top of page

smart Malaysia melancarkan smart #5 serba baharu, kenderaan elektrik yang menggabungkan gaya moden dengan ketahanan sebenar.

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 14 Nov
  • 3 min membaca

smart #5

smart Malaysia hari ini memperkenalkan smart #5, SUV elektrik baharu yang berani, direka khusus untuk mereka yang hidup di bandar dan mahukan lebih ruang, lebih jarak perjalanan, dan lebih bergaya. Dengan tema ‘Style Meets Robustness’, smart #5 menggabungkan ketahanan dengan rekaan elegan, memberikan pengalaman pemanduan yang dinamik dan sesuai dengan gaya hidup yang lebih moden.

 

smart #5
smart #5

Model baharu smart #5 kini hadir bersama barisan model #1 dan #3, menawarkan pengalaman pemanduan premium yang berani dalam bentuk SUV bersaiz sederhana. Dengan rekaan diinspirasikan daripada Mercedes-Benz dan fokusnya kepada kepelbagaian penggunaan, #5 menandakan transformasi smart daripada EV bandar kepada mobiliti elektrik yang lebih serba boleh, memberikan pengalaman pemanduan yang bergaya, luas, dan elegan.

 

smart #5
Encik Sua Chek Hoong, Ketua Pegawai Maklumat PRO-NET, Pn. Salawati Mohd Yusoff, Ketua Pegawai Penjenamaan PRO-NET & Encik Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET

“Dengan smart #5, kami memperkenalkan dimensi baharu mobiliti elektrik di Malaysia,” kata Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET. “Model ini bukan sahaja unggul dan praktikal, tetapi juga jelas menampilkan identiti smart. Dari rekaan luarnya yang berani hingga ke ciri-ciri canggih yang dimiliki, smart #5 direka untuk menjamin keselesaan setiap perjalanan, memberikan pemanduan yang lebih yakin dan bergaya.”

 

smart #5
smart #5

Gabungan Teknologi Antara Pengembaraan dan Penjelajahan

smart #5 didatangkan dengan jarak roda 2,900mm, meletakkannya dalam kategori SUV bersaiz sederhana (D-segment). Varian Premium ditawarkan dalam empat warna iaitu Meta Black, Cyber Silver, Pulsar Ruby, dan Saturn Beige Matte*, semuanya dilengkapi dengan bumbung berwarna Eclipse Black. Varian BRABUS pula menampilkan tiga kemasan eksklusif iaitu Atom Grey Matte*, Meta Black, dan Digital White, bersama kemasan bumbung bewarna Eclipse Black. smart #5 hadir dengan rekaan kotak dan unggul, dipadankan dengan kabin berinspirasikan lounge yang dibalut dengan kulit Nappa lembut, kemasan kayu oak, serta papan pemuka yang diinspirasikan daripada klip tali leher.



Keselesaan dipertingkatkan lagi dengan bumbung kaca panorama seluas 1.7m² dan pendingin hawa dalam kabin, manakala cermin berkaca dua lapisan yang kedap bunyi memastikan ketenangan setiap perjalanan. Direka dengan teliti untuk kepelbagaian penggunaan, kabin menawarkan tiga mod boleh laras, 34 ruang simpanan, but belakang seluas 1,530L, dan but hadapan (frunk) 72L, sesuai untuk percutian hujung minggu mahupun urusan harian.

 

smart #5
smart #5

Dari segi teknologi, dua skrin OLED 13”, paparan head-up AR 25.6”, cipset AMD V2000, dan LEO—avatar pintar berteknologi ChatGPT—bergabung untuk memberikan pengalaman pemanduan futuristik dan intuitif. Sistem audio SENNHEISER 20-pembesar suara dengan Dolby Atmos menambah lagi suasana dalam kabin, menghasilkan bunyi yang mengasyikkan semasa memandu.

 

smart #5

 Keselamatan dan Prestasi Diperbaharui

Di sebalik rekaan yang berani, tersimpan kekuatan dan tahap keselamatan yang terbaik. smart #5 meraih penarafan 5-Bintang Euro NCAP, diperkukuh dengan ketegaran tork 42,000Nm dan 82% struktur keluli berkekuatan tinggi. Tujuh beg udara, smart Pilot Assist, Highway Pilot Assist (HWA) dengan fungsi Stop & Go, serta sistem kamera 360° memberikan perlindungan dan kawalan yang menyeluruh.


smart #5

 

smart #5 dibina di atas binaan EV terkini, dilengkapi bateri 100kWh (kapasiti tertinggi berbanding smart #1 dan #3) yang mampu memberikan jarak pemanduan sehingga 590km mengikut WLTP. Ia juga merupakan model smart pertama di Malaysia yang dilancarkan dengan seni bina pengecasan pantas 800V, membolehkan bateri dicas dari 10% hingga 80% dalam hanya 15 minit, menjadikan perjalanan jauh di Malaysia lebih mudah dan efisien.


 

Dengan sembilan mod pemanduan, termasuk lima mod lasak, serta sistem suspensi canggih, smart #5 menyesuaikan diri dengan mudah di pelbagai jenis permukaan, mengimbangi prestasi, keselesaan, dan keyakinan pada setiap perjalanan.

 

smart #5

Pemilikan Premium yang Menyeluruh dari smart

smart Malaysia memperkenalkan konsep Pemilikan Premium Menyeluruh, direka untuk memastikan pelanggan menikmati pengalaman memiliki kenderaan dengan mudah dan tanpa risau. Beberapa tawaran utama yang ditawarkan termasuk:

  • Jaminan Bateri Bervoltan Tinggi selama 8 Tahun / 200,000km

  • Jaminan Komponen Bervoltan Tinggi selama 8 Tahun / 150,000km

  • Jaminan Kenderaan 4 Tahun tanpa had perbatuan

  • Jaminan Alat Ganti 2 Tahun tanpa had perbatuan

  • Khidmat Bantuan Tepi Jalan 24 jam

  • Pengecas Wallbox percuma bernilai RM3,200

  • Adaptor Vehicle-to-Load (V2L) percuma bernilai RM800

  • Pakej Aksesori percuma dengan 6 item bernilai RM2,000

  • Data Internet percuma 3 Tahun, 3GB/bulan (108GB)



 Dua Pilihan, Satu Pengalaman

  • Premium: Pacuan roda belakang, pecutan 0–100 km/j dalam 6.5 saat, bateri 100kWh, jarak pemanduan sehingga 590km mengikut WLTP, seni bina 800V, pengecasan AC 22kW dan pengecasan pantas DC 400kW.

  • BRABUS: Pacuan roda (AWD) dengan dwi-motor, pecutan 0–100 km/j dalam hanya 3.8 saat, Mod Pelancaran (Launch Mode), pengalaman audio BRABUS, kerusi Dinamica, kaliper brek berwarna merah, dan rim 21” BRABUS Monoblock Z.



Harga Atas Jalan (tidak termasuk insurans) untuk smart #5 Premium dan BRABUS termasuk Cukai Jualan dan Perkhidmatan adalah:

Varian

Harga

smart #5 Premium

RM199,800

smart #5 BRABUS

RM249,800

(Harga sah mulai 14 November 2025 untuk 300 pelanggan terawal yang mendaftar)


Pelanggan boleh menghubungi Pusat Pengedar smart pilihan mereka untuk mengetahui lebih lanjut mengenai smart #5 atau memuat turun aplikasi Hello smart dari Apple App Store, Google Play Store, dan Huawei AppGallery untuk menempah dan menyesuaikan smart #5 impian mereka.

 

Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Pandu Pandu Icon
PanduBabes Logo
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta. Bersama PanduBabes, kami membawa cerita, inspirasi dan acara untuk komuniti peminat automotif Malaysia.
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2025 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page