top of page

smart Malaysia Perkenalkan smart #5 BRABUS Edisi Terhad dalam Warna Laser Red

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 21 Jul
  • 2 min membaca

smart #5 BRABUS

smart Malaysia hari ini memperkenalkan smart #5 BRABUS Laser Red Edition, varian warna eksklusif baharu bagi SUV elektrik berprestasi tinggi dan model flagship jenama itu. Ditawarkan dalam jumlah yang terhad, kemasan luaran Laser Red memberikan penampilan yang lebih berani kepada smart #5 BRABUS, sambil mengekalkan prestasi, teknologi serta ciri premium yang menjadi identiti model tersebut.


smart #5 BRABUS

Direka khas untuk pemandu yang menghargai keunikan dan gaya tersendiri, kemasan Laser Red yang menyerlah menampilkan imej lasak smart #5 BRABUS serta reka bentuk berorientasikan prestasi yang sukar disalah anggap. Warna baharu ini menyertai barisan smart #5 BRABUS sebagai edisi terhad, khusus buat pelanggan yang ingin tampil lebih menonjol dalam setiap perjalanan.


“smart #5 BRABUS telah mentakrifkan semula jangkaan terhadap sebuah SUV elektrik berprestasi tinggi dengan menggabungkan kuasa yang mengujakan bersama keselesaan premium serta teknologi terkini,” kata Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET. “Melalui pengenalan Laser Red Edition yang baharu ini, kami menawarkan pelanggan cara yang lebih ekspresif dan tersendiri untuk menikmati kemuncak pengalaman jenama smart. Jumlahnya yang terhad menjadikannya satu penambahan yang benar-benar istimewa dalam keluarga smart #5.”

smart #5 BRABUS

Prestasi Tanpa Kompromi

smart #5 BRABUS Laser Red Edition mengekalkan keupayaan prestasi mengagumkan yang sama seperti model smart #5 BRABUS sedia ada. Direka untuk memberikan pengalaman pemanduan elektrik yang mengujakan, ia dipadankan dengan sistem pacuan semua roda (AWD) dwi-motor berkuasa yang menghasilkan 475 kW, bersamaan 646 PS dan 710 Nm tork. Gabungan ini membolehkan pecutan 0–100 km/j dalam hanya 3.8 saat, sambil mengekalkan karakter prestasi ikonik BRABUS yang menjadi pilihan para peminatnya.


smart #5 BRABUS

Pelanggan turut boleh menikmati kejuruteraan berorientasikan prestasi yang menjadi keistimewaan smart #5 BRABUS, termasuk mod pemanduan eksklusif BRABUS, kabin premium yang dibaluti kemasan Alcantara® dan Dinamica®, rekaan luaran berinspirasikan BRABUS yang tersendiri, ekosistem digital canggih yang dikuasakan cip AMD V2000, serta pakej lengkap teknologi keselamatan pintar dan sistem bantuan pemandu termaju.


smart #5 BRABUS

Tampil Menyerlah dengan Laser Red

Warna luaran Laser Red dipilih dengan teliti bagi mencerminkan semangat dinamik jenama BRABUS. Kemasan ini menampilkan tona merah yang lebih menyerlah dan mendalam, sekali gus menyerlahkan reka bentuk lasak kenderaan serta mengukuhkan karakter sporty dan sofistikatednya. Sama ada mengharungi kesibukan jalan bandar mahupun perjalanan jarak jauh, smart #5 BRABUS Laser Red Edition direka untuk meninggalkan impresi yang memukau dari setiap sudut.


smart #5 BRABUS

Ditawarkan dalam Kuantiti Terhad

smart #5 BRABUS Laser Red Edition akan ditawarkan dalam jumlah yang terhad di Malaysia, memberikan peluang eksklusif kepada pelanggan untuk memiliki salah satu varian paling istimewa dalam barisan model smart. Pelanggan yang berminat disarankan mengunjungi bilik pameran smart berhampiran atau mendapatkan maklumat lanjut menerusi laman web rasmi smart Malaysia.


The 2026 smart #5 is now priced as follows :

smart #5

Price

Premium

RM 209,800.00

BRABUS

RM 259,800.00


Komen


ADVERTISEMENT

KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page