top of page

SISMA Auto Lancar Showroom & Pusat Servis Denza Baharu di Glenmarie, Kukuhkan Kehadiran Dalam Segmen EV Mewah

  • Writer: Panduman
    Panduman
  • 25 Jun
  • 3 min membaca
SISMA Auto Lancar Showroom & Pusat Servis Denza Baharu

SISMA Auto mengorak langkah dalam dunia pemotoran kenderaan elektrik (EV) dan mewah dengan melancarkan bilik pameran Denza yang baharu di Glenmarie, Shah Alam – satu pencapaian penting dalam strategi pertumbuhan pesat kumpulan.


Denza, jenama EV mewah milik BYD Auto, pengeluar EV tersohor dunia, telah menerima sambutan yang amat menggalakkan di seluruh dunia dan SISMA Auto berbangga menjadi salah satu pengedar untuk membawa jenama baharu yang megah ini ke jalan raya Malaysia. Dipacu oleh kebangkitan global BYD, SISMA Auto komited untuk berkembang seiring dengan Denza, serta menetapkan piawaian baharu dalam mobiliti elektrik premium.


Dengan keluasan 20,000 kaki serta dua tingkat, pameran ini disokong oleh jumlah pelaburan sebanyak RM25 juta dan pameran tersebut direkai untuk mencerminkan identiti jenama tersebut – sebuah era baharu tenaga dan mobiliti mampan yang mewah. Reka bentuk bilik pameran yang anggun menyerlahkan identiti terkini Denza, menggabungkan kecanggihan moden dengan kemewahan yang mampan untuk dinikmati oleh para penunjung.

SISMA Auto Lancar Showroom & Pusat Servis Denza Baharu

Antara ciri menarik ruang pameran ialah galeri kenderaan yang luas, membolehkan pelawat melihat secara lebih dekat pilihan EV Denza yang menakjubkan — malah mereka juga berpeluang menjalani pandu uji kenderaan. Dengan ruang untuk berkembang, Denza SISMA Auto Glenmarie bersedia untuk menampilkan model-model menarik yang akan datang, berkembang menjadi pameran penuh bagi barisan kenderaan mewah masa depan Denza.


Selain daripada bilik pameran, pusat servis ini juga turut dilengkapi dengan kemudahan tercanggih bagi menyediakan perkhidmatan lepas jualan yang menyeluruh. Para pelanggan boleh menjangkakan sokongan servis dan penyelenggaraan yang cemerlang, bagi memastikan setiap kenderaan Denza berada dalam prestasi terbaik. Untuk meningkatkan lagi kemudahan kepada pengunjung Denza SISMA Auto Glenmarie menawarkan perkhidmatan concierge premium, termasuk mengambil dan menghantar kenderaan dari pintu ke pintu untuk diservis, terus dari rumah atau pejabat pelanggan.

Pengarah Urusan Kumpulan SISMA Auto-Syed Khalil bin Syed Ibrahim

Pengarah Urusan Kumpulan SISMA Auto Syed Khalil bin Syed Ibrahim berkata, beliau teruja untuk mengembangkan penawarannya dalam pasaran kenderaan mewah di mana Denza merupakan salah satu jenama kenderaan mewah terbaru yang memasuki Malaysia.


“Keyakinan global terhadap jenama BYD semakin meningkat. Denza sebagai sub-jenama BYD berada pada kedudukan yang baik untuk menarik perhatian pemilik kenderaan premium dan mewah. Jenama Denza pula terserlah dengan inovasi teknologi dan cadangan nilai yang menarik. Dengan pelancaran Denza Sisma Auto, kami menjadikannya pengalaman Denza dapat diakses oleh lebih ramai rakyat Malaysia,” berkata beliau.

Pengarah Urusan BYD Malaysia Sdn Bhd, Eagle Zhao berkata, “Hari ini, kita bukan sahaja meraikan kemajuan yang telah dicapai, tetapi juga menghargai kerjasama strategik yang amat bernilai.

SISMA Auto Lancar Showroom & Pusat Servis Denza Baharu

Dengan pembukaan rasmi lima pengedar baharu DENZA— ianya menjadi bukti atas komitmen kami dalam menyediakan pengalaman pelanggan yang luar biasa—baru-baru ini kami sedang memperluaskan akses kepada mobiliti elektrik premium yang lebih peribadi, dipercayai dan mudah dicapai. Kami juga amat teruja dengan kehadiran SISMA Auto ke dalam keluarga DENZA, yang terletak di kawasan strategik, hab automotif Glenmarie. Komitmen kami untuk memperluas kehadiran di Malaysia tetap kukuh. BYD Malaysia akan terus memperluaskan rangkaian pengedar dan pusat servis kami bagi memastikan kenderaan elektrik berkualiti tinggi – termasuk untuk pasaran umum dan premium – mudah didapati bagi memenuhi keperluan pengguna Malaysia yang semakin berkembang.


SISMA Auto berbangga menjadi sebahagian daripada keluarga BYD dan melihat DENZA sebagai lembaran baharu yang menarik dalam perjalanan pertumbuhan luar biasa jenama ini. Dengan pelancaran DENZA Glenmarie, SISMA Auto terus menunjukkan keyakinannya terhadap teknologi canggih BYD, reka bentuk premium dan momentum global yang kukuh. DENZA Glenmarie turut dibina dengan keupayaan signifikan untuk menyokong hala tuju masa depan jenama ini serta model-model akan datang, dan bersedia sepenuhnya untuk berkembang seiring dengan pertumbuhan DENZA di Malaysia.

SISMA Auto Lancar Showroom & Pusat Servis Denza Baharu

Pusat Pameran dan Service Denza SISMA Auto terletak di No 21, Jalan Perintis U1/52, Seksyen U1, Bandar Glenmarie, Shah Alam ini dibuka setiap hari mulai jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam, ianya menawarkan pelanggan peluang untuk menerokai teknologi EV terkini serta melihat tawaran Denza.

Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

M 160x600.jpg

ADVERTISEMENT

Pandu Pandu Icon
PanduBabes Logo
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta. Bersama PanduBabes, kami membawa cerita, inspirasi dan acara untuk komuniti peminat automotif Malaysia.
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2025 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page