Pandu Pulang Kereta Idaman dengan Penjimatan Hebat di Jualan HEBAT Sime Motors Hujung Minggu Ini!


Jenama hebat, tawaran hebat, kemudahan hebat dan pengalaman pemilikan hebat semuanya boleh dinikmati di acara Jualan HEBAT Sime Motors yang diadakan dari 16 hingga 18 Oktober di Sime Motors City, Ara Damansara. Acara selama tiga hari ini menghimpunkan jenama-jenama automotif Sime Motors dengan promosiakhir tahun tiada tandingan, disokong oleh kemudahan menyeluruh, rangkaian seluruh negara dan kepakaran lepas jualan untuk menjanjikan pengalaman lancardaripada pembelian kepada pemilikan.
Menampilkanjenama automotif antarabangsa terkemukadi bawah portfolio Sime Motors, termasuk BMW, MINI, BMW Motorrad, BYD, DENZA, Hyundai, Ford dan Volvo, para pengunjung boleh meninjau pilihan kenderaan yang luas meliputi segmen premium, berprestasi dan elektrik. Jualan HEBAT Sime Motors turut memaparkan kenderaan pramilik premium daripada Auto Selection dan EV NEXT untuk memberikan pelanggan lebih banyak pilihan apabila mempertimbangkan kenderaan milik seterusnya.

Sepanjang acara, pengunjung boleh memandu uji pelbagai jenama dan menikmati tawaran eksklusif, pakej pembiayaan, dan juga peluang tukar beli atau secara overtrade, dengan kehadiran pakar produk yang bersedia memberikan panduan lanjut. Pelanggan yang membuat tempahan di acara tersebut juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai sehingga RM40,000, termasuk iPhone Duo baharu, iPhone 18 Series dan hadiah premium lain.
“Jualan HEBAT Sime Motors memberi peluang kepada pelanggan untuk meneroka dengan lebih lanjut tentang pelbagai tawaran Sime Motors yang meliputi pelbagai jenama, promosi hujung tahun menarik dan pelbagai penyelesaian mobiliti yang dibawakan di bawah satu bumbung,” kata Vi Thim Juan, Pengarah Urusan, Peruncitan & Pengedaran Malaysia, Sime Motors.
“Kami amat mengalu-alukan kedatangan pelanggan ke Sime Motors City, sama ada mereka sedang mencari membeli kenderaan baharu atau pramilik, meneroka pilihan EV yang ada atau mendapatkan nilai yang lebih baik bagi pembelian mereka yang akan datang. Dengan tawaran menarik merentas pelbagai jenama dan peluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM40,000, acara inisememangnya diadakan untuk memberikan nilai luar biasa sambil memudahkan proses pemilikan kenderaan dengan menawarkan penyelesaian pembiayaan, tukar beli dan pemilikan.“

Selain daripada kenderaan yang diketengahkan, pelanggan juga boleh meninjau pilihan perkhidmatan automotif dan penyelesaian pemilikan lebih luas Sime Motors. Ini termasuk manfaatpemilikan EV seperti kredit dan penyelesaian pengecasan dan juga manfaat pemilikan dan khidmat lepas jualan percuma bagi model-model terpilih.
Antara keistimewaan yang disediakan, peminat BMW boleh menikmati harga menarik, rebat tunai khas, kadar pembiayaan serendah 1.68% dan pakej Servis & Baik Pulih Terangkum 5 Tahun BMW. Manakala pelanggan MINI pula boleh menantikan rebat tunai menarik, kadar pembiayaan serendah 0.88%, Mesin Kopi Nespresso Vertuo dan pelekat kereta percuma. Pelanggan BMW Motorrad boleh menikmati kadar pembiayaan serendah 2.99% dan rebat sehingga RM15,000 bagi model-model terpilih.

Sementara itu, peminat BYD boleh meraih ganjaran acara eksklusif, rebat alu-aluan sehingga RM500 dengan setiap tempahan BYD yang dibuat sepanjang acara, serta promosi model terpilih dengan rebat daripada RM7,000 hingga RM16,000. DENZA juga akan memaparkan Z9 GT eksklusifnya, sambil menyediakan tawaran terpilih bagi DENZA D9 termasuk rebat sehingga RM50,000.
Pelanggan Hyundai boleh menikmati rebat sehingga RM52,000 bagi model terpilih, termasuk sokongan tukar beli biasa dan tukar beli secara overtrade atau servis percuma 8x, manakala rebat tunai RM2,500 disediakan bagi kenderaan yang baru dilancarkan. Sementara itu, pelanggan Ford boleh menerima rebat sehingga RM22,000 bagi kenderaan terpilih.

Model Volvo tertentu juga diberi rebat sehingga RM25,000, manakala unit demo Volvo EX30 yang terhad akan ditawarkan daripada harga RM148,000, tertakluk kepada bekalan.
Pelanggan yang ingin mendapatkan kenderaan pramilik juga boleh memilih daripada pilihan luas tawaran Sime Motors menerusi Auto Selection & EV Next, dengan unit terpilih layak untuk pakej servis percuma 10 tahun menerusi Drivecare.
Acara Jualan HEBAT Sime Motors dibuka kepada orang ramai dari jam 9.00pagi hingga 6.00petang setiap hari untuk tiga hari sahaja dari 16 hingga 18 Oktober di Sime Motors City, Ara Damansara. Untuk maklumat lanjut mengenai jenama-jenama turut-serta, promosi dan aktiviti acara serta mendapatkan maklumat terkini dan tawaran eksklusif yang disediakan di cawangan-cawangan Sime Motors di seluruh negara, sila daftarkan minat anda di: https://onego.simemotors.my/q/greatsimemotorssale2026




















Komen