top of page

Proton e.MAS 7: Era Baru EV Nasional!

  • Writer: Panduman
    Panduman
  • Dec 16, 2024
  • 2 min read

Updated: Dec 25, 2024



Hari ini mencatat sejarah negara apabila Proton e.MAS 7, kereta elektrik pertama sepenuhnya di Malaysia, dilancarkan secara rasmi oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim. Detik ini bukan sekadar pelancaran kereta tetapi simbol kemajuan negara menuju masa depan lestari dan inovasi automotif kebanggaan Malaysia.


Harga Atas Jalan (tanpa insurans) bagi Proton e.MAS 7 Prime dan Premium adalah seperti berikut:


e.MAS 7 Prime:

RM109,800 Semenanjung Malaysia

RM112,800 Sabah & Sarawak


e.MAS 7 Premium:

RM112,800 Semenanjung Malaysia

RM126,800 Sabah & Sarawak


Tawaran Pelancaran Istimewa untuk 3,000 Pelanggan Pertama dengan rebat RM 4,000, Harga Atas Jalan (tanpa insurans) bagi Proton e.MAS 7 Prime dan Premium adalah seperti berikut:


e.MAS 7 Prime:

RM105,800 Semenanjung Malaysia

RM108,800 Sabah & Sarawak


e.MAS 7 Premium:

RM119,800 Semenanjung Malaysia

RM122,800 Sabah & Sarawak

 

Proton e.MAS 7 menawarkan masa pengecasan adalah pantas, hanya mengambil 20 minit untuk pengecasan DC dari 30% ke 80%. Dilengkapi dengan kuasa motor 150 kW, ia menjanjikan prestasi yang mantap. Smart features ia termasuk skrin infotainment besar bersaiz 15.4 inci dengan resolusi 2.5K, serta integrasi Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar. Varian Premium turut menawarkan HUD (Head-Up Display) untuk pengalaman pemanduan yang lebih futuristik.


Enam Power Pack dengan Harga Pelancaran Istimewa Untuk 3,000 Pelanggan Pertama

Bagi menyambut pelancaran Proton e.MAS 7, pembeli akan menerima pakej manfaat yang komprehensif, untuk tawaran masa terhad, bernilai sehingga RM8,000 untuk pemilikan kenderaan ini. Enam Power Pack Pelancaran adalah seperti berikut:


Power Home: Pengecas 7kW Home Charger Percuma bernilai RM 1,500

Power Plus: V2L Adaptor Percuma bernilai RM 500

Power Online: 5-Tahun Data Internet Tanpa Had bernilai RM 1,800

Power Thru: Jaminan Kenderaan Jarak Tanpa Had selama 6 tahun / Jaminan Bateri dan Komponen Bervoltan Tinggi 8-Tahun / 160,000km

Power Financing: Kadar Faedah 1.98% dari Proton Commerce sehingga RM3,000

Power Exchange: Rebat Eksklusif Proton Owner Trade-In bernilai RM 1,200


Ayuh, jadilah sebahagian daripada sejarah ini dan rasai sendiri kehebatan Proton e.MAS 7! Kunjungi bilik pameran Proton e.MAS berhampiran anda hari ini.

Comments


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

bottom of page