top of page

PROTON Sokong Agenda Kerajaan Dengan Insentif Trade-In Untuk Pelupusan Kenderaan Lama

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 6 Feb
  • 2 min membaca

PROTON Sokong Agenda Kerajaan Dengan Insentif Trade-In Untuk Pelupusan Kenderaan Lama

Selaras dengan pelancaran Program Geran Padanan Bagi Penggantian Kenderaan Lama oleh Kerajaan Malaysia, PROTON mengumumkan bahawa semua model semasa dalam rangkaiannya akan menawarkan insentif tukar beli kepada pelanggan yang menukar kenderaan berusia 20 tahun atau lebih untuk dikeluarkan daripada jalan raya. Nilai insentif yang ditawarkan akan dipadankan melalui program geran padanan oleh Kementerian Pengangkutan sehingga RM2,000, sekali gus membantu mengurangkan kos pembelian kenderaan baharu PROTON.


PROTON Sokong Agenda Kerajaan Dengan Insentif Trade-In Untuk Pelupusan Kenderaan Lama

Kesemua model PROTON layak di bawah tawaran ini, termasuk insentif sehingga RM1,000 untuk pembeli Proton Saga dan Proton e.MAS 5. Insentif bernilai RM2,000 ditawarkan bagi model lain dalam rangkaian PROTON, termasuk Proton X50 dan Proton X70 yang telah dikemas kini serta Proton e.MAS 7. Dengan padanan geran kerajaan, jumlah maksimum insentif yang boleh diterima pelanggan adalah sehingga RM2,000 dan RM4,000 masing-masing.


PROTON Sokong Agenda Kerajaan Dengan Insentif Trade-In Untuk Pelupusan Kenderaan Lama

Penawaran insentif ini menyokong usaha kerajaan untuk mengurangkan jumlah kenderaan lama di jalan raya dan menggalakkan penggantian kepada kenderaan yang lebih selamat, mesra alam dan cekap tenaga. Inisiatif ini turut menyokong sasaran PROTON bagi tahun 2026 untuk mencapai jualan sebanyak 200,000 unit, susulan prestasi pada tahun sebelumnya apabila pertumbuhan volum jualan syarikat mengatasi pertumbuhan jumlah industri (TIV).


PROTON Sokong Agenda Kerajaan Dengan Insentif Trade-In Untuk Pelupusan Kenderaan Lama

“PROTON berbangga dapat menyokong pelaksanaan Program Geran Padanan Bagi Penggantian Kenderaan Lama dengan menawarkan nilai tambah kepada pelanggan. Inisiatif ini menggalakkan penggantian kenderaan lama yang tidak lagi selamat digunakan secara bertanggungjawab, di samping meningkatkan tahap keselamatan jalan raya serta menyokong peralihan ke arah mobiliti yang lebih bersih dan cekap.


PROTON Sokong Agenda Kerajaan Dengan Insentif Trade-In Untuk Pelupusan Kenderaan Lama

"Insentif yang ditawarkan oleh PROTON merupakan kesinambungan kepada Program PROTON Xchange yang diperkenalkan pada Mei 2025. Melalui program ini, pelanggan yang melupuskan kenderaan lama dan membeli model PROTON baharu layak menerima insentif tukar beli sehingga RM2,000. Menjelang akhir tahun 2025, sebanyak 4,344 transaksi telah direkodkan, melibatkan penyaluran kira-kira RM8.68 juta bagi membantu pembelian kenderaan baharu,” kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.

Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page