top of page

smart #5 Dipamerkan sebagai Rakan EV Terunggul dari Bandar ke Aktiviti Luar di KLIMS 2026

Writer: Anna Chong
Anna Chong
19 Jun
3 min membaca

smart #5 di KLIMS 2026

smart Malaysia menampilkan kepelbagaian fungsi smart #5 di Kuala Lumpur International Mobility Show 2026 menerusi pameran berkonsepkan gaya hidup yang menyerlahkan keupayaan SUV ini beralih dengan lancar daripada mobiliti bandar kepada pengembaraan luar. Diinspirasikan oleh tema “Beyond Mobility” KLIMS 2026, pameran ini memperlihatkan bagaimana smart #5 membolehkan pemandu moden menikmati pengalaman baharu menerusi teknologi pintar, keselesaan premium serta aksesori berorientasikan aktiviti lasak dan pengembaraan.


smart #5 di KLIMS 2026

Sebagai SUV elektrik premium flagship jenama smart, smart #5 menggabungkan reka bentuk yang berani, ruang dalaman yang luas serta teknologi mobiliti elektrik termaju bagi memenuhi pelbagai gaya hidup. Di KLIMS 2026, pengunjung berpeluang melihat smart #5 yang dipadankan dengan rangkaian aksesori lengkap, sekali gus menyerlahkan kepelbbagaiannya untuk kegunaan harian di bandar mahupun aktiviti luar dan pengembaraan.


smart #5 di KLIMS 2026

Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET berkata, “smart #5 direka untuk pelanggan yang mahukan lebih daripada sekadar sebuah kenderaan. Ia memberi kebebasan, fleksibiliti dan membuka peluang kepada pengalaman baharu. Di KLIMS 2026, kami ingin menunjukkan bagaimana smart #5 menggabungkan keupayaan pemanduan elektrik jarak jauh, ciri pintar serta aksesori gaya hidup untuk menyokong pelbagai jenis perjalanan, daripada pemanduan harian di bandar hinggalah pengembaraan luar pada hujung minggu.”


Antara aksesori baharu yang diperkenalkan untuk smart #5 ialah:

  • Roof Carrier – Menambah kapasiti ruang penyimpanan, membolehkan pemilik membawa lebih banyak barangan untuk perjalanan, aktiviti luar atau percutian hujung minggu.

  • Side Bag – Menyediakan ruang simpanan tambahan yang praktikal dan mudah diakses untuk kegunaan harian serta aktiviti pengembaraan.

  • Side Ladder – Memudahkan akses ke bahagian bumbung kenderaan sambil menyerlahkan karakter lasak dan berjiwa pengembaraan smart #5.


smart #5 di KLIMS 2026

Menggerakkan Perjalanan Jauh dan Pengembaraan Luar dengan Lebih Lancar 

Keistimewaan utama smart #5 terletak pada keupayaannya menjadikan perjalanan jarak jauh serta aktiviti luar lebih menyeronokkan dan mudah. Dilengkapi dengan jarak pemanduan elektrik yang jauh, smart #5 Premium mampu mencapai sehingga 590 km, manakala smart #5 BRABUS menawarkan jarak pemanduan sehingga 540 km. Keupayaan ini membolehkan pemandu melakukan perjalanan merentasi Malaysia dengan lebih yakin sambil menikmati pengalaman pemanduan elektrik premium yang lancar dan selesa.


Camping Mode terbina dalam pada smart #5 turut meningkatkan pengalaman pemilikan dengan membolehkan kenderaan berfungsi sebagai sebahagian daripada gaya hidup luar. Ciri ini mewujudkan ruang yang selesa dan praktikal untuk berehat serta bersantai ketika aktiviti perkhemahan atau pengembaraan bermalam, menjadikan setiap perjalanan lebih menyeronokkan dan bermakna.


smart #5 di KLIMS 2026

Keselesaan Imersif, Pemanduan Pintar 

Lebih daripada sekadar sebuah SUV elektrik, smart #5 mencerminkan falsafah smart yang menggalakkan gaya hidup berfikiran terbuka, di mana mobiliti menjadi pemangkin kepada pengalaman baharu, penemuan dan perjalanan yang lebih bermakna. Sama ada menikmati suasana malam di bawah bintang menerusi Camping Mode, memulakan perjalanan jarak jauh dengan penuh keyakinan, atau mengubah setiap pemanduan menjadi pengalaman muzik yang mengasyikkan melalui Sennheiser Sound System, smart #5 direka untuk memberi inspirasi kepada pengguna agar “open your mind” terhadap potensi sebenar mobiliti elektrik moden.


smart #5 di KLIMS 2026

Melengkapkan pengalaman tersebut ialah Sennheiser Sound System yang imersif, menjadikan ruang kabin seperti sebuah dewan muzik bergerak untuk dinikmati sepanjang perjalanan. Sama ada memandu di jalan bandar, lebuh raya pesisir pantai mahupun destinasi alam semula jadi, smart #5 menawarkan pengalaman dalam kabin yang lebih premium dengan gabungan teknologi pintar, sistem audio berkualiti tinggi dan keselesaan yang diperhalusi.


Harga smart #5 (2026)

Varian

Harga

smart #5 Premium

RM209,800

smart #5 BRABUS

RM259,800

Outdoor Pack dan Aksesori Asli smart #5 

Outdoor Pack yang dipamerkan di KLIMS 2026 ditawarkan pada harga pakej istimewa, memberikan nilai yang lebih berbaloi berbanding pembelian setiap aksesori secara berasingan. Bagi pelanggan yang mahukan pilihan lebih mampu milik, Adventure Pack turut disediakan. Pakej ini menggunakan roof rail system yang lebih ringkas sebagai pengganti roof carrier, sambil mengekalkan ciri praktikal untuk aktiviti luar.


smart #5 di KLIMS 2026

Bagi memberikan lebih banyak pilihan pemperibadian, smart menawarkan sembilan aksesori asli (genuine accessories) untuk smart #5, membolehkan pelanggan menyesuaikan kenderaan mengikut gaya hidup dan keperluan pengembaraan masing-masing. Antara aksesori yang ditawarkan ialah:

  • Side Bag

  • Side Ladder

  • Roof Carrier

  • Roof Rails

  • TPE Frunk Mat (BRABUS)

  • TPE Frunk Mat (Premium)

  • TPE Trunk Mat

  • TPE Floor Mat

  • Luggage Net 


Pengunjung berpeluang melihat sendiri smart #5 yang dilengkapi dengan pakej aksesori penuh, meneroka ciri-ciri yang menyokong gaya hidup luar serta mendapatkan maklumat lanjut mengenai pakej pemilikan, pilihan aksesori dan promosi eksklusif yang ditawarkan sepanjang tempoh pameran.

Komen


ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page