OMODA | JAECOO MALAYSIA ERATKAN HUBUNGAN PELANGGAN DENGAN PENCARIAN HARTA KARUN 2025 JAECOO J7 PHEV SHS
- Anna Chong

- 18 Dis 2025
- 4 min membaca

Aktiviti Pencarian Harta Karun Seluruh Negara Uji Kecekapan Kenderaan Hibrid Pendahulu Kelas JAECOO J7 PHEV Dalam Pengembaraan Menarik. OMODA | JAECOO Malaysia baru-baru ini menjayakan acara Pencarian Harta Karun 2025 JAECOO J7 PHEV SHS, satu inisiatif penglibatan pelanggan seluruh Malaysia yang dirangka untuk mengeratkan lagi hubungan pelanggan dengan jenama sambil menunjukkan kecekapan hakiki Kenderaan Elektrik Hibrid Plug-in (PHEV) JAECOO J7.
Perjalanan beberapa hari tersebut dipenuhi pelbagai aktiviti termasuk pemanduan menyusuri pemandangan indah, cabaran interaktif dan aktiviti membina komuniti, yang menekankan komitmen jenama untuk menyediakan penyelesaian inovatif dan mesra alam.

Naib Presiden Eksekutif Chery Corporate Malaysia, Men Lin Bo menerangkan, “Sistem Hibrid Super (SHS) OMODA I JAECOO (SHS) merupakan tunggak strategi kami di Malaysia. JAECOO J7 PHEV ialah model pertama untuk menggunakan rangkaian kuasa ini. Dengan kepintaran mengimbangi kuasa dan kecekapan, kenderaan ini menyediakan apa yang benar-benar dihendaki oleh pelanggan kami yang arif memilih.”
Acara Pencarian Harta Karun ini telah diadakan di tiga kawasan utama di Malaysia, setiap satu dengan laluan unik tersendiri dan hentian terancang. Pusingan di Utara, yang diadakan dari 3 hingga 4 Disember, membawa peserta merentasi Pulau Pinang, Kedah, dan Perak, manakala acara di kawasan Tengah pada 5 hingga 6 Disember membawa pasukan melalui Selangor, Kuala Lumpur, dan Seremban. Pengembaraan berakhir di kawasan Selatan dari 7 hingga 8 Disember, yang menyaksikan peserta meneroka Johor dan Melaka.
Seramai 160 peserta yang menaiki 77 kenderaan SUV JAECOO J7 SUV telah mengambil bahagian dalam tiga pertandingan serantau dalam konvoi meriah yang menghidupkan semangat kembara peserta dan menunjukkan kecanggihan teknologi PHEV menyokong pengangkutan lestari dalam senario pemanduan harian.
Di setiap acara, para peserta—yang dibahagikan kepada kumpulan lima kenderaan setiap satu— menyusur laluan yang sudah ditetapkan untuk singgah di beberapa mercu tanda popular, daya tarikan utama dan juga pusat pengedar sah OMODA | JAECOO. Pasukan-pasukan perlu menyempurnakan tugasan yang ditetapkan untuk menguji kerjasama sepasukan, kemahiran pandu arah dan daya kreativiti masing-masing di setiap persinggahan.
Antara cabaran yang diberikan termasuk menguji pengetahuan am dan mencipta kandungan gambar dan juga video. Mata diperolehi untuk setiap aktiviti yang diselesaikan, dengan penarafan akhir diumumkan dan hadiah-hadiah disampaikan pada akhir setiap acara serantau.
Acara tersebut juga menjadi wadah untuk pemilik berkongsi pengalaman memandu JAECOO J7 PHEV dan menilai kecekapannya dalam penggunaan dunia sebenar.
Dr. Karan Nair dari Kuala Lumpur berkata, “Saya berulang-alik antara Sendayan dan Lembah Klang dan juga beberapa tempat lain kira-kira empat hingga lima hari seminggu dengan J7 PHEV. Saya sangat gembira kerana hanya perlu mengisi minyak sekali seminggu.”

Sasha How Kuan Yee, yang juga memilik J7 PHEV, bersetuju dengan perkongsian Dr. Karan sambil berkata, “Saya baru-baru ini bergerak dari Melaka ke Pulau Pinang untuk percutian 3 hari 2 malam. Kenderaan J7 PHEV saya menunjukkan baki jarak 100 km selepas kembali ke Melaka. Pengecasan semula juga mudah, hanya perlu pasang masuk plag ke dalam soket 3 titik untuk menambah jarak pemanduan.”
Acara khas untuk pelanggan ini merupakan susulan kepada beberapa pencapaian penting oleh JAECOO J7 PHEV sebelum ini. Pada Oktober 2024, wakil media Malaysia telah menyertai wakil dari enam negara lain—Itali, Mexico, Arab Saudi, Sepanyol, Turki, dan United Kingdom—dalam maraton pemanduan jarak sangat jauh dari Guangzhou ke Wuhu, China.
Konvoi dari berbilang negara ini berjaya mengembara lebih daripada 1,300 km dengan bekalan satu tangki minyak dan bateri yang dicaskan sepenuhnya tanpa perlu berhenti untuk mengecas semula. Pemanduan selama 13 jam ini meliputi keadaan memandu dunia sebenar yang pelbagai, termasuk lalu lintas pagi yang sibuk, lebuh raya kebangsaan, dan laluan ekspres antara bandar berkelajuan tinggi, sekali gus menonjolkan kebolehsuaian dan ketahanan J7 PHEV.
Dalam cabaran tersebut, JAECOO J7 PHEV mengatasi jangkaan dengan mencapai jarak pemanduan elektrik penuh 125.2 km—lebih jauh daripada penarafan elektrik penuh rasmi 106 km. Prestasi ini dicapai menerusi Teknologi Sistem Hibrid Super (SHS) JAECOO, yang menguruskan pengagihan tenaga dengan pintar untuk mengekalkan kecekapan optimum walaupun dalam keadaan kuasa berkurangan.
Seterusnya pada Januari 2025, lima Kenderaan Hibrid Plug-in JAECOO J7 (2WD) juga telah memulakan perjalanan jarak jauh dari Singapura ke Hatyai,
Thailand dengan merentasi Malaysia, untuk terus menguji had jarak pemanduan J7 PHEV. Pemanduan rentas sempadan tersebut menyaksikan kesemua lima kenderaan mengatasi julat 1,200 km WLTP yang disyorkan, dengan mencapai jarak paling jauh 1,427.5 km yang mengagumkan.
JAECOO J7 PHEV, yang dipasang di dalam negara di Shah Alam, dijual pada harga RM158,800. Kenderaan ini menggunakan enjin 1.5-liter cas turbo yang digandingkan dengan motor elektrik, menghasilkan output sistem tergabung 347 PS dan 525 Nm. Enjin ini disokong oleh Transmisi Hibrid Terkhusus (DHT) boleh ubah berterusan, dan pek bateri hibrid khas untuk membekalkan lebih kuasa dan meningkatkan penjimatan bahan api.


Sempena dengan sambutan Krismas dan Tahun Baharu akan datang, OMODA | JAECOO Malaysia kini menawarkan pakej tambah nilai untuk terus meningkatkan pengalaman pemilikan keseluruhan.
Para pelanggan boleh menikmati penjimatan keseluruhan sehingga RM14,000 bagi pembelian JAECOO J7 PHEV dari sekarang sehingga 31 Disember 2025. Ini termasuk lanjutan waranti bateri percuma 10 tahun, pengecas Kotak Dinding percuma, pakej servis percuma dan diskaun tambahan di bawah Program Sekutu Profesional (PAP). Pakej tambah nilai juga disediakan bagi seluruh rangkaian model OMODA | JAECOO. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Dalam usaha berterusannya untuk meluaskan jejak dan mengukuhkan hubungan dengan pelanggan, OMODA | JAECOO Malaysia menekankan komitmen untuk membekalkan kenderaan premium, berteknologi maju yang menawarkan kecekapan dunia sebenar, setanding dengan pengalaman pemilikan luar biasa yang disediakan.
















































Komen