top of page

PROTON S70 i-GT 1.5 2026 Kini Di Sabah, Harga Dari RM58,800

aisha5891
7 Okt
4 min membaca
2026 PROTON S70 i-GT 1.5 diperkenalkan di Sabah
(DARI KIRI KE KANAN): Muhd Farries Wong, Pengurus Negeri, Sabah; Eron Constantine, Pengurus Operasi Kawasan, Sabah; Alex Li Wenjie, Timbalan Pengarah, Bahagian Jualan; dan Jeffson Lazarus, Penolong Pengurus Negeri, Sabah.

PROTON hari ini memperkenalkan 2026 PROTON S70 i-GT 1.5 kepada pasaran Sabah, sekali gus menandakan kehadiran model ini di Malaysia Timur selepas dilancarkan secara rasmi di Semenanjung Malaysia pada 22 September 2026. Berlangsung di City Mall, Kota Kinabalu, pengenalan ini merupakan sebahagian daripada roadshow selama tiga hari dari 2 hingga 4 Oktober 2026, yang memberi peluang kepada pelanggan, media dan komuniti Sabah untuk melihat dengan lebih dekat varian terbaharu keluarga S70.


Sabah: Pasaran PROTON yang Terus Berkembang

Sabah terus menjadi antara pasaran penting bagi PROTON, dengan jenama automotif nasional itu mencatatkan perkembangan positif di negeri tersebut. Sejak 2018, jumlah jualan PROTON di Sabah meningkat daripada 3,427 unit kepada 10,499 unit pada 2026, iaitu pertumbuhan sebanyak 206.4%, manakala bahagian pasaran turut meningkat daripada 5% kepada 10%.


2026 PROTON S70 i-GT 1.5 diperkenalkan di Sabah

Pertumbuhan ini menunjukkan peningkatan keyakinan pelanggan di Sabah terhadap PROTON, selain mengukuhkan komitmen jenama untuk terus memperluaskan kehadiran serta sokongan kepada pelanggan di negeri tersebut.


“Sabah terus menjadi pasaran penting bagi PROTON, dan kami berbesar hati untuk membawa 2026 PROTON S70 i-GT 1.5 lebih dekat kepada komuniti Sabah. Seiring dengan pertumbuhan jumlah pelanggan kami, kami turut memperkukuh rangkaian, tenaga kerja dan keupayaan selepas jualan yang menyokong pengalaman pemilikan pelanggan.


“Pengenalan ini memberi peluang kepada pelanggan di Sabah untuk merasai sendiri 2026 PROTON S70 i-GT 1.5, di samping mengukuhkan komitmen PROTON untuk terus mendekati komuniti yang kami berikan perkhidmatan,” kata Dato’ Ir Abdul Rashid Musa, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON.


2026 PROTON S70 i-GT 1.5 diperkenalkan di Sabah

Membawa PROTON Lebih Dekat kepada Komuniti Sabah

Dengan perkembangan kehadiran PROTON di Sabah, syarikat turut meneruskan pelaburan dalam infrastruktur dan keupayaan yang diperlukan bagi memberikan sokongan kepada pelanggan sepanjang tempoh pemilikan.


Ketika ini, PROTON mempunyai 12 pusat servis sah di seluruh Sabah yang disokong oleh penasihat servis dan juruteknik terlatih, selain penggunaan alat ganti tulen PROTON. Rangkaian ini turut dilengkapi PROTON Regional Parts Centre di Inanam, Kota Kinabalu, yang membantu meningkatkan ketersediaan alat ganti di seluruh negeri serta direka untuk mengurangkan tempoh menunggu alat ganti sehingga 30%.


Pelaburan tersebut mencerminkan pendekatan PROTON di Sabah untuk membawa jenama lebih dekat kepada komuniti menerusi akses yang lebih mudah, sokongan selepas jualan yang dipertingkatkan serta ketersediaan alat ganti yang lebih baik.


Melalui Komitmen Selepas Jualan Lebih Pantas dan Lebih Baik, PROTON terus memberi tumpuan kepada peningkatan kecekapan perkhidmatan dan sokongan pelanggan, selain memperkukuh keupayaan tenaga kerjanya bagi memastikan pengalaman pemilikan yang lebih konsisten.



Direka untuk Keselesaan, Kemudahan dan Keselamatan Harian

2026 PROTON S70 i-GT 1.5 merupakan sedan terunggul dalam kelasnya bagi segmen harga bermula dari RM58,800 di Malaysia Timur. Model ini menggabungkan ruang kabin yang luas, kemudahan harian serta ciri keselamatan dalam satu pakej yang direka bagi memenuhi keperluan pemandu moden.


Model ini ditawarkan dalam varian Lite dan Prime, serta dikuasakan oleh enjin i-GT 1.5 liter aspirasi semula jadiyang dipadankan dengan CVT bersama torque converter. Gabungan ini memberikan pengalaman pemanduan yang lancar untuk kegunaan harian, sambil mengekalkan ciri PROTON Ride & Handling serta tiga mod pemanduan boleh pilih.


2026 PROTON S70 i-GT 1.5 hadir dengan 10 ciri terunggul dalam kelasnya yang merangkumi aspek ruang dan keselesaan, kemudahan dan ketersambungan, serta keselamatan.


Dari aspek ruang dan keselesaan, 2026 PROTON S70 i-GT 1.5 menawarkan panjang badan dan jarak roda terunggul dalam kelasnya, selain mempunyai badan paling lebar. Ciri ini memberikan ruang kabin yang luas, termasuk kapasiti untuk tiga penumpang di tempat duduk belakang serta lantai belakang yang hampir rata.


2026 PROTON S70 i-GT 1.5 diperkenalkan di Sabah

Kedua-dua varian Lite dan Prime juga dilengkapi panel instrumen dengan kemasan lembut yang luas sebagai kelengkapan standard.


Untuk kemudahan dan ketersambungan, 2026 PROTON S70 i-GT 1.5 dilengkapi Electric Parking Brake dengan Auto Brake Hold, Key Remote Engine Start serta fungsi Auto Up/Down dengan Anti-Trap untuk semua tingkap. Apple CarPlay© dan Android Auto™ tanpa wayar turut tersedia untuk kedua-dua varian mulai Oktober 2026.


Dari aspek keselamatan pula, 2026 PROTON S70 i-GT 1.5 dilengkapi Rear Side Radar System yang menawarkan lima fungsi, iaitu Blind Spot Detection, Lane Change Assist, Rear Cross Traffic Alert, Door Opening Warning dan Rear Collision Warning. Reverse Camera dan Rear Seat Reminder turut ditawarkan sebagai kelengkapan standard untuk kedua-dua varian Lite dan Prime.


Diuji Secara Menyeluruh untuk Jalan Raya Malaysia

Rangkaian kuasa aspirasi semula jadi 2026 PROTON S70 i-GT 1.5 telah menjalani program pengesahan menyeluruh, dengan lebih daripada 5,400 jam ujian dynamometer serta lebih 412,000 kilometer ujian jalan raya. Ujian tersebut dijalankan bagi memastikan tahap ketahanan, kebolehpercayaan dan kehalusan yang sesuai untuk kegunaan harian.


2026 PROTON S70 i-GT 1.5 turut mengekalkan fokus PROTON terhadap dinamik pemanduan dengan menggabungkan enjin aspirasi semula jadi bersama CVT dan torque converter, selain menawarkan tiga mod pemanduan boleh pilih.


Sambutan Menggalakkan daripada Pasaran

2026 PROTON S70 i-GT 1.5 turut menerima sambutan positif daripada pasaran sejak tempahan dibuka pada 7 September 2026.


Dalam tempoh 14 hari pertama, varian baharu S70 Lite dan Prime telah menerima lebih daripada 10,000 tempahan, bersamaan purata kira-kira satu tempahan setiap dua minit.


Pengenalan model ini di Malaysia Timur melalui Sabah memberi peluang kepada pelanggan di negeri tersebut untuk merasai sendiri pengalaman memandu 2026 PROTON S70 i-GT 1.5, melihat dengan lebih dekat ciri-cirinya serta mendapatkan penerangan terus daripada penasihat jualan PROTON.


Rasai Sendiri 2026 PROTON S70 i-GT 1.5 di City Mall

2026 PROTON S70 i-GT 1.5 kini dipamerkan di City Mall, Kota Kinabalu, sebagai sebahagian daripada acara selama tiga hari yang berlangsung dari 2 hingga 4 Oktober 2026. Orang ramai dialu-alukan untuk berkunjung dari 10:00 pagi hingga 10:00 malam setiap hari.


Pengunjung berpeluang melihat dengan lebih dekat 2026 PROTON S70 i-GT 1.5, berinteraksi dengan penasihat jualan PROTON serta mendaftar untuk pandu uji, tertakluk kepada slot yang tersedia.


Acara ini turut menawarkan aktiviti interaksi pelanggan termasuk Follow, Share & Reward serta Test Drive & Reward. Peserta yang layak berpeluang menerima hadiah kejutan selepas melengkapkan dan memenuhi proses pengesahan yang ditetapkan, tertakluk kepada terma dan syarat.

Komen


ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page