top of page

Proton e.MAS Mendahului Pasaran EV sebagai Jenama EV No.1 Malaysia, Raikan Pencapaian dengan Ganjaran Mingguan untuk Rakyat Malaysia

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 31 Mac
  • 3 min membaca

Proton e.MAS

PRO-NET, anak syarikat milik penuh PROTON, meraikan satu pencapaian penting dalam perjalanan mobiliti elektrik negara apabila Proton e.MAS terus mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama kenderaan elektrik No.1 di Malaysia, disokong oleh prestasi pasaran yang kukuh, keyakinan pelanggan di seluruh negara, serta momentum berterusan dalam pembangunan ekosistem EV yang semakin berkembang.

 

Sebagai jenama EV nasional pertama Malaysia, Proton e.MAS kini menguasai pegangan pasaran, dengan satu daripada setiap dua EV yang dijual pada tahun 2026 membawa lencana Proton e.MAS. Pencapaian ini mencerminkan betapa pantas rakyat Malaysia menerima mobiliti elektrik tempatan, sekali gus menjadikan Proton e.MAS bukan sahaja peneraju pasaran, tetapi juga simbol kemajuan dalam peralihan negara ke arah EV.

 

Dengan permulaan kukuh pada tahun 2026, e.MAS 5 kini menjadi model EV No.1 di Malaysia dengan lebih 5,000 unit berjaya dijual dalam tempoh dua bulan pertama. Lebih membanggakan, ia turut menembusi senarai 5 kenderaan paling laris di negara ini, satu pencapaian yang belum pernah diraih oleh mana-mana EV sebelum ini.

Dalam masa sama, model baharu e.MAS 7 PHEV yang diperkenalkan baru-baru ini telah merekodkan lebih 3,500 tempahan dalam hanya enam minggu. Ini jelas menunjukkan keyakinan yang semakin meningkat terhadap mobiliti elektrik yang praktikal dan benar-benar sesuai dengan gaya hidup rakyat Malaysia.

 

Kepimpinan Melangkaui Jualan, Pencapaian Nasional yang Mengukuhkan Kedudukan No.1

Kepimpinan Proton e.MAS melangkaui jualan dan pelancarannya. Proton e.MAS 5 Premium telah diiktiraf sebagai Best Entry-Level xEV of the Year di Malaysia Car of the Year Awards 2025, manakala Proton e.MAS 7 pula dipilih sebagai kenderaan rasmi bagi Sidang Kemuncak ASEAN, sekali gus mempamerkan inovasi EV Malaysia di pentas antarabangsa. Selain itu, Proton e.MAS 7 turut mengetuai ASEAN Unity Drive 2025 yang bersejarah, meliputi perjalanan sejauh 10,432 km merentasi sembilan negara ASEAN, membuktikan keupayaan dan ketahanan EV nasional Malaysia dalam kondisi dunia sebenar di peringkat serantau.


“Pencapaian Proton e.MAS sebagai jenama EV No.1 adalah milik rakyat Malaysia. Setiap tempahan, setiap ulasan, setiap perkongsian perjalanan di media sosial, dan setiap saranan daripada pemilik telah menyumbang kepada kejayaan Proton e.MAS sebagai jenama EV No.1 di Malaysia,” kata Puan Salawati Yusoff, Ketua Pegawai Penjenamaan PRO-NET.

 

Bagi meraikan pencapaian ini, Proton e.MAS melancarkan peraduan di media sosial “Tell Us Why We’re #1”, yang menyeru kepada semua rakyat Malaysia berkongsi sebab Proton e.MAS layak sebagai jenama EV No.1, sambil menawarkan ganjaran menarik setiap minggu sepanjang tempoh kempen berlangsung.

 

Puan Salawati Yusoff, Ketua Pegawai Penjenamaan PRO-NET, berkata, “Peraduan ‘Tell Us Why We’re #1’ ini adalah cara kami meraikan perjalanan ini serta memberi tumpuan semula kepada rakyat Malaysia yang telah menjayakannya.”

 

Raikan Pencapaian EV No.1 Proton e.MAS dengan Peraduan “Tell Us Why We’re #1

Peraduan media sosial “Tell Us Why We’re #1” memberi peluang kepada rakyat Malaysia sama-sama meraikan kejayaan ini. Berlangsung dari 24 Mac 2026 hingga 14 April 2026, peraduan ini menjemput orang ramai berkongsi pandangan mereka tentang apa yang membuatkan Proton e.MAS layak menjadi EV No.1.

 

  • Langkah 1: Ikuti akaun rasmi Proton e.MAS di platform yang anda sertai (Instagram, Facebook atau TikTok).

  • Langkah 2: Tinggalkan komen pada hantaran peraduan dengan satu sebab mengapa Proton e.MAS layak diiktiraf sebagai jenama EV No.1.

  • Langkah 3: Tag tiga orang rakan dan sertakan tanda pagar #ProtonEMASNo1EV.

 

Peserta berpeluang menjadi salah seorang daripada sepuluh (10) pemenang mingguan, dengan setiap pemenang menerima PIN tambah nilai Touch ’n Go eWallet bernilai RM100*

 

*Tertakluk kepada terma dan syarat:

Pemenang akan diumumkan melalui hantaran di media sosial. Semua pemenang perlu menghubungi pihak penganjur melalui Direct Message dalam tempoh tiga (3) hari selepas pengumuman bagi pengesahan maklumat mereka.

 

Komen


ADVERTISEMENT

KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page