top of page

Proton e.MAS Memperluaskan Cawangan Pengedar di Sabah & Sarawak dengan Pembukaan 4 Bilik Pameran Baharu

  • Writer: Panduman
    Panduman
  • 11 Feb
  • 2 min membaca

YB Datuk Phoong Jin Tze, Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, merasmikan pembukaan bilik pameran Proton e.MAS.
YB Datuk Phoong Jin Tze, Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, merasmikan pembukaan bilik pameran Proton e.MAS.

Di Kota Kinabalu, Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, YB Datuk Phoong Jin Tze, telah merasmikan pembukaan bilik pameran Proton e.MAS milik Harapan Maju Sabah Sdn. Bhd pada 8 Februari. Sementara itu, di Sarawak, Datuk Bandar Kuching, Ybhg. Dato Wee Hong Seng, melancarkan bilik pameran e.MAS oleh Melinau EV Sdn. Bhd. pada 11 Februari.


Perluasan rangakaian pengedar ini diteruskan dengan pembukaan bilik pameran Ghee Hua Co. Sdn. Bhd. di Sarawak pada 13 Februari, diikuti oleh Fook Loi Eurocar Sdn. Bhd. di Sabah pada 28 Februari 2025. “Kami amat teruja untuk memulakan babak baru bagi Proton e.MAS dengan pengembangan pusat pengedar ke Sabah & Sarawak,” kata Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET. 


“Pembukaan rangkaian pengedar pertama proton e.MAS di Sabah dan Sarawak mencerminkan komitmen kami untuk menjadikan mobiliti elektrik lebih mudah diakses oleh semua rakyat Malaysia. Dengan sokongan rakan kongsi yang kukuh, kami yakin pencapaian ini akan mempercepatkan revolusi EV di rantau ini, membawakan inovasi, kelestarian, dan pengalaman pemilikan EV yang luar biasa kepada para pelanggan kami.” 

Cawangan Proton e.MAS di Sabah
Cawangan Showroom Proton e.MAS di Sabah

Komitmen terhadap Pertumbuhan Automotif Kenderaan Elektrik ke Sabah & Sarawak melalui pembukaan rangkaian pengedar baharu ini menegaskan komitmen berterusan PRO-NET dalam memperluaskan ekosistem EV di Malaysia. 


Peluasan ke Sabah dan Sarawak bukan sekadar membawa teknologi automotif yang lestari dan inovatif, tetapi juga menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi rantau ini melalui penciptaan peluang pekerjaan serta pengenalan teknologi canggih.


Bilik pameran moden ini direka bukan sahaja untuk mempamerkan teknologi kenderaan elektrik terkini dari PROTON, tetapi juga berfungsi sebagai pusat utama bagi pendidikan dan interaksi kepada pelanggan.


Rangkaian pengedar Proton e.MAS bertujuan untuk memberikan pengalaman yang lebih lancar kepada pelanggan dengan mengintegrasikan perkhidmatan jualan dan selepas jualan, memastikan sokongan jangka panjang kepada pemilik kenderaan EV ini.


Dengan 37 pengedar Proton e.MAS di seluruh negara, PRO-NET terus berkembang pesat. Seiring dengan pertumbuhan jenama ini, ia membuka ruang untuk lebih banyak inovasi dan pengalaman berorientasikan pelanggan.

Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Pandu Pandu Icon
PanduBabes Logo
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta. Bersama PanduBabes, kami membawa cerita, inspirasi dan acara untuk komuniti peminat automotif Malaysia.
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2025 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page