Sentiasa di Sisi Anda: Hyundai Motor Malaysia Memperkasa Generasi Masa Depan
- Anna Chong

- 28 Mei
- 2 min membaca

Hyundai Motor Malaysia (HMY) telah menandatangani Collaboration of Cooperation (COC) bersama tiga akademi — TVET MARA Masjid Tanah, SLC Auto Academy, dan Kolej Antarabangsa Despark (DSIC) — bagi menyokong serta memperkasa generasi baharu dalam bidang profesional automotif di Malaysia.
Berpandukan visi Global Hyundai iaitu Progress for Humanity, inisiatif ini mencerminkan komitmen jangka panjang HMY dalam membangunkan bakat tempatan serta menyokong pertumbuhan mampan industry automotif negara. Melalui pelaburan dalam Pendidikan, pemindahan kemahiran dan tekonologi masa depan, HMY berhasrat untuk memainkan peranan aktif dalam memperkukuhkan ekosistem automotif negara untuk generasi akan datang.

Pengarah Urusan Hyundai Motor Malaysia, Puan Jahabarnisa Haja Mohideen, berkata: “Hyundai Motor Malaysia komited dalam mempercepatkan masa depan mobility sambil memberi sumbangan bermakna kepada komuniti di mana kami beroperasi. Janji kami iaitu ‘Sentiasa Di Sisi Anda’ melangkaui pelanggan kami – ia mencerminkan dedikasi kami dalam menyokong komuniti tempatan dan membangunkan generasi masa depan. Melalui kerjasama bersama akademi tempatan ini, kami berharap dapat melengkapkan bakat muda dengan Kemahiran relevan dan pendedahan dunia industry sebenar, sekali gus menyumbang kepada pembangunan tenaga kerja yang mampu mendahului kemajuan industri serta memacu pertumbuhan berterusan sektor automotif Malaysia.”

Memperkasa Melalui Pendidikan
Kerjasama ini memperkenalkan program selama 3 hari merangkumi lima sesi sepanjang tahun 2026, yang dirancang untuk memberi pendedahan secara praktikal kepada pelajar dan tenaga pengajar terhadap teknologi yang bakal membentuk mobility masa depan. Program ini memberi tumpuan kepada bidang-bidang penting dalam pembangunan kenderaan moden dan sokongan selepas jualan.
Bertujuan melengkapkan kira-kira 360 pelajar dan tenaga pengajar dengan kemahiran serta pengetahuan inudstri yang relevan agar selari dengan perkembangan trend semasa, antara topik yang diketengahkan ialah:
Komunikasi Rangkaian Kenderaan & Sistem Elektrikal Badan Lanjutan
Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS)
Mobiliti Masa Depan Hidrogen FCEV
Sistem Keselamatan dan Pembaikan Kenderaan Mesra Alam

Rakan Kerjasama
“Kami amat berbesar hati dapat menjalinkan kerjasama strategik bersama Hyundai Motor Malaysia. Kolaborasi ini memperkukuhkan hubungan industri bagi TVET MARA Masjid Tanah, khususnya dalam aspek perkongsian kepakaran, teknologi automotif terkini serta penempatan pelajar dalam bidang Energy Efficient Vehicle (EEV). Kami yakin inisiatif ini dapat membantu melengkapkan pelajar dengan kemahiran yang relevan dengan industri, sekali gus menyumbang kepada pembangunan graduan TVET yang berkualiti dan berdaya saing dalam industri automotif negara,” kata Encik Shabudin bin Said, Pengarah TVET MARA Masjid Tanah.
“Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Hyundai Motor Malaysia atas termeterainya kerjasama strategik ini. Kolaborasi ini merupakan satu langkah penting dalam memperkukuhkan pembangunan bakat serta kemahiran teknikal dalam bidang automotif, khususnya dalam melahirkan tenaga kerja yang berkualiti, kompeten dan bersedia menghadapi keperluan industri semasa. Kami berharap kerjasama ini dapat memberi manfaat besar kepada kedua-dua pihak serta membuka lebih banyak peluang kepada para pelatih dan generasi akan datang,” kata Encik Hananth A/L Parasuraman, Ketua Jabatan, SLC Auto Academy.
“Hari ini merupakan satu pencapaian penting buat Despark International College apabila kerjasama bersama Hyundai Motor Malaysia dimeterai menerusi Certificate of Collaboration (CoC) ini. Kerjasama ini mencerminkan visi bersama dalam merapatkan jurang antara pembelajaran akademik dan keperluan industri automotif yang semakin berkembang pesat. Melalui kerjasama ini, kedua-dua pihak akan memberi tumpuan kepada perkongsian pengetahuan dan teknologi, pendedahan industri serta pembangunan tenaga kerja melalui peluang latihan industri dan penempatan praktikal. Kami percaya kolaborasi ini akan meningkatkan tahap kesiapsiagaan industri dalam kalangan pelajar serta memperkukuhkan pembangunan bakat automotif di Malaysia,” kata Puan Cherrie Lee Hsian Thoong, Despark International College (DSIC).




















Komen