smart #5 Tempahan Kini Dibuka Secara Rasmi !
- Anna Chong

- 1 minit lalu
- 4 min membaca

Selepas kemunculan pratonton di Malaysia Autoshow 2025, smart Malaysia mengumumkan bahawa tempahan untuk smart #5 Serba Baharu kini dibuka. Model terbaharu dalam barisan kenderaan elektrik premium ini menandakan satu lagi langkah penting buat smart Malaysia dalam memperkukuh kehadirannya di rantau ini, dengan rekaan yang lasak, prestasi unggul dan praktikaliti yang sesuai untuk gaya hidup seharian.
Bertemakan ‘Contemporary Adventurer’, smart #5 direka khas untuk pemanduan bandar yang mahukan lebih daripada sebuah kenderaan elektrik, ruang yang luas, jarak pemanduan yang besar dan lebih bergaya. Dengan rekaan berbentuk kotak yang tegap dan tersendiri, smart #5 tampil menonjol sebagai sebuah SUV berkeupayaan tinggi, dibangunkan untuk memberikan pengalaman pemanduan yang dinamik serta fleksibiliti yang sesuai dengan gaya hidup moden.

“Saya amat teruja untuk memperkenalkan smart #5 kepada para pemandu di Malaysia,” ujar Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia. “Model ini membuka babak baharu dalam dunia mobiliti elektrik yang menggabungkan kuasa, praktikaliti dan identiti unik yang sinonim dengan jenama smart. Dengan rekaannya yang kukuh, jarak pemanduan yang jauh serta pelbagai ciri pintar, smart #5 direka untuk menemani setiap perjalanan masa depan dengan lebih yakin. Kini tempahan pun telah dibuka, rangkaian pengedar kami di seluruh negara sedia menyambut pelanggan dan memberikan pengalaman pemilikan yang istimewa. Kami menjemput rakyat Malaysia untuk menjadi antara yang pertama merasai babak baharu mobiliti elektrik bersama smart.”

Proses Tempahan yang Mudah dan Dapat Diakses
Para pelanggan kini boleh menempah smart #5 dengan bayaran tempahan sebanyak RM2,000 melalui dua saluran yang mudah dan pantas:
Aplikasi Hello smart, yang boleh didapati di Apple App Store, Google Play Store, dan Huawei App Gallery
Laman web rasmi smart Malaysia
Pendekatan tempahan pelbagai platform ini direka untuk memudahkan semua pelanggan, sama ada mereka lebih selesa membuat tempahan secara digital atau ingin menikmati pengalaman secara peribadi di bilik pameran.

Pengembaraan dan penerokaan, dalam satu kereta smart
Didatangkan dalam 4 warna untuk varian Premium dan 3 warna untuk varian BRABUS, smart #5 menampilkan rekaan berani yang mencerminkan falsafah kejuruteraan dan reka bentuk smart, menggabungkan seni bina EV canggih dengan penampilan yang unggul.

Di bahagian ruang dalaman, smart #5 mempamerkan keselesaan dan inovasi. Dengan balutan kulit Nappa lembut yang meliputi lebih 90% ruang dalaman, kemasan kayu oak (unik dalam kelasnya) dan papan pemuka yang diinspirasikan daripada tie-clip, setiap perincian direka untuk memberikan rasa hangat, premium dan peribadi. Pada masa yang sama, anda akan kekal sejuk dan selesa dengan bumbung kaca panoramik seluas 1.7m² yang mempamerkan ruang kabin dengan cahaya semula jadi, manakala penghadang bumbung membolehkan anda menyesuaikan suasana sambil menikmati minuman sejuk dari peti pendingin terbina di ruang penyimpanan konsol tengah. Kaca dua lapisan kalis bunyi pula memastikan kabin kekal tenang dan senyap, tidak kira keadaan di luar.

Sama ada anda dalam perjalanan jauh atau berehat menikmati pemandangan, smart #5 disesuaikan mengikut suasana anda. Ia dilengkapi tiga mod tempat duduk yang boleh diubah suai menjadi tempat baring, sistem pengudaraan tempat duduk hadapan, serta mod keselesaan untuk penumpang belakang. Dengan 34 ruang simpanan canggih, ruang but belakang berkapasiti 1,530 liter dan ruang frunk 72 liter, smart #5 bersedia untuk apa sahaja, sama ada percutian hujung minggu ataupun urusan harian.
Teknologi menjadi ciri utama dalam smart #5. Model ini menampilkan dua paparan OLED bersaiz 13 inci, paparan AR berukuran 25.6 inci, serta cipset automotif gred AMD V2000 yang memastikan prestasi pemanduan sentiasa lancar dan responsif. Di pusat kawalannya LEO, avatar pintar berkuasa ChatGPT yang dinaik taraf bagi membantu untuk navigasi, berhubung, dan mengawal kenderaan dengan lebih mudah. Dilengkapi dengan Apple CarPlay dan Android Auto, setiap perjalanan bersama smart #5 menawarkan pengalaman pemanduan yang intuitif, moden, dan menyakinkan.

Bercakap tentang sistem aurdio, smart #5 menawarkan pengalaman seakan konsert di dalam kenderaan anda. Terdapat 20 sistem pembesar suara SENNHEISER dengan teknologi Dolby Atmos serta pembesar suara bahagian tengah automatik yang disertakan dengan pencahayaan ambien menghasilkan pengalaman audio yang menyeluruh dan tiada tandingan.

Aspek keselamatan dan kawalan berada pada tahap tertinggi. smart #5 telah meraih penarafan keselamatan 5 Bintang daripada Euro NCAP, dengan skor keseluruhan tertinggi bagi kategori SUV besar yang diuji pada tahun 2025. Ia dibina dengan tork setinggi 42,000Nm menggunakan 82% keluli berkekuatan tinggi, serta dilengkapi tujuh beg udara untuk perlindungan menyeluruh. Ciri Smart Pilot Assist termasuk Highway Pilot Assist (HWA) dan fungsi Stop & Go menawarkan pemanduan separa automatik di lebuh raya, manakala sistem kamera 360° memastikan kenderaan berada di dalam keadaan yang selamat. Terdapat sembilan mod pemanduan, termasuk lima moduntuk pemanduan off-road, disertakan sistem suspensi double wishbone dan multi-link bagi memberikan pengalaman pemanduan yang lebih lancar dan selesa.

Pandulah smart #5: Premium untuk Keselesaan, BRABUS untuk Pengembaraan dan Penerokaan
smart #5 ditawarkan dalam dua varian berbeza, iaitu Premium dan smart #5 BRABUS, masing-masing direka untuk menepati gaya pemanduan dan personaliti yang berbeza.
Varian Premium adalah untuk mereka yang suka akan ketenangan dan keyakinan dalam setiap pemanduan. Ia menawarkan pengalaman pacuan roda belakang yang lancar, dengan keupayaan memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 6.5 saat. Dikuasakan oleh bateri 100kWh yang mampu mencapai jarak sehingga 590km (WLTP), ia turut menyokong seni bina 800V, pengecasan AC 22kW dan pengecasan pantas DC 400kW, menjadikannya pilihan ideal untuk pemanduan jarak jauh dengan keselesaan dan kecekapan maksimum. SUV ini direka untuk menjadikan setiap perjalanan terasa mudah dan lancar, sama ada ketika berulang-alik mahupun menikmati percutian di luar bandar.

Varian BRABUS pula direka untuk mereka yang gemar akan prestasi yang sebenar. Dengan keupayaan memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 3.8 saat, ia menawarkan pengalaman pemanduan yang menggabungkan kuasa luar biasa dengan keunggulan sebuah SUV elektrik. Sistem pacuan semua roda dwimotor, Launch Mode, dan pengalaman bunyi pemanduan BRABUS yang ditala khas menambahkan lagi rasa teruja di sebalik stereng. Bahagian dalamnya menampilkan tempat duduk Dinamica microfibre, angkup brek berwarna merah serta rim BRABUS Monoblock Z bersaiz 21 inci yang menyerlahkan gaya sporty dan prestasi tinggi yang menjadi identiti BRABUS.

Dengan pelbagai inovasi ini, smart #5 benar-benar menepati janjinya, “Sedia untuk masa hadapan, ke mana jua destinasi anda.”





















Komen