Penantian Berakhir: Kicks E-Power. Gaya Impul. Kini Di Bilik Pameran
- Anna Chong

- 24 Jul
- 2 min membaca

Setelah berjaya memikai penonton di Malaysia Autoshow 2025 dan menjadi tumpuan di Super GT Sepang 2025, Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) dengan bangganya mengumumkan ketibaan Nissan Kicks e-POWER Edisi IMPUL baharu di Malaysia. Bermula hari ini, SUV kompak yang berani dan mengujakan ini
sudah boleh dilihat dan diuji sendiri di bilik pameran Nissan di seluruh negara.
Pertama kali diperkenalkan di Malaysia Autoshow 2025, Nissan KICKS e-POWER Edisi IMPUL baharu terus memikat perhatian dengan reka bentuknya yang mencolok dan teknologi revolusioner e-POWER daripada Nissan. Semangat berkobar-kobar lagi di Super GT Sepang 2025, apabila legenda sukan permotoran dan pengasas pasukan lumba terkenal dari Jepun - IMPUL, En. Kazuyoshi Hoshino, hadir memeriahkan pelancaran model ini di Malaysia. Kemuncaknya, pasukan #12 TRS IMPUL berjaya meraih tempat ketiga di podium perlumbaan tersebut.

Kapsyen Foto (Dari Kiri ke Kanan):
En. Christopher Tan, Naib Presiden Eksekutif, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd
En. Daniel Ho, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Chong Motor Holdings Bhd
En. Khoo Cheng Pah, Ketua Pegawai Eksekutif, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd
En. Kazuki Hoshino, Pengarah Pasukan, Pasukan IMPUL
En. Kazuyoshi Hoshino, Pengasas Pasukan Perlumbaan Lagenda Jepun – IMPUL
En. Bertrand Baguette, Pemandu, #12 TRS IMPUL bersama SDG Z
En. Kazuki Hiramine, Pemandu, #12 TRS IMPUL bersama SDG Z
“Nissan KICKS e-POWER Edisi IMPUL direka khas untuk mereka yang menghargai prestasi dan keunikan. Ia menggabungkan estetika sporty, prestasi elektrik yang dinamik, serta kepelbagaian kegunaan harian – sesuai untuk pemandu yang menginginkan keterujaan dalam setiap perjalanan,” kata En. Khoo Cheng Pah, Ketua Pegawai Eksekutif Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd.
Dari Litar ke Jalan Raya: IMPUL Bertemu Inovasi
Hasil kerjasama dengan peneraju penalaan Jepun, IMPUL, edisi istimewa ini menampilkan peningkatan gaya eksklusif yang memperkukuhkan siluet sporty KICKS serta penampilannya mengagumkan segmen SUV kompak.
Aerokit IMPUL yang terskultur ini menampilkan spoiler bumper hadapan dan belakang, hiasan aero pada sisi skirt yang ramping, spoiler bumbung belakang, serta pelekat sisi khas IMPUL yang ikonik. Sebuah lencana IMPUL eksklusif menghiasi bonet, manakala SUV ini dilengkapi dengan rim IMPUL Aura SX-50 18 inci buatan Jepun dengan kemasan Bronze Clear Polish, dipadankan dengan tayar berprestasi sukan GOODYEAR Eagle F1 Sport untuk cengkaman dan keyakinan pemanduan yang lebih baik.
Dikuasai oleh sistem e-POWER canggih daripada Nissan, KICKS menawarkan pemanduan lancar dan responsif seperti kenderaan elektrik – tanpa kebimbangan untuk mengecas. Ia merupakan teman sempurna untuk pengembara bandar yang menginginkan prestasi dinamik, kecakapan bahan api yang unggul dan kepraktisan harian.
Sedia untuk Menempuhi Jalan Raya
Pakej gaya Edisi IMPUL ini ditawarkan pada harga RM8,500 dan boleh didapati untuk semua varian KICKS e-POWER. Semua aksesori IMPUL dilengkapi dengan jaminan 3 tahun atau 100,000 km, mana-mana tiba terdahulu, memberikan ketenangan fikiran dan jaminan kualiti yang tahan lama.
Pakej Edisi IMPUL | Harga |
| RM5,000 |
| RM3,500 |
* Terhad kepada 50 set sahaja
Pelanggan yang berminat dengan Nissan KICKS e-POWER digalakkan untuk mengunjungi bilik pameran Nissan terdekat untuk pengalaman pandu uji pertama dan nikmati tawaran pelancaran terhad dengan peningkatan Aerokit IMPUL percuma (bernilai RM5,000).




















Komen