top of page

PUMA House of Speed Meriahkan Minggu Perlumbaan di Pavilion KL

aisha5891
28 Sep
2 min membaca

Updated: 2 Okt

PUMA House of Speed di Pavilion Kuala Lumpur sempena minggu perlumbaan Malaysia

Musim perlumbaan bakal menjadi lebih rancak apabila Malaysia bersiap sedia untuk menjadi tuan rumah Bahrain Grand Prix. PUMA Malaysia turut memulakan kempen We Own The Week, membawa keterujaan dunia motorsport keluar dari litar dan ke tengah-tengah bandar.


Daripada perlumbaan dan prestasi kepada fesyen serta budaya, jenama ini meraikan pelbagai cara orang ramai menikmati dunia kelajuan, sama ada sebagai peminat Formula 1, penggemar budaya automotif atau mereka yang sekadar gemarkan tenaga dan keterujaan yang hadir bersama kelajuan.



Barangan PUMA ditawarkan secara first-come, first-served sementara stok masih ada. Terma dan syarat dikenakan.

Hadiah dengan pembelian ditawarkan secara first-come, first-served sementara stok masih ada. Terma dan syarat dikenakan.


Dengan pengalaman dalam dunia motorsport serta kerjasama bersama Scuderia Ferrari HP dan McLaren Mastercard F1 Team, PUMA membawa peminat lebih dekat dengan aksi menerusi siri pengalaman yang direka untuk menjadikan musim perlumbaan lebih menarik, mudah diakses dan mengasyikkan.



Langkah Masuk ke House of Speed

Sebagai sebahagian daripada We Own The Week, House of Speed akan mengambil alih Pavilion Kuala Lumpur dari 29 September hingga 4 Oktober, membawa dunia motorsport PUMA lebih dekat kepada peminat sepanjang minggu Malaysia menjadi tuan rumah Bahrain Grand Prix.


Direka untuk memberikan pengalaman lebih dekat dengan aksi perlumbaan, House of Speed menghimpunkan elemen perlumbaan, prestasi, produk dan pengalaman interaktif dalam satu destinasi berkonsepkan tenaga tinggi.


Peminat boleh menguji kepantasan dan kemahiran mereka menerusi pelbagai stesen cabaran, selain berpeluang membawa pulang barangan eksklusif PUMA selepas melengkapkan cabaran yang disediakan*.


Antara tarikan utama ialah simulator perlumbaan, yang membolehkan peminat berada di belakang roda, menguji kepantasan serta masa tindak balas mereka dan merasai sendiri pengalaman seakan-akan berada di atas litar.



Selain cabaran yang disediakan, pengunjung turut boleh meneroka koleksi motorsport dan prestasi terbaharu PUMA, termasuk barangan berlesen rasmi daripada Scuderia Ferrari HP dan McLaren Mastercard F1 Team. Peminat yang membuat pembelian bernilai RM400 dan ke atas pula akan menerima hadiah eksklusif dengan pembelian**, menjadikan pengalaman di House of Speed lebih berbaloi.


Daripada peminat tegar Formula 1 dan penggemar automotif kepada mereka yang sekadar mencari pengalaman baharu sepanjang minggu perlumbaan, House of Speed PUMA memberikan peluang untuk merasai sendiri keterujaan dunia kelajuan, bukan sekadar menyaksikan aksi dari tepi litar.



Kiraan detik kini bermula. Daripada cabaran perlumbaan hingga barangan motorsport, House of Speed menyediakan pelbagai pengalaman untuk diterokai di Pavilion Kuala Lumpur dari 29 September hingga 4 Oktober.

Komen


ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page