Proton e.MAS Terus Mencipta Momentum Cemerlang dalam Segmen EV dan PHEV pada Separuh Pertama 2026
- Anna Chong

- 10 Jul
- 3 min membaca

PRO-NET terus mengukuhkan kedudukannya dalam landskap mobiliti elektrik Malaysia apabila jenama Proton e.MAS merekodkan 17,604 pendaftaran setakat ini (YTD) bagi portfolio kenderaan elektrik (EV) dan kenderaan elektrik hibrid plug-in (PHEV) sehingga Jun 2026. Dengan 3,026 pendaftaran dicapai pada bulan Jun sahaja, Proton e.MAS terus mengekalkan momentum positif, sekali gus mencerminkan penerimaan pengguna yang semakin meningkat terhadap penyelesaian mobiliti berkuasa elektrik.
Memacu momentum pertumbuhan Proton e.MAS adalah Proton e.MAS 7 PHEV, model PHEV No.1 Malaysia, dengan 1,138 pendaftaran direkodkan pada Jun, membawa jumlah pendaftaran (YTD) kepada 4,074 unit. Sejak pelancarannya pada Februari 2026, Proton e.MAS 7 PHEV telah mencatatkan lebih 11,000 tempahan, membuktikan keyakinan pengguna terhadap penyelesaian mobiliti dwikuasa yang menawarkan kecekapan, fleksibiliti dan praktikaliti untuk kegunaan harian.
Proton e.MAS 5 turut mengekalkan prestasi kukuhnya dengan merekodkan 1,309 pendaftaran pada bulan Jun, sekali gus menyumbang kepada peningkatan penerimaan terhadap jenama Proton e.MAS dalam kalangan pengguna Malaysia.
"Proton e.MAS 7 PHEV telah melepasi jangkaan kami dan menunjukkan bahawa rakyat Malaysia semakin bersedia menerima penyelesaian mobiliti berkuasa elektrik yang praktikal serta memenuhi keperluan gaya hidup seharian. Pencapaian lebih 11,000 tempahan dalam beberapa bulan selepas pelancarannya, di samping lebih 4,000 pendaftaran setakat ini (YTD), membuktikan peningkatan keyakinan terhadap jenama Proton e.MAS. Pada masa yang sama, ia mencerminkan komitmen kami untuk terus menyediakan penyelesaian mobiliti inovatif yang menyokong setiap fasa perjalanan elektrifikasi,” kata Encik Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET.”
Proton e.MAS 7 PHEV Prime Membawa Lebih Nilai sebagai Model PHEV No.1 Malaysia
Proton e.MAS 7 PHEV Prime memberikan lebih daripada apa yang ditawarkan dalam segmennya, dengan menggabungkan kecekapan, praktikaliti dan ruang kabin yang luas dalam satu pakej yang lengkap.
Bermula pada harga hanya RM105,800, Proton e.MAS 7 PHEV Prime menawarkan kecekapan bahan api yang setanding dengan kenderaan segmen A dari segi kos operasi, di samping hadir pada titik harga kompetitif segmen B. Ini menjadikan mobiliti berkuasa elektrik lebih mudah diakses tanpa menjejaskan keupayaan dan prestasi. Dari segi praktikaliti, Proton e.MAS 7 PHEV Prime hadir sebagai kenderaan segmen C yang menawarkan ruang dalaman setanding segmen D, memberikan tahap keselesaan lebih tinggi kepada pemandu dan penumpang, khususnya bagi kegunaan keluarga serta perjalanan jarak jauh.
Proton e.MAS 7 Terus Memperkukuh Kedudukan dalam Segmen EV
Proton e.MAS 7 merekodkan 579 pendaftaran pada Jun 2026, sekali gus menjadikan jumlah pendaftaran tahun ini (YTD) kepada 2,864 unit. Sejak pelancarannya pada Disember 2025, lebih 11,542 unit Proton e.MAS 7 kini berada di jalan raya Malaysia, mencerminkan permintaan yang berterusan terhadap SUV elektrik premium jenama ini.
Proton e.MAS 7 Premium Plus telah dilancarkan baru-baru ini di Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS 2026) sebagai varian terbaharu dalam barisan Proton e.MAS 7. Model ini meningkatkan tahap keselesaan dan kemewahan dengan ciri-ciri seperti kerusi urutan hadapan berkembar, kerusi penumpang hadapan berkuasa dengan fungsi memori, serta tempat rehat kaki penumpang bersepadu, menawarkan pengalaman perjalanan jarak jauh yang lebih premium.
Walaupun hadir dengan spesifikasi yang dipertingkatkan serta kapasiti bateri yang lebih besar, Proton e.MAS 7 Premium Plus menawarkan keupayaan pengecasan pantas DC yang lebih tinggi sehingga 115kW, membolehkan pengecasan daripada 30% hingga 80% dalam tempoh kira-kira 20 minit (tempoh yang sama seperti varian Premium). Penambahbaikan ini menjadikan Proton e.MAS 7 Premium Plus sebagai pilihan yang lebih premium dalam segmennya, menggabungkan jarak pemanduan sehingga 450km berdasarkan kitaran WLTP dengan tahap keselesaan dan praktikaliti yang dipertingkatkan.
Bagi meningkatkan lagi manfaat kepada pelanggan, semua varian Proton e.MAS 7 kini ditawarkan dengan Rebat Pelancaran Khas bernilai RM7,000 untuk tempoh terhad, menjadikan pemilikan lebih mudah diakses. Dengan tawaran masa terhad ini, harga Proton e.MAS 7 bermula daripada RM96,800* bagi varian Prime, manakala varian tertinggi Premium Plus ditawarkan pada harga RM118,800*, memberikan nilai yang menarik dalam segmen EV premium.




















Komen