PROTON X50 Serba-Baharu Kini Tiba: Suv B-Segmen Nombor 1 Malaysia Kembali Lagi Dengan Penambahbaikan Yang Hebat
- Anna Chong

- 25 Jul
- 3 min membaca

PROTON hari ini secara rasmi melancarkan PROTON X50 Serba-Baharu, SUV B-segmen paling laris di Malaysia yang telah menambat hati ramai rakyat Malaysia dengan reka bentuk bergaya, teknologi canggih dan prestasi yang mengagumkan. Sejak mula diperkenalkan pada tahun 2020, PROTON X50 telah mentakrifkan semula standard dalam kelasnya — dengan lebih 140,000 unit terjual setakat ini, menjadikannya SUV B-segmen paling laris selama lima tahun berturut-turut di Malaysia.

Hasil kerjasama bersama Geely, model ini merupakan kejayaan global dengan lebih 1.2 juta unit terjual di 51 buah negara. Kini, versi terbaharu tampil dengan pelbagai peningkatan menyeluruh dari segi reka bentuk, prestasi, dan teknologi — memberikan pengalaman pemanduan yang lebih bergaya, pintar dan dinamik kepada semua pelanggan.
Menjelang pelancarannya, PROTON X50 Serba Baharu telah membina momentum yang signifikan. Sambutan awal yang memberangsangkan ini mencerminkan keyakinan pembeli dan membangkitkan penantian tinggi terhadap model akan datang. Daripada rekaan baharu yang menawan dan sistem janaan kuasa berprestasi tinggi yang bercirikan sambungan pintar yang terkemuka dalam industri, pembeli jelas tertarik dengan apa yang mereka lihat.
Kempen pelancaran PROTON X50 Serba Baharu, yang menampilkan lagu tema rancak nyanyian kumpulan wanita popular Malaysia, De Fam, serta mendapat penglibatan aktif daripada pihak media, KOL dan orang ramai, telah berjaya mengukuhkan ikatan emosi antara jenama dan pengguna. Selain itu, siri jelajah di seluruh negara telah menyerlahkan karakter X50 yang berani dan penuh tenaga, sekali gus membuktikan daya tarikannya yang meluas kepada semua lapisan masyarakat.

“PROTON X50 Serba-Baharu mencerminkan usaha berterusan kami dalam menghasilkan reka bentuk dan teknologi automotif terbaik. Dengan ciri-ciri terkini, diuji ketahanan secara menyeluruh dan ditawarkan bersama pakej nilai tambah, SUV ini melangkaui jangkaan pengguna. Kami berhasrat menetapkan penanda aras baharu dalam segmen B — dengan pengalaman memandu yang pintar, bertenaga dan generasi seterusnya, Dibuat untuk Malaysia, Kejuruteraan Bertaraf Dunia!” kata Dr. Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.
Reka Bentuk, Keselamatan, Prestasi dan Sambungan yang Dinaik Taraf
PROTON X50 Serba Baharu tampil dengan gaya yang lebih menawan, ciri keselamatan ADAS Tahap 2 yang dipertingkatkan dan skrin infotainmen bersaiz 14.6 inci. Salah satu inovasi yang paling membanggakan adalah sistem arahan suara dalam Bahasa Melayu yang pertama di dunia – menjadikan teknologi ini lebih mesra dan mudah diakses oleh rakyat Malaysia.


Di sebalik bonet, enjin baharu 1.5TD i-GT bersama transmisi 7-kelajuan DCT memberikan kuasa maksimum 133kW dan 290Nm tork – dengan pecutan 0–100 km/j hanya dalam 7.6 saat, lebih pantas 0.3 saat. Tambahan pula, penjimatan bahan api meningkat sebanyak 4.7%, memberikan keseimbangan antara kuasa dan kecekapan.


Tiga varian ditawarkan – Executive, Premium dan Flagship – sesuai dengan gaya hidup moden dan mencerminkan visi PROTON untuk mobiliti pintar masa depan.



Harga Rasmi dan Pakej Pemilikan Menarik Diumumkan
Setiap pembelian PROTON X50 Serba Baharu disertakan dengan pelbagai pakej nilai tambah yang direka khas untuk meningkatkan pengalaman pemilikan. Ini termasuk Pakej Standard, merangkumi jaminan 5 tahun tanpa had perbatuan dan enam servis upah percuma. PROTON turut menawarkan naik taraf pakej data 5 tahun eksklusif dengan 2GB sebulan, berbanding 1GB sebulan sebelum ini.



Untuk 10,000 pelanggan pertama yang mendaftar kenderaan sebelum 31 Oktober 2025, mereka berpeluang menikmati Tawaran GEMPAK! Eksklusif. Tawaran ini merangkumi rebat tunai sebanyak RM4,000 dan pelbagai tawaran menarik lain, termasuk pilihan pembiayaan yang menarik dari rakan kongsi kewangan yang terpilih dengan kadar faedah serendah 2.35% setahun (5 tahun) dan 2.38% setahun (7 tahun). Selain itu, PROTON juga menawarkan insentif tukar beli sehingga RM2,000 bagi memudahkan pelanggan beralih kepada model baharu ini.



Pelanggan yang memilih untuk mengambil insurans melalui PROTON Insurance Program yang dinaik taraf akan menikmati 3 manfaat tambahan eksklusif iaitu Perlindungan Kerosakan Khas (Special Perils), perlindungan kerusi kanak-kanak sehingga RM500, dan perlindungan kemalangan peribadi untuk penumpang sehingga RM15,000 seorang — di samping perlindungan sedia ada seperti perlindungan betterment sehingga 10 tahun, nilai dipersetujui sehingga 12 tahun, perlindungan untuk semua pemandu, gantian kunci sehingga RM1,000, bantuan banjir sehingga RM1,000, perlindungan kemalangan untuk pemegang polisi sehingga RM15,000 serta bantuan kecemasan 24 jam berserta khidmat tunda.




Harga di jalan tanpa insurans untuk PROTON X50 Serba Baharu adalah seperti berikut:
Variant | Semenanjung Malaysia | Malaysia Timur |
All-New PROTON X50 Executive | RM 89,800 | RM 91,800 |
All-New PROTON X50 Premium | RM 101,800 | RM 103,800 |
All-New PROTON X50 Flagship | RM 113,300 | RM 115,300 |
Harga selepas Tawaran GEMPAK! Eksklusif adalah seperti berikut:
Variant | Semenanjung Malaysia | Malaysia Timur |
All-New PROTON X50 Executive | RM 85,800 | RM 87,800 |
All-New PROTON X50 Premium | RM 97,800 | RM 99,800 |
All-New PROTON X50 Flagship | RM 109,300 | RM 111,300 |











































Komen