top of page

PROTON Tawar Kos Servis Berpatutan bagi Saga dan S70

aisha5891
14 Okt
4 min membaca
PROTON Saga dan PROTON S70 dengan kos penyelenggaraan kompetitif serta penjimatan servis sehingga RM2,191 bagi S70 dalam tempoh 10 tahun.
Kakitangan menjalankan pemeriksaan menyeluruh terhadap kenderaan dan memastikan semua servis dilaksanakan mengikut jadual penyelenggaraan yang ditetapkan.

Jenama automotif nasional PROTON terus mempertingkatkan nilai pemilikan kenderaannya menerusi kos servis yang kompetitif bagi Saga serba baharu dan Proton S70, selain meneruskan pelaburan dalam perkhidmatan selepas jualan. Usaha ini membantu pelanggan mengawal perbelanjaan berkaitan kenderaan sepanjang tempoh pemilikan.


Bagi keluarga yang sedang mempertimbangkan pembelian kereta, kemampuan memiliki kenderaan bukan hanya ditentukan oleh harga jualan atau ansuran bulanan. Kos penyelenggaraan berkala dan akses kepada perkhidmatan servis yang dipercayai turut memainkan peranan penting dalam memastikan sesebuah kenderaan sesuai dengan bajet keluarga.


PROTON Saga dan PROTON S70 dengan kos penyelenggaraan kompetitif serta penjimatan servis sehingga RM2,191 bagi S70 dalam tempoh 10 tahun.
Kakitangan menguruskan stok di Pusat Alat Ganti PROTON bagi memastikan semuanya tersusun sebelum dihantar ke destinasi yang diperlukan.

Kajian kos penyelenggaraan bagi tempoh lima dan 10 tahun yang dijalankan oleh pasukan Selepas Jualan PROTON mendapati bahawa kadar upah yang kompetitif serta manfaat servis tanpa caj upah membantu mengekalkan perbelanjaan penyelenggaraan berjadual pada tahap berpatutan. Pendekatan ini sekali gus memperkukuh nilai yang ditawarkan oleh rangkaian sedan PROTON.


Kos penyelenggaraan kompetitif tingkatkan daya tarikan S70

Proton S70 dengan enjin aspirasi semula jadi merekodkan anggaran kos penyelenggaraan berjadual sebanyak RM4,010.59 untuk tempoh lima tahun. Berdasarkan ringkasan perbandingan dalam kajian tersebut, jumlah berkenaan adalah kira-kira RM1,591 lebih rendah berbanding model pesaing utama daripada jenama bukan nasional dalam segmen B, serta RM433 lebih rendah berbanding sebuah lagi model pesaing yang baru diperkenalkan.


PROTON Saga dan PROTON S70 dengan kos penyelenggaraan kompetitif serta penjimatan servis sehingga RM2,191 bagi S70 dalam tempoh 10 tahun.
PROTON S70 1.5 i-GT ialah varian terbaharu bagi sedan segmen C paling popular di Malaysia, dengan kos penyelenggaraan yang lebih kompetitif berbanding pesaing lebih kecil dalam segmen B.

Penjimatan ini turut berterusan bagi tempoh pemilikan yang lebih lama. Dengan anggaran kos penyelenggaraan selama 10 tahun sebanyak RM9,070.09, pemilik berpotensi menjimatkan kira-kira RM2,191 dan RM1,252 berbanding kedua-dua model pesaing yang dijadikan penanda aras.


Kajian berkenaan juga mendapati bahawa S70 dengan enjin turbo menawarkan kos penyelenggaraan yang kompetitif. Bagi tempoh lima tahun, anggaran kosnya kira-kira RM1,076 lebih rendah berbanding pesaing pertama, manakala kosnya hanya RM83 lebih tinggi berbanding pesaing kedua. Untuk tempoh 10 tahun pula, anggaran kos penyelenggaraannya masing-masing lebih rendah sebanyak kira-kira RM1,575 dan RM629,

meskipun S70 memiliki saiz badan lebih besar serta menawarkan prestasi pemanduan yang jauh lebih tinggi.


Penemuan ini mengukuhkan kedudukan S70 sebagai pilihan menarik bagi pembeli yang menilai keupayaan kenderaan bersama kos penyelenggaraan jangka panjang. Manfaat enam sesi servis tanpa caj upah, tertakluk pada ketetapan yang digunakan dalam kajian tersebut, turut membantu memastikan kos penyelenggaraannya kekal kompetitif.



Saga tawarkan nilai lebih daripada harga pembelian

Saga serba baharu pula mencatatkan anggaran kos penyelenggaraan berjadual bermula sekitar RM3,357 bagi tempoh lima tahun. Kedua-dua varian automatik empat kelajuan dan CVT menawarkan kos penyelenggaraan lima tahun yang lebih rendah berbanding model daripada jenama nasional yang dijadikan penanda aras dalam kajian, dengan penjimatan masing-masing sekitar RM174 dan RM64.


PROTON Saga dan PROTON S70 dengan kos penyelenggaraan kompetitif serta penjimatan servis sehingga RM2,191 bagi S70 dalam tempoh 10 tahun.
PROTON Saga, sedan kegemaran rakyat Malaysia, merupakan kereta paling popular di Malaysia pada September dan menawarkan kos penyelenggaraan lebih rendah berbanding pesaing terdekatnya.

Tiga sesi servis tanpa caj upah turut membantu mengurangkan kos penyelenggaraan Saga pada peringkat awal pemilikan. Bagi pembeli kereta pertama dan keluarga yang memerlukan kenderaan praktikal untuk kegunaan harian, kos servis yang berpatutan memberikan nilai tambahan dari segi kemampuan pemilikan.


Kajian ini mengambil kira komponen penyelenggaraan berjadual, penggantian yang ditetapkan, caj upah dan cukai berkaitan berdasarkan jarak perjalanan 100,000 km sepanjang lima tahun serta 200,000 km dalam tempoh 10 tahun. Walau bagaimanapun, alat ganti, bahan pelincir dan komponen lain yang berkaitan masih perlu dibayar bagi sesi servis yang menawarkan pengecualian caj upah.


Pelaburan selepas jualan perkukuh sokongan pelanggan

Strategi selepas jualan PROTON turut merangkumi usaha memperluas akses kepada perkhidmatan serta meningkatkan kecekapan bekalan alat ganti seiring pertumbuhan jumlah pelanggan. Pusat Alat Ganti Serantau di Kuching dan Kota Kinabalu memainkan peranan dalam menyokong pengedaran alat ganti serta komponen selepas jualan di seluruh Malaysia Timur, sekali gus memudahkan bengkel dan pelanggan mendapatkan bekalan yang diperlukan.


PROTON Saga dan PROTON S70 dengan kos penyelenggaraan kompetitif serta penjimatan servis sehingga RM2,191 bagi S70 dalam tempoh 10 tahun.
Ketersediaan stok di Pusat Alat Ganti PROTON.

Inisiatif ini dilengkapi rangkaian pusat 3S/4S bersepadu PROTON yang menjadi antara peneraju industri. Sehingga Jun 2026, rangkaian tersebut mempunyai 178 pusat yang menggabungkan kemudahan jualan, servis dan alat ganti di bawah satu bumbung. Pusat 4S turut menyediakan kemudahan baik pulih badan dan cat.


Selain akses kepada perkhidmatan, PROTON juga memberikan perhatian kepada kecekapan proses servis. Menerusi inisiatif Faster & Better PROTON, tiga komitmen utama diperkenalkan kepada pelanggan, iaitu FS90 Fast Service, penyerahan semula kenderaan selepas servis dalam tempoh satu hari serta sasaran tempoh kerja dalam proses (Work-In-Progress) tidak melebihi tiga hari. Langkah ini bertujuan mempercepatkan penyelesaian kerja dan meningkatkan produktiviti bengkel.


PROTON Saga dan PROTON S70 dengan kos penyelenggaraan kompetitif serta penjimatan servis sehingga RM2,191 bagi S70 dalam tempoh 10 tahun.
Pusat jualan PROTON di tengah bandar bagi memudahkan pelanggan di kawasan bandar mengakses bilik pameran dan mendapatkan perkhidmatan servis kenderaan.

“Seiring peningkatan jualan kenderaan Proton, pelanggan kami mahu yakin bahawa kos penyelenggaraan kenderaan mereka kekal berpatutan dan sokongan yang boleh dipercayai mudah diperoleh. Tumpuan kami adalah menggabungkan kos servis yang kompetitif dengan juruteknik terlatih, alat ganti tulen serta akses mudah kepada rangkaian pusat servis sah kami. Gabungan ini membantu pelanggan merancang perbelanjaan penyelenggaraan dan menikmati pemilikan kenderaan dengan lebih yakin,” kata Wan Hazran Wan Mustafa, Pengarah Selepas Jualan.


Pelanggan boleh mendapatkan jadual penyelenggaraan khusus mengikut model, sebut harga serta maklumat mengenai kelayakan servis tanpa caj upah daripada pusat servis sah PROTON. Maklumat lanjut dan lokasi pusat servis boleh diakses menerusi laman web rasmi www.proton.com serta aplikasi MyProton.

Komen


ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page