PROTON Memperkenalkan 2026 PROTON X90 – SUV D-SEGMEN 7 Tempat Duduk NO.1 Malaysia Dengan Sistem Pacuan Baharu
- Anna Chong

- 13 Mac
- 4 min membaca

PROTON memperkenalkan 2026 PROTON X90, evolusi terbaharu model ini yang kini dipertingkatkan dengan sistem pacuan baharu bagi meningkatkan lagi prestasi serta keyakinan pemanduan.
Sejak diperkenalkan pada tahun 2023, PROTON X90 telah mencatat penerimaan pasaran yang kukuh dengan lebih daripada 10,000 unit dihantar kepada pelanggan di seluruh negara, sekali gus menjadi pilihan utama bagi keluarga Malaysia yang mencari sebuah SUV tujuh tempat duduk yang luas dan berkeupayaan.

Dengan kemas kini terbaharu ini, PROTON X90 terus membina kekuatannya dari segi ruang, keselesaan dan praktikaliti, sambil menawarkan pengalaman pemanduan yang lebih halus untuk perjalanan harian serta perjalanan jarak jauh.
Dibangunkan Berasaskan T.R.U.E: Empat Tonggak 2026 PROTON X90
2026 PROTON X90 dibangunkan berasaskan tonggak T.R.U.E, yang mewakili atribut utama yang mentakrifkan prestasi, ruang, keselesaan dan keyakinan dalam penggunaan harian.

T – Turbocharged Confidence
Di teras 2026 PROTON X90 ialah enjin i-GT 1.5 liter empat silinder turbo yang dipadankan dengan transmisi 7-kelajuan Dual Clutch Transmission (DCT), menghasilkan 181 PS dan 290 Nm tork bagi memberikan pecutan yang lebih lancar, pemotongan yang lebih yakin serta pemanduan lebuh raya yang stabil.
Disokong oleh suspensi belakang multi-link, mod pemanduan dan stereng boleh pilih serta Electronic Parking Brake dengan Auto Brake Hold, X90 menawarkan pengendalian jalan yang meyakinkan sambil mengekalkan tahap keselesaan oleh sebuah SUV keluarga.

R – Room for All
Keupayaan tujuh tempat duduk sebenar kekal menjadi kekuatan utama 2026 PROTON X90. Direka dengan susunan tempat duduk tiga baris yang luas, kabinnya yang mampu menampung keperluan keluarga yang semakin berkembang serta aktiviti harian mereka.
Dengan kapasiti ruang bagasi sehingga 2,050 liter, PROTON X90 menawarkan fleksibiliti yang sesuai untuk pelbagai keperluan harian. Daripada rutin harian seperti menghantar anak ke sekolah, hinggalah perjalanan pulang ke kampung ketika musin perayaan, percutian keluarga serta aktiviti hujung minggu, model ini mudah menyesuaikan diri dengan gaya hidup pengguna. Selain itu, rel bumbung yang mampu menampung beban sehingga 75kg turut meningkatkan lagi tahap versatiliti model ini.
U – Ultimate Comfort
Keselesaan kekal menjadi keutamaan utama 2026 PROTON X90, dengan pelbagai ciri premium yang direka untuk meningkatkan pengalaman perjalanan harian serta perjalanan jarak jauh.

Antara cirinya termasuk tempat duduk kulit Nappa, tempat duduk berpengudaraan untuk barisan pertama dan kedua, kerusi pemandu larasan kuasa enam hala dengan sokongan lumbar, kerusi penumpang hadapan larasan kuasa empat hala dengan fungsi ‘Boss’, penyaman udara automatik dwi zon dengan penapis udara, serta saluran udara khusus untuk penumpang barisan kedua dan ketiga.
Sistem infotainmen 12.3 inci yang menyokong Apple CarPlay® dan Android Auto™ tanpa wayar turut memastikan ketersambungan yang lancar bagi pemandu dan penumpang.
E – Everyday Assurance
2026 PROTON X90 terus mengutamakan keyakinan pemanduan harian dengan ciri seperti kamera HD 360° dengan paparan Lut Sinar 180°, Tyre Pressure Monitoring System (TPMS) serta enam beg udara SRS.
Ciri tambahan seperti Walk Away Auto Lock, lampu Follow Me Home, pengelap cermin automatik pengesan hujan serta 6 sensor parkir turut meningkatkan tahap praktikaliti dan kemudahan penggunaan dalam situasi pemanduan harian.

Direka untuk Keluarga Malaysia
“PROTON X90 telah menerima sambutan yang kukuh dalam kalangan keluarga Malaysia kerana ia menawarkan apa yang dicari oleh ramai pelanggan dalam sebuah SUV besar – ruang, keselesaan dan keyakinan dalam sebuah model tujuh tempat duduk sebenar,” kata Zhang Qiang, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar.
“Dengan model 2026 ini, pengenalan sistem pacuan baharu meningkatkan lagi pengalaman pemanduan sambil mengekalkan praktikaliti dan keselesaan yang menjadikan X90 pilihan dipercayai untuk perjalanan keluarga serta mobiliti harian.”
Keyakinan Pemilikan dengan Manfaat Pelancaran Eksklusif
2026 PROTON X90 ditawarkan dalam tiga varian – Lite, Prime dan Prime X, memberikan fleksibiliti kepada pelanggan untuk memilih model yang paling sesuai dengan gaya hidup dan keperluan mereka.
SUV ini hadir dalam pilihan warna luaran yang elegan termasuk Quartz Black, Marine Blue, Armour Silver, Snow White dan Jet Grey, yang melengkapkan imejnya yang premium dan yakin.
Setiap pembelian 2026 PROTON X90 didatangkan dengan Pakej Standard PROTON, direka untuk memberikan keyakinan sejak hari pertama. Ini termasuk:
Pro-Warranty* – jaminan 5 tahun tanpa had perbatuan serta servis buruh percuma selama 5 tahun
Pro-Finance* – pilihan pembiayaan sehingga 9 tahun dengan kadar faedah bermula dari 1.95% setahun
Pro-Xchange* – sokongan RM4,000 bagi pelupusan kenderaan tukar beli yang tidak lagi layak digunakan di jalan raya
Bagi meraikan pelancaran ini, PROTON turut menawarkan Pakej Pelancaran Khas kepada 2,000 pelanggan pertama yang mendaftarkan kenderaan mereka sebelum 30 Jun 2026, termasuk rebat sebanyak RM7,000 bersama manfaat pemilikan tambahan. Antara manfaatnya ialah Pro-Trade-In* yang menawarkan sokongan tukar beli sehingga RM3,000.
Pelanggan juga boleh memilih Program Insurans PROTON, Pro-Shield* yang menyediakan perlindungan dipertingkatkan termasuk bencana khas, penambahan bantuan banjir sehingga RM2,000 serta perlindungan kemalangan diri penumpang sehingga RM15,000 seorang untuk maksimum empat penumpang. Ini melengkapi manfaat insurans sedia ada seperti pengecualian kebaikan sehingga 10 tahun, perlindungan nilai dipersetujui, perlindungan semua pemandu, penggantian kunci, perlindungan kemalangan diri pemegang polisi dan bantuan tepi jalan 24 jam.

Sebagai sebahagian usaha berterusan PROTON untuk meningkatkan pengalaman pemilikan, syarikat turut memperkukuh sokongan selepas jualan dan standard perkhidmatan. Untuk 2026 PROTON X90, Fast Service* tersedia bagi penyelenggaraan asas berjadual, membolehkan pelanggan yang membuat tempahan awal dan menunggu di lokasi menikmati servis yang cekap dengan masa menunggu yang minimum.
Selain itu, PROTON turut memperkenalkan 1-Day Service Delivery*, memastikan kenderaan disiapkan dalam tempoh 24 jam sama ada pelanggan datang terus atau membuat janji temu lebih awal. Sekiranya pembaikan memerlukan lebih daripada tiga hari bekerja*, pusat servis PROTON akan menyediakan kereta gantian serta satu servis percuma sekali sahaja termasuk alat ganti dan buruh. Inisiatif ini direka untuk meminimumkan kesulitan serta menegaskan komitmen PROTON dalam memberikan ketenangan minda sepanjang tempoh pemilikan.

Harga atas jalan tanpa insurans:
Varian | Semenanjung Malaysia | Malaysia Timur |
1.5TD Prime X | RM122,800.00 | RM124,800.00 |
1.5TD Prime | RM116,800.00 | RM118,800.00 |
1.5TD Lite | RM106,800.00 | RM108,800.00 |
Harga atas jalan tanpa insurans selepas rebat*:
Varian | Semenanjung Malaysia | Malaysia Timur |
1.5TD Prime X | RM115,800.00 | RM117,800.00 |
1.5TD Prime | RM109,800.00 | RM111,800.00 |
1.5TD Lite | RM99,800.00 | RM101,800.00 |
*Pendaftaran sebelum 30 Jun 2026

2026 PROTON X90 didatangkan dengan program sokongan pemilikan komprehensif PROTON termasuk perlindungan jaminan, program insurans serta pilihan pembiayaan fleksibel. Pelanggan juga boleh menikmati pakej pelancaran eksklusif serta manfaat nilai tambah untuk tempoh terhad.
















































Komen