top of page

PROTON X90: Pilihan Keluarga Moden

  • Writer: Panduman
    Panduman
  • 28 Jan
  • 1 min membaca

Updated: 25 Feb


PROTON X90 adalah pilihan yang tepat untuk keluarga yang mementingkan keselesaan, keselamatan dan kemudahan dalam setiap perjalanan. Ia boleh memuatkan 7 orang dewasa dengan susunan tempat duduk 2-2-3 yang memastikan ruang lebih luas dan selesa untuk semua penumpang. Sistem infotainmen dilengkapi dengan skrin sentuh 12.3 inci yang memberikan kemudahan navigasi GPS serta hiburan sepanjang perjalanan.


Dikuasakan oleh enjin 1.5L TGDi dengan 48V Electric Motor Synergy System dan dipadankan dengan transmisi 7-Speed Dual Clutch Transmission with Manual Mode, PROTON X90 BSG Flagship ini memastikan pemanduan yang lancar, sama ada untuk perjalanan jauh pulang ke kampung atau ketika melalui kawasan parkir yang sesak. Auto Park Assist (APA) membantu pemandu untuk meletakkan kenderaan dengan mudah, memberikan ketenangan fikiran kepada ibu bapa yang sering berhadapan dengan ruang parkir terhad.


Ciri keselamatan PROTON X90 BSG Flagship juga berada pada tahap tertinggi dengan sistem Advanced Driver Assistance System (ADAS), termasuk Adaptive Cruise Control (ACC) with Stop & Go, Auto Emergency Brake (AEB), Lane Departure Warning (LDW) dan banyak lagi. Selain itu, ia dilengkapi dengan 6 beg udara, Sistem Kamera 360° untuk pandangan penuh semasa memandu, dan Tyre Pressure Monitoring System (TPMS) untuk memastikan keselamatan maksimum.


Ditawarkan pada harga bermula RM152,800 untuk varian Flagship, PROTON X90 juga hadir dengan pakej nilai yang luar biasa, termasuk 5 Tahun Jaminan Tanpa Had, 5 Tahun Pakej Data (1GB/bulan), dan 6 Kali Servis Free Labour. Dengan gabungan teknologi terkini, spesifikasi premium dan ciri keselamatan yang tiada tandingan, PROTON X90 BSG Flagship memberikan perlindungan dan nilai terbaik untuk keluarga anda, memastikan setiap perjalanan selamat, selesa dan menyeronokkan.

Comments


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

bottom of page