PROTON Melancarkan PROTON X50 Edisi Sukan Eksklusif (SE)
- Panduman

- 17 Jan 2025
- 3 min membaca

Model terhad ini tampil estetika sporty dan dalamannya lebih menarik
Dengan asas varian Premium, model ini menawarkan rekaan sporty yang lebih menonjol
Pengeluar kereta nasional PROTON telah melancarkan PROTON X50 Edisi Sukan Eksklusif (SE), varian eksklusif SUV terlarisnya yang menawarkan gabungan unik kesukanan dan keanggunan. Dengan penambahbaikan pada rekaan dan ciri dalaman, X50 SE memberikan pengalaman pemanduan yang lebih istimewa.
PROTON X50 2024 merupakan SUV segmen B No.1 di Malaysia pada tahun lepas, kedudukan yang telah
dipegang oleh model ini sejak pelancarannya pada tahun 2020.
Dengan lebih daripada 128,000 unit terjual, ia merupakan pilihan popular di kalangan peminat SUV dan
PROTON X50 SE bertujuan untuk meningkatkan lagi kejayaan ini, menawarkan estetika yang lebih sporty
dan premium sambil mengekalkan prestasi, keselamatan, dan teknologi canggih yang dijangkakan oleh
pelanggan daripada PROTON.
Keistimewaan yang Menambah Eksklusif
PROTON X50 SE menampilkan 13 penambahbaikan eksklusif, diketuai oleh Aerokit sporty yang
menampilkan skirt hadapan, belakang, dan sisi. Warna badan Quartz Black yang menonjol dipadankan
dengan hiasan hitam berkilat di bahagian hadapan dan belakang, manakala roda aloi hitam 18 inci dan
pelekat badan yang khas melengkapkan penampilannya.

Di bahagian dalam, model ini menawarkan kecanggihan dan kepraktisan yang lebih tinggi. Peningkatan
utama termasuk pengecas peranti tanpa wayar untuk sambungan peranti yang lancar, tikar karpet edisi
sukan yang menambah sentuhan eksklusif pada kabin, plat pelindung keluli tahan karat untuk menambahkan
ketahanan dan gaya, serta dulang but untuk pengurusan kargo yang lebih baik.

PROTON X50 SE dikuasakan oleh enjin turbo 1.5 liter yang pernah memenangi anugerah dan menghasilkan
150 PS dan 226 Nm tork. Ia dipandankan dengan transmisi dwi-klac 7-kelajuan (7DCT) dan sama seperti
model asas, penarafan keselamatan model ini kekal tinggi dengan memperoleh penarafan lima bintang
ASEAN NCAP.

Dengan mengintegrasikan kemas kini terkini, model SE menawarkan pengalaman pemanduan yang lebih
intuitif dan selesa. Dilengkapi unit infotainment 10.3 inci canggih dengan pemproses dwi-kuad-teras, system
ini memberikan akses kepada pelbagai ciri termasuk system arahan suara “Hi PROTON” dan aplikasi
PROTON Link untuk kawalan kenderaan jarak jauh. Kamera 360 Darjah Definisi Tinggi dengan paparan 3D
sekeliling membantu parkir yang lebih selamat, manakala sistem audio 6 pembesar suara meningkatkan kualiti audio. Kerusi pemandu dilengkapi dengan pelarasan kuasa 6 arah, dan penyaman udara automatik
memastikan suasana kabin yang selesa. Untuk keselesaan dan privasi yang optimum, PROTON X50 SE
dilengkapi dengan tint keselamatan yang mengurangkan sinaran UV berbahaya.
Edisi Terhad dengan Pilihan Istimewa
Secara keseluruhan, peningkatan produk pada PROTON X50 SE memberikan nilai tambah sebanyak
RM10,000 kepada pembeli, tetapi PROTON menawarkannya pada harga yang menarik iaitu RM105,300
dengan pengeluaran terhad kepada hanya 1,000 unit. Syarikat juga memperkenalkan rebat tunai dan
Angpau untuk tempoh terhad serta menawarkan rebat RM7,000 pada bulan Januari dengan jumlah
penjimatan sebanyak RM13,500.

“Dengan memanfaatkan kejayaan luar biasa PROTON X50, edisi sukan ini hadir untuk memberikan lebih
banyak kegembiraan kepada pelanggan PROTON. Dengan SE, kami ingin membangkitkan semangat
pemanduan yang lebih “sporty” dan memenuhi keinginan pelanggan yang selama ini menantikan sebuah
kereta yang lebih dinamik,” kata Roslan Abdullah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.

Seiring dengan pelancaran PROTON X50 Edisi Sukan, PROTON turut menganjurkan kempen Test Drive
and Win Prosperity Campaign dengan hadiah utama sebuah PROTON X50 Edisi Sukan baharu. Pelanggan
boleh menikmati ujian pandu model PROTON di mana-mana pengedar PROTON dari Januari hingga Mac
2025. Mereka kemudiannya akan layak untuk memenangi hadiah wang tunai sehingga RM5,000 serta
hadiah utama bulanan iaitu pakej percutian bernilai RM10,000. Dengan setiap pembelian kereta PROTON
baru, pelanggan akan secara langsung menyertai cabutan bertuah untuk memenangi hadiah utama.

Tempahan untuk PROTON X50 Edisi Sukan kini boleh dibuat secara dalam talian di laman web rasmi
PROTON atau di bilik pameran PROTON yang sah di seluruh negara.




























Komen