top of page

Pengedar JAECOO Seluruh Negara Menerima 500 Unit Pertama C9 SUV Coupé

  • Writer: Panduman
    Panduman
  • 6 Feb
  • 1 min membaca
JAECOO bersedia membawa pelanggan ke fasa seterusnya dalam perjalanan pemilikan mereka dengan sokongan rangkaian pengedarnya yang luas dan berkualiti.
JAECOO bersedia membawa pelanggan ke fasa seterusnya dalam perjalanan pemilikan mereka dengan sokongan rangkaian pengedarnya yang luas dan berkualiti.

Bekerja keras untuk memenuhi sambutan pasaran yang memberangsangkan, JAECOO kini telah memulakan penghantaran sehingga 500 unit pertama C9 Premium Off-road SUV Coupé ke rangkaian pengedarnya di seluruh negara.


"Kami amat berbesar hati melihat penerimaan positif pasaran terhadap C9. Ini mengukuhkan usaha dan komitmen kami dalam memperkenalkan kenderaan terbaik dalam kelasnya yang memenuhi keperluan serta cita rasa pemandu di sini. Dengan sokongan rangkaian pengedar kami yang luas dan berkualiti, kami bersedia membawa pelanggan ke fasa seterusnya dalam perjalanan pemilikan mereka bersama JAECOO. Memandangkan prospek pasaran automotif yang dinamik, JAECOO optimis dalam menyumbang kepada pertumbuhan industri yang sihat, yang akhirnya memberi manfaat kepada pengguna," kata Naib Presiden JAECOO Malaysia, Emily Lek.


Varian C9 Premium Off-road SUV Coupé All-wheel Drive (AWD) ditawarkan pada harga RM188,800, manakala varian Two-wheel Drive (2WD) berharga RM168,800. Semua kenderaan C9 SUV Coupé didatangkan dengan jaminan tujuh tahun atau sehingga 150,000km mileage*.


Walaupun beberapa pasaran automotif Asia Tenggara mengalami penurunan jualan pada tahun 2024, negara seperti Malaysia, Filipina, dan Singapura mencatat pertumbuhan positif. Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, JAECOO telah tersenarai antara jenama yang menarik perhatian pasaran tempatan dan antarabangsa melalui pencapaian memberangsangkan dalam segmen SUV.


Untuk maklumat lanjut mengenai JAECOO Malaysia, layari www.jaecoo.com.my dan ikuti platform media sosial JAECOO Malaysia untuk berita terkini.



Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Pandu Pandu Icon
PanduBabes Logo
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta. Bersama PanduBabes, kami membawa cerita, inspirasi dan acara untuk komuniti peminat automotif Malaysia.
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2025 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page