top of page

Pelayaran Sulung BYD Zhengzhou ke Malaysia Dengan Kapasiti 7,000 Unit bagi Merealisasikan Impian Rakyat Malaysia

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 6 Ogo
  • 3 min membaca

BYD Zhengzhou ke Malaysia
BYD Malaysia dan Sime Motors mengalu-alukan ketibaan kapal pengangkut BYD Zhengzhou di Northport, Pelabuhan Klang pada 5 Ogos 2025

Dalam usaha mengukuhkan rantaian bekalan global, BYD Malaysia dan Sime Motors yang merupakan pengedar rasmi kenderaan BYD di Malaysia, hari ini mengumumkan ketibaan kapal pengangkut BYD dari Zhengzhou ke perairan tempatan, membawa bersama kenderaan BYD yang telah siap dipasang untuk dihantar kepada pengguna di Malaysia.

 

BYD Zhengzhou ke Malaysia
BYD Malaysia dan Sime Motors mengalu-alukan ketibaan kapal pengangkut BYD Zhengzhou di Northport, Pelabuhan Klang pada 5 Ogos 2025

Kapal roll-on/roll-off (RORO) milik BYD yang berkapasiti 7,000 unit telah memulakan pelayaran sulungnya ke Asia Tenggara dengan penghantaran dijadualkan ke Filipina, Indonesia dan Singapura. Kapal tersebut tiba di North Port, Port Klang semalam, sebelum meneruskan hentian terakhir di Thailand dan kembali semula ke China.


BYD Zhengzhou ke Malaysia
Pasukan dari BYD Malaysia dan Sime Motors di atas kapal BYD Zhengzhou, kapal ketujuh dalam armada BYD, mempamerkan kekuatan rantaian bekalannya yang semakin meningkat untuk menyokong peningkatan permintaan untuk kenderaan elektrik.
BYD Zhengzhou ke Malaysia
Pasukan dari BYD Malaysia dan Sime Motors di atas kapal BYD Zhengzhou, kapal ketujuh dalam armada BYD, mempamerkan kekuatan rantaian bekalannya yang semakin meningkat untuk menyokong peningkatan permintaan untuk kenderaan elektrik.

BYD Zhengzhou merupakan kapal ketujuh dalam armada kapal pengangkut khas milik BYD, sekali gus membuktikan keupayaan rantaian bekalan dan logistik syarikat yang kukuh dalam memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap kenderaan elektrik (EV). Armada ini adalah sebahagian daripada strategi eksport BYD yang semakin berkembang dan mencerminkan komitmennya terhadap Malaysia sebagai pasaran utama di rantau ini.

 

BYD Zhengzhou ke Malaysia
BYD Zhengzhou tiba dengan kenderaan BYD yang dibina sepenuhnya, sedia untuk dihantar kepada pelanggan di seluruh Malaysia.
BYD Zhengzhou ke Malaysia
BYD Zhengzhou tiba dengan kenderaan BYD yang dibina sepenuhnya, sedia untuk dihantar kepada pelanggan di seluruh Malaysia.

Jeffrey Gan, Pengarah Urusan Sime Motors bagi Asia Tenggara berkata, “Ini merupakan satu pencapaian penting dalam kerjasama kami bersama BYD. Ia melambangkan keyakinan serta potensi pertumbuhan Malaysia sebagai hab EV yang penting. Dengan pengukuhan rantaian bekalan serantau melalui kapal pengangkut BYD, kami kini dapat menjamin masa penghantaran yang lebih singkat, sekali gus mempertingkatkan keupayaan kami untuk memberikan kepuasan pelanggan yang lebih baik. Ini memberikan manfaat kepada semua pihak yang terlibat.”


BYD Zhengzhou ke Malaysia

Beliau menambah, “Ini juga mempersiapkan kami untuk menyokong jumlah penghantaran yang lebih besar pada masa akan datang, seiring dengan usaha untuk mempercepatkan penerimagunaan EV di Malaysia melalui ekosistem dinamik yang merangkumi jualan, selepas jualan, dan pendidikan pengguna, dalam menuju ke arah masa depan yang lebih bersih, pintar dan mampan. Ini hanyalah permulaan, dengan lebih banyak inovasi canggih serta perkembangan strategik yang bakal menyusul.”

 

BYD Zhengzhou ke Malaysia
BYD Zhengzhou ke Malaysia

Dengan mengendalikan armada penghantarannya sendiri, BYD memperoleh kawalan yang lebih besar ke atas aspek penting dalam rantaian bekalan EV, khususnya ketika China terus menerajui eksport EV di peringkat global.


BYD Zhengzhou ke Malaysia

“Kapal pengangkut ini memainkan peranan penting dalam merealisasikan aspirasi global BYD dan mengukuhkan lagi hubungan kami dengan Malaysia, yang kami lihat sebagai pasaran utama bagi pertumbuhan kami di Asia Pasifik. Dibina untuk meningkatkan keupayaan penghantaran, BYD Zhengzhou membolehkan penghantaran yang lebih pantas dan boleh dipercayai terus kepada pelanggan kami di sini,” menurut Eagle Zhao, Pengarah Urusan BYD Malaysia Sdn Bhd.

 

BYD Zhengzhou ke Malaysia
BYD Zhengzhou ke Malaysia

“Apabila eksport automotif China terus meningkat, permintaan terhadap kapal pengangkut khusus turut meningkat. Dengan melabur dalam armada milik sendiri, kami berada dalam kedudukan yang lebih kukuh untuk mengurus permintaan global serta memastikan kestabilan dan skala penghantaran yang lebih efisien,” ujarnya.


BYD Zhengzhou ke Malaysia

Kaedah RORO kapal ini, di mana kenderaan dipandu masuk dan keluar dari kapal, menawarkan kelebihan besar dari segi masa dan kos berbanding penghantaran menggunakan kontena secara tradisional.


BYD Zhengzhou ke Malaysia

Hasil daripada sistem logistik yang lebih efisien, BYD Malaysia dan Sime Motors terus memperkukuhkan kerjasama mereka sambil merealisasikan matlamat bersama untuk menyediakan EV kepada rakyat Malaysia dengan lebih pantas dan boleh dipercayai. Inisiatif ini disokong oleh lebih 35 pusat jualan BYD di seluruh negara, dengan sasaran untuk mencapai 60 pusat jualan BYD menjelang akhir tahun 2026.

Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

M 160x600.jpg

ADVERTISEMENT

Pandu Pandu Icon
PanduBabes Logo
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta. Bersama PanduBabes, kami membawa cerita, inspirasi dan acara untuk komuniti peminat automotif Malaysia.
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2025 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page