top of page

PROTON TERUS MAJU BERSAMA MALAYSIA DI MALAYSIA MARATHON 2026

aisha5891
2 Sep
2 min membaca
PROTON di Malaysia Marathon 2026 bersama peserta dan Saga Serba Baharu

PROTON membawa semangat Inspiring Connections ke jalan raya Kuala Lumpur apabila menjadi Penaja Utama bagi kategori 5KM di Malaysia Marathon 2026.


Berlangsung pada malam menjelang Hari Merdeka, Malaysia Marathon 2026 menghimpunkan lebih 25,000 pelari dari 69 negara dalam empat kategori, iaitu 42KM, 21KM, 10KM dan 5KM. Acara ini bukan sahaja meraikan semangat kesukanan, malah turut menyatukan rakyat Malaysia bersama komuniti larian antarabangsa dalam semangat perpaduan dan kemajuan.


Kategori 5KM yang ditaja oleh PROTON telah dilepaskan secara rasmi oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


PROTON di Malaysia Marathon 2026 bersama peserta dan Saga Serba Baharu

Sebagai sebahagian daripada penajaan tersebut, Saga Serba Baharu tampil sebagai kereta pendahulu rasmi, mengetuai kira-kira 10,000 peserta dalam kategori 5KM. Acara ini turut disertai oleh 100 orang daripada barisan pengurusan dan warga kerja PROTON sebagai tanda sokongan terhadap inisiatif tersebut.


Setiap Langkah, Terus Ke Hadapan Bersama PROTON

“PROTON berbangga menjadi sebahagian daripada Malaysia Marathon 2026 dan menyokong sebuah acara yang menghimpunkan rakyat Malaysia bersama komuniti larian dari seluruh dunia. Bagi PROTON, penyertaan ini lebih daripada sekadar sebuah penajaan. Ia merupakan peluang untuk kami bersama-sama meraikan semangat kebersamaan, keazaman dan kemajuan yang menyatukan seluruh rakyat Malaysia,” kata Dato’ Ir. Abdul Rashid Musa, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.


PROTON di Malaysia Marathon 2026 bersama peserta dan Saga Serba Baharu

PROTON, Jenama Malaysia Yang Terus Berkembang

Sejak Proton Saga pertama kali diperkenalkan pada tahun 1985, PROTON telah menjadi sebahagian daripada perjalanan mobiliti rakyat Malaysia. Bermula sebagai projek kereta nasional pertama negara, PROTON kini berkembang menjadi jenama automotif moden dengan operasi di peringkat global, di samping terus memperkukuh keupayaan kejuruteraan, teknologi dan pembuatan di Malaysia.


Selari dengan perjalanan tersebut, Saga Serba Baharu yang mengetuai larian 5KM ini menjadi simbol kepada evolusi jenama tempatan itu. Sebagai model ikonik PROTON, Saga terus berkembang bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna Malaysia.


PROTON di Malaysia Marathon 2026 bersama peserta dan Saga Serba Baharu.

Kemuncak acara turut menyaksikan cabutan bertuah Proton Saga, yang menawarkan peluang kepada seorang peserta bertuah untuk membawa pulang sebuah Saga Serba Baharu. Saga kini telah menjadi pilihan lebih 2.2 juta rakyat Malaysia sejak diperkenalkan.


Saga Serba Baharu Tampil Dengan Teknologi dan Keselamatan Dipertingkat

Saga Serba Baharu dilengkapi enam beg udara SRS, sembilan ciri ADAS serta enjin i-GT 1.5 liter baharu yang dipadankan dengan transmisi CVT. Model ini menawarkan kecekapan bahan api serendah 4.9L/100km, selain mengekalkan ciri Ride and Handling yang menjadi antara identiti utama PROTON.


Dari segi teknologi, Saga Serba Baharu turut menampilkan Skrin Dwi Bersepadu 16-inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar.


Dibangunkan menggunakan Advanced Modular Architecture (AMA) milik PROTON Saga Serba Baharu merupakan model pertama dalam sejarah syarikat yang direka bentuk, direkayasa dan divalidasi sepenuhnya oleh bakat Malaysia, dengan sokongan kerjasama teknikal daripada Geely.


Peserta Bertuah Bawa Pulang Saga Serba Baharu

Melalui cabutan bertuah elektronik berdasarkan senarai peserta yang telah disahkan, Muhammad Eusoff Bin Abdul Salim dipilih sebagai pemenang bertuah dan membawa pulang sebuah Saga Serba Baharu.


PROTON di Malaysia Marathon 2026 bersama peserta dan Saga Serba Baharu

Kunci kenderaan tersebut telah disampaikan oleh Dato’ Ir. Abdul Rashid Musa, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, sebagai simbolik kepada penutup sambutan PROTON di Malaysia Marathon 2026.

Komen


ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page