang garang dengan keselamatan pintar dan kemewahan premium. Ia menampilkan gril diamond-matrix tanpa bingkai, lampu LED unik, garis badan dinamik dan pemegang pintu tersembunyi.
Dikuasakan oleh sistem Super Hybrid 1.5T GDI dengan transmisi DHT 3-kelajuan dan konfigurasi tiga motor, ia memecut dari 0–100 km/j dalam 4.9 saat. Jarak elektrik mencecah 169 km (NEDC) dengan jarak gabungan melebihi 1,100 km.
Dari segi keselamatan, ia menerima penarafan 5-bintang Euro NCAP, badan keluli kekuatan tinggi 85%, serta ADAS Tahap 2.5 dengan 22 ciri keselamatan. Kabin menawarkan keselesaan premium dengan suspensi CDC, sistem bunyi SONY, kokpit pintar Qualcomm 8155, serta tempat duduk berpengudaraan dan pemanas.

Alami Sendiri Barisan Model
Pengunjung Penang Autoshow 2026 berpeluang meneroka keseluruhan barisan SUV OMODA | JAECOO, merasai teknologi utama dan melihat bagaimana setiap model memenuhi gaya hidup berbeza.
PROMO EKSLUSIF OMODA I JAECOO MALAYSIA
Seiring dengan kemeriahan bertenaga Penang Autoshow 2026, OMODA | JAECOO Malaysia memperkenalkan tawaran promosi eksklusif yang tersedia dari 1 hingga 3 Mei sahaja, memberi peluang kepada pelanggan yang bijak memilih untuk memandu pulang dengan penuh gaya bersama model baharu OMODA | JAECOO.
KEMPEN PROMOSI OMODA I JAECOO MALAYSIA APRIL 2026 | |
Model | Kelebihan Pakej Promosi |
JAECOO J5 FWD |
|
JAECOO J7 (AWD) |
|
JAECOO J7 PHEV |
|
JAECOO J8 (AWD) |
|
OMODA C9 (AWD) |
|
OMODA C9 PHEV (unit MY2025 sahaja) |
|

ROBOT AiMOGA MEMPERKENALKAN MASA DEPAN INTERAKSI MANUSIA-MESIN DI PENANG AUTOSHOW 2026
Menjadi tarikan utama pameran OMODA | JAECOO Malaysia, JAECOO J5, J7 PHEV dan OMODA C9 PHEV akan buat julung kalinya diperkenalkan oleh robot humanoid futuristik AiMOGA, Mornine.
Menggabungkan kecerdasan buatan yang maju dengan pergerakan lancar serupa manusia, para pengunjung bakal menjadi antara yang terawal menyaksikan bagaimana Robot Humanoid AiMOGA Mornine mentakrifkan semula masa depan interaksi pelanggan melalui teknologi robotik canggih dan AI perbualan. Sepanjang pameran, Mornine akan menyambut tetamu, berinteraksi dengan pengunjung serta membimbing mereka menerokai barisan model OMODA | JAECOO.
Mornine turut ditemani oleh anjing robot AiMOGA Argos. Dengan seni bina berkaki empat yang inovatif, Argos direka untuk menyesuaikan diri dengan mudah di ruang sempit, permukaan kasar, tangga dan persekitaran tidak rata. Direka untuk tujuan peneman, rondaan keselamatan, pemeriksaan jarak jauh dan pemantauan komuniti, Argos merupakan satu lagi teknologi yang mengangumkan yang bakal dipamerkan di Penang Autoshow 2026.
UJI PANDU EKSKLUSIF DAN CABARAN SERTA AKTIVITI MENARIK
Sepanjang tempoh acara, pengunjung boleh menikmati pelbagai aktiviti menarik dan ganjaran yang ditawarkan. Sertai cabaran media sosial untuk memenangi minuman milk tea percuma, atau lengkapkan tinjauan untuk peluang bermain gachapon dan memenangi hadiah eksklusif.
Pengunjung juga boleh memandu uji JAECOO J5, J7 PHEV dan OMODA C9 PHEV sambil meneroka setiap model secara dekat, merasai sendiri reka bentuk luaran yang garang, dalaman premium serta ciri-ciri canggih di sekitar jalan-jalan indah Pulau Pinang. Peserta turut akan menerima charm Touch ’n Go percuma selepas melengkapkan sesi pandu uji, manakala setiap tempahan kenderaan sepanjang tempoh acara akan disertakan dengan set hadiah istimewa OMODA | JAECOO.
Alami sendiri pameran OMODA | JAECOO Malaysia di Penang Autoshow 2026 di Booth A02 dan A03, Penang Waterfront Convention Centre, dari 1 hingga 3 Mei 2026, jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari.




















Komen