top of page

Pelancaran Bilik Pameran dan Pusat Servis Proton e.MAS Pantai Bharu Autohaus Rawang

  • Writer: Panduman
    Panduman
  • 17 Feb
  • 2 min membaca

Updated: 13 Apr

Sesi pelancaran di hadapan pintu masuk Pusat Servis Proton e.MAS Pantai Bharu Autohaus Anggun Rawang
[Kedua dari kiri] Cik Rabitah Shamshudin - Pengarah Urusan Kumpulan Pantai Bharu, En. Roslan Abdullah - Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings Berhad, YBhg. Tuan Saifuddin Bin Shafi Muhammad - Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Dato’ Shamshudin Bin Nor - Presiden Kumpulan Syarikat Pantai Bharu dan Pn. Laila Shamshudin - Pengarah Eksekutif Kumpulan Pantai Bharu di Majlis Pelancaran Bilik Pameran dan Pusat Servis Proton e.MAS Pantai Bharu Autohaus Rawang.

Kumpulan Syarikat Pantai Bharu, sebuah syarikat milik Bumiputera yang diasaskan oleh Y.Bhg. Dato’ Hj Shamshudin Nor pada 25 September 1978,  dengan pengalaman luas dalam sektor automotif, servis, insurans, pembangunan hartanah, pelancongan dan perkhidmatan terus memperkukuh kehadirannya dalam industri automotif dengan pembukaan Bilik Pameran dan Pusat Servis Proton e.Mas Pantai Bharu Autohaus Rawang pada 17 Februari 2025. Langkah ini mencerminkan komitmen syarikat dalam menawarkan perkhidmatan automotif bertaraf tinggi kepada pelanggan.

Sesi pemotongan reben di hadapan pintu masuk Pusat Servis Proton e.MAS Pantai Bharu Autohaus Anggun Rawang
Sesi pemotongan reben di Majlis Pelancaran Bilik Pameran dan Pusat Servis Proton e.MAS Pantai Bharu Autohaus Anggun Rawang.

Selain cawangan di Jalan Kapar, Klang, Rawang kini menjadi cawangan kedua dan Proton e.MAS Rawang adalah cawangan pertama yang menawarkan Proton e.MAS 7 di bawah Kumpulan Pantai Bharu Autohaus. Sebagai syarikat yang menyokong masa depan mobiliti hijau, Pantai Bharu Autohaus berbangga menjadi rakan strategik PRO-NET dalam memperluaskan akses kepada teknologi EV di Malaysia.



Bukan sekadar bilik pameran, tetapi juga menjadi destinasi utama bagi pelanggan yang ingin mendapatkan maklumat, merasai pengalaman pemanduan, serta menikmati perkhidmatan jualan dan selepas jualan yang komprehensif untuk Proton e.MAS 7. Dengan konsep moden dan interaktif, bilik pameran ini menawarkan pengalaman digital yang lebih imersif, dilengkapi kemudahan teknologi terkini untuk keselesaan pelanggan.

Bilik Pameran dan Pusat Servis PROTON 3S & Proton e.Mas Pantai Bharu Autohaus Anggun Rawang
Bilik Pameran dan Pusat Servis PROTON 3S & Proton e.MAS Pantai Bharu Autohaus Rawang

PRO-NET, yang bertanggungjawab dalam pembangunan dan pengedaran kenderaan tenaga baharu bagi jenama PROTON, telah melancarkan Proton e.MAS 7 pada 16 Disember 2024, dengan majlis perasmian disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.


Pengeluaran Proton e.MAS 7 telah meningkat kepada 6,000 unit, suatu peningkatan yang signifikan berbanding bulan Disember yang mencatatkan hanya 2,500 unit. Peningkatan pengeluaran ini jelas menunjukkan bahawa PRO-NET telah berjaya menarik minat lebih ramai pengguna untuk beralih kepada kenderaan elektrik.



Dalam masa yang sama, pelanggan juga boleh mendapatkan model-model lain di bawah jenama PROTON yang telah bertapak dalam industri automotif Malaysia sejak 1983. PRO-NET membawa dimensi baharu dalam landskap automotif dengan teknologi elektrik yang lebih maju, selari dengan perkembangan industri global.


Kunjungi Bilik Pameran dan Pusat Servis Proton e.Mas Pantai Bharu Autohaus Rawang untuk dapatkan kereta eletrik nasional pertama anda.

Comments


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

bottom of page