top of page

PROTON Teruskan Momentum Positif 2026 Pada Februari

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 5 hari lalu
  • 2 min membaca

proton saga

Selepas mencatat jualan tertinggi dalam tempoh 15 tahun pada Januari, PROTON terus menunjukkan prestasi memberangsangkan pada bulan kedua 2026 walaupun keadaan pasaran lebih perlahan. Sebanyak 13,566 unit kenderaan dicatatkan pada Februari. Walaupun jumlah ini menurun 31% berbanding Januari, ia meningkat 20.8% berbanding Februari 2025. Secara keseluruhan, jualan bagi dua bulan pertama tahun ini mencecah 33,399 unit, meningkat 57.9% berbanding tempoh sama tahun lalu.


Jumlah Volum Industri (TIV) dianggarkan menurun 17.6% kepada 52,996 unit berikutan tempoh perayaan pada pertengahan Februari yang menjejaskan aktiviti pendaftaran kenderaan. Susulan itu, pegangan pasaran PROTON bagi Februari dianggarkan sekitar 25.6%, manakala pegangan pasaran tahun ke tarikh (YTD) kini berada pada 28.5%.


proton saga

Proton Saga terus mendahului jualan YTD, model baharu perkukuh prestasi

Dalam tempoh lima bulan, PROTON telah melancarkan lima model meliputi EV, ICE dan PHEV. Pengenalan model model ini menyumbang secara langsung kepada peningkatan jumlah jualan dan menjadi pemacu utama prestasi kukuh pada awal 2026.


Proton Saga kekal sebagai model paling laris. Selepas mencatat jualan bulanan tertinggi dalam sejarahnya pada Januari, sebanyak 6,047 unit didaftarkan lagi pada Februari. Ini menjadikan jumlah jualan YTD Saga sebanyak 16,332 unit, meningkat 69.8% berbanding tahun lalu dan sekali gus mengekalkan kedudukannya sebagai model paling laris di Malaysia.


proton x50

Proton X50 yang diperkenalkan dalam versi terkini pada Julai 2025 terus mencatat prestasi stabil. SUV segmen-B ini merekodkan 1,842 unit pada Februari, menjadikan jumlah jualan YTD sebanyak 4,271 unit, meningkat 31.1% berbanding tahun lalu.


2026 Proton S70 turut menunjukkan peningkatan ketara. Sebanyak 1,940 unit dicatatkan pada Februari, menjadikan jumlah jualan YTD sebanyak 3,544 unit, meningkat 51.5% berbanding tempoh sama tahun lalu. Model ini merupakan penyumbang kedua tertinggi kepada jumlah jualan PROTON bagi bulan tersebut.


“PROTON memulakan 2026 dengan prestasi yang kukuh hasil permintaan berterusan terhadap barisan model baharu kami. Pada masa sama, usaha menambah baik pengalaman pelanggan di bilik pameran dan pusat servis terus menjadi keutamaan.


“Dalam tempoh terdekat, fokus kami adalah untuk mengurangkan tempoh menunggu pelanggan dengan meningkatkan pengeluaran dan penghantaran setiap bulan tanpa menjejaskan kualiti produk. Pelaburan yang dibuat di Tanjong Malim memberi keyakinan kepada kami untuk memenuhi permintaan pasaran,” kata Dato’ Ir. Abdul Rashid Musa, Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON Edar.


proton s70

Tempahan kukuh Proton S70

Jualan Proton S70 meningkat 51.5% setakat tahun ini dan momentum tersebut dijangka berterusan. Kurang daripada sebulan selepas pelancarannya, kira-kira 5,000 tempahan telah diterima di seluruh negara, menunjukkan penerimaan positif daripada pasaran.


Aplikasi Proton Link 2.0 turut dikemas kini pada awal Mac bagi membolehkan pelanggan membuat tempahan servis secara terus dengan rangkaian pusat 3S/4S PROTON di seluruh negara.


“Selain produk baharu, PROTON turut memberi perhatian kepada pengalaman pemilikan secara menyeluruh. Daripada kemudahan bilik pameran dan pusat servis yang lebih selesa hingga kepada kemudahan dalam talian, kami komited memastikan pengalaman memiliki kenderaan PROTON lebih mudah dan memuaskan,” tambah beliau.

Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page