top of page

SUV Elektrik Kegunaan Lasak iCAUR V23 Dilancarkan Di Malaysia!

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 27 Nov
  • 6 min membaca

iCAUR V23

iCAUR Malaysia telah melancarkan secara rasmi iCAUR V23 pada hari ini, yang merupakan model kedua jenama tersebut bagi pasaran Malaysia. Meneruskan momentum kejayaan iCAUR 03, iCAUR V23 dalam segmen C ini mengukuhkan status jenama sebagai perintis SUV elektrik penuh yang mampu mengharungi jalan lasak.


iCAUR V23
iCAUR Malaysia hari ini secara rasminya melancarkan iCAUR V23, model SUV EV kedua jenama itu untuk pasaran Malaysia, dengan penghantaran tempatan bermula serta-merta.

Diangkat sebagai SUV kegunaan lasak elektrik sepenuhnya yang pertama di Malaysia, model segmen C ini bakal mempelopori kategori BEV pengembaraan, dengan menggabungkan prestasi, keselamatan dan keupayaan serba boleh.


iCAUR V23
Diposisikan sebagai SUV berkemampuan off-road elektrik sepenuhnya pertama di Malaysia, model segmen-C ini bakal mempelopori kategori BEV pengembaraan dengan menggabungkan prestasi, keselamatan dan fleksibiliti. Dari kiri: Naib Presiden Chery Holding Groups, Encik Xu Hui, dan Naib Presiden Eksekutif Chery Corporate Malaysia, Men Lin Bo.

Semasa berucap di upacara pelancaran, Naib Presiden Eksekutif Chery International, En. Chen Chun Qin, berkata, “Sebagai salah satu jenama di bawah Chery Automotive Malaysia, iCAUR dibangunkan selaras dengan strategi jangka panjang, ‘Co-Create, Co-Define’, yang menandakan transformasi besar daripada

pengeluar automotif tradisional kepada pembangun ekosistem mobiliti pintar yang dipacu oleh keperluan pengguna.”


Naib Presiden Eksekutif Chery Corporate Malaysia, Men Lin Bo, menerangkan selanjutnya, “Sejak dilancarkan, iCAUR telah memperkenalkan pendekatan dinamik yang serba baharu kepada pengangkutan EV. Menggabungkan keupayaan jalan lasak EV dan ciri serba boleh untuk kegunaan harian, iCAUR V23 bakal memenuhi keperluan generasi pemandu, pengembara dan pelopor trend yang baharu.”


iCAUR V23
Sebagai jenama utama Chery Automotive Group, iCAUR dibayangkan di bawah strategi jangka panjang Chery, “Co-Create, Co-Define, membimbing transformasi daripada pembuat kereta tradisional kepada pembangun ekosistem mobiliti pintar dan dipacu pengguna".

iCAUR V23 mengetengahkan keunggulan kenderaan ikon 4x4 klasik dengan penampilan luar yang dibayangkan semula untuk era elektrik. Berukuran 4,220 mm panjang, 1,915 mm lebar, dan 1,845 mm tinggi, dan digandingkan dengan jarak gandar 2,735 mm, V23 memberikan keseimbangan antara penampilan yakin dan teguh di luar dan ruang dalam yang praktikal dan selesa bagi pemandu dan penumpang.


iCAUR V23

Unjuran pendek di kedua-dua hujung menyerlahkan reka bentuk dan fungsi, memberikan V23 keupayaan hebat dengan sudut tuju 42 darjah, sudut berlepas 41 darjah, dan tahap kecerunan sehingga 40%. Reka bentuk ini memastikan V23 sedia untuk pengembaraan jalan lasak apabila timbul keinginan pemandu untuk meneroka.



Dengan jarak lepas permukaan setinggi 210mm, iCAUR V23 dibina untuk mengendalikan permukaan mencabar dan meredah air sedalam 600 mm, setanding SUV 4x4 sejati dan trak pikap moden.


Bahagian luarnya membawakan sentuhan moden, termasuk lampu depan LED bersama Lampu Nyalaan Siang yang disediakan sebagai ciri piawai, dan lampu belakang LED yang dilengkapi lampu brek ketiga tinggi yang terletak pada kotak simpanan tambahan. Untuk memastikan kemudahan dan keselamatan masuk dan keluar kenderaan, V23 menyediakan tempat pijak sisi teguh sebagai ciri piawai, dan pemegang genggaman di dalam untuk semua penumpang.


iCAUR V23

Garis bentuk luar menegak dan lingkungan roda berseginya digandingkan dengan roda 19 inci dan tayar 255/55 R19 pada versi V23 2WD, manakala versi perdana V23 iWD menyerlah dengan roda 21 inci lebih besar yang digandingkan dengan tayar 265/45 R21, menyerlahkan lagi kemodenan dan keyakinan penampilan dalam reka bentuk keseluruhan.


iCAUR V23
iCAUR V23

Dua Rangkaian Kuasa Berbeza

Bagi pasaran Malaysia, iCAUR V23 ditawarkan dalam dua konfigurasi yang disesuaikan mengikut dua pilihan pemanduan berbeza. Versi 2WD dipacu oleh motor elektrik dipasang belakang tunggal yang menghasilkan kuasa 100 kW (136 PS) dan tork 180 Nm.


Apabila digandingkan dengan bateri Litium Ion Fosfat (LFP) 59.9-kWj, kenderaan ini mencatatkan jarak pemanduan (NEDC) sehingga 360 km, menjadikannya sesuai bagi pemanduan harian dan perjalanan di sekitar bandar.


iCAUR V23
iCAUR V23

Dengan bekalan kuasa yang lancar dan pacuan roda belakang dinamik yang seimbang, versi 2WD menawarkan pengalaman memandu yang cekap dan juga menyeronokkan.


Bagi mereka yang inginkan keupayaan dan kuasa tambahan, iCAUR V23 iWD memperkenalkan sistem pacuan semua roda pintar dwimotor. Versi ini menjana output tergabung 155 kW (211 PS) dan tork 292 Nm, menghasilkan pecutan penuh yakin dan cengkaman mantap sama ada semasa meredah denai atau apabila meluncur dengan selesa di lebuh raya.



Pilihan iWD menawarkan jarak pemanduan lanjutan sehingga 430 km (NEDC), dipacu bateri litium tiga logam Nikel-Mangan-Kobalt (NMC) 81.8-kWj.


Prestasi V23 disokong oleh modul pacuan elektrik belakang yang kompak lagi berkuasa, menggabungkan komponen penting seperti Unit Kawalan Motor, Pengecas Dalaman, dan Penukar.



Pakej rangka pemacu dengan keutamaan roda belakang ini menyerupai iCAUR 03, memberikan kuasa yang lancar, responsif dan kawalan yang intuitif. Versi iWD disokong oleh Motor Tak Segerak Magnet Kekal yang mantap pada gandar depan, memberikan cengkaman tambahan apabila keadaan memerlukan.


iCAUR V23

Kedua-dua versi menyokong pengecasan AC 6.6 kW, manakala pilihan V23 2WD menawarkan keupayaan pengecasan pantas DC sehingga 85 kW. Versi iWD ditambah baik dengan kadar pengecasan DC maksimum 104 kW, menawarkan kesenangan tambahan bagi perjalanan jarak jauh.


Asas struktur iCAUR V23 dibina dengan rangka seakan sangkar yang terdiri daripada 70% keluli berkekuatan tinggi. Ketegaran ini dipadankan dengan Sistem Pengurusan Bateri (BMS) yang menyediakan perlindungan voltan tinggi serta kawalan suhu melalui penyejukan cecair yang memastikan bateri kekal selamat dalam semua keadaan. Gabungan komponen ini memastikan perlindungan yang boleh dipercayai dalam penggunaan harian mahupun situasi yang lebih mencabar.


iCAUR V23 Interior
iCAUR V23 Interior

Jaminan keselamatan diberikan menerusi ciri-ciri keselamatan menyeluruh termasuk enam beg udara dan sistem bantuan pemandu lanjutan ADAS Aras 2. Segala ciri keselamatan ini disokong oleh radar gelombang milimeter yang disepadukan ke dalam badan kenderaan untuk meningkatkan ketepatan pengesanan dalam pelbagai persekitaran.



Versi standard iCAUR V23 menyediakan ciri-ciri ADAS berikut:

  • Brek Kecemasan Autonomi (AEB)

  • Maklumat Terlepas Keluar (DAI)

  • Amaran Perlanggaran Depan (FCW)

  • Amaran Pertukaran Lorong (LCW)

  • Amaran Keluar Lorong (LDW)

  • Amaran Perlanggaran Belakang (RCW)

  • Pencegahan Keluar Lorong (LDP)

  • Amaran Lalu Lintas Silang Belakang (RCTA)

  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)

  • Bantuan Mengelakkan Kesesakan Lalu Lintas (TJA)

  • Pengesanan Titik Buta (BSD)

  • Amaran Pembukaan Pintu (DOW)


Selain daripada prestasi dan ciri keselamatannya, iCAUR V23 dilengkapi dengan pilihan ciri-ciri berguna yang direka untuk memudahkan penggunaan harian. Antaranya termasuk Monitor Pandangan Menyeluruh (AVM) 540-darjah tersendiri jenama, Sistem Pengawasan Tekanan Tayar (TPMS), dan pembaca NFC yang diletakkan di dapra sisi pemandu untuk capaian pantas.


iCAUR V23 Interior

Di bahagian dalam, skrin sentuh HD Quad 15.4-inci yang dipacu oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 8155 menjadi tumpuan utama kabin, menjamin pengendalian lancar dan kawalan intuitif. Telefon pintar disepadukan dengan lancar tanpa wayar sebagai ciri piawai menerusi Android Auto dan Apple CarPlay. Ciri ini dilengkapi dengan sistem audio 7 speaker yang menghasilkan bunyi yang jelas dan menghiburkan para penumpang.


Sebagai pelengkap ruang dalamnya yang bergaya retro, iCAUR V23 menyediakan empat butang konsol tengah mantap untuk menyenangkan kawalan fungsi di dalam kereta, termasuk pemilih mod pacuan, untuk bertukar antara lima mod pacuan dalam versi V23 2WD [ECO, Comfort (Selesa), Sport (Sukan), Individual (Individu), Slippery (Jalan Licin)], dan enam mod dalam versi iWD berserta mod Off-Road (Jalan Lasak) tambahan.


iCAUR V23 Interior
iCAUR V23 Interior

Ruang dalamnya dihias kemasan lembut tahan lama berwarna hitam, mencetus suasana moden yang mengalu-alukan pemandu dan penumpang. Keselesaan ditingkatkan lagi dengan kerusi urut yang berudara, manakala ciri-ciri praktikal dijamin menerusi but serba boleh menyediakan ruang simpanan 234 liter—yang boleh diperluas kepada 744 liter apabila kerusi lipat rata baris kedua 50/50 dilipat sepenuhnya ke bawah.


V23 bakal tiba di Malaysia dengan pilihan warna terang yang sepadan dengan keceriaan , personalitinya. Pelanggan boleh memilih warna Off Road Orange (Oren Off Road), Khaki White (Putih Khaki), Army Green (Hjiau Tentera), Slate Silver (Perak Slate), dan Carbon Black (Hitam Karbon), yang semuanya dipadankan dengan hias dalaman kulit hitam yang serba anggun.


iCAUR V23 Interior

Para pemilik V23 mendapat sokongan khidmat penjagaan komprehensif yang disediakan bagi semua model iCAUR. Perkhidmatannya termasuk waranti kenderaan tujuh tahun atau 150,000 km, waranti bateri dan unit pacuan lapan tahun atau 160,000 km, dan jaminan penggantian bateri sekiranya Keadaan Kesihatan jatuh di bawah 70% dalam tempoh waranti.


iCAUR V23 diletakkan pada harga RM119,800 bagi versi 2WD dan RM132,800 bagi versi iWD, dan penyerahan kenderaan di dalam negara akan bermula serta-merta.


Pakej Pembeli Awal Eksklusif (Sah untuk 1,000 pendaftaran pertama)

Untuk 1,000 pendaftaran pertama, iCAUR Malaysia memperkenalkan Pakej Pembeli Awal yang dirangka khas untuk memberikan nilai bermakna kepada proses pemilikan. Setiap pembelian termasuk pengecas rumah Wallbox (Kotak Dinding) 7kW percuma bernilai RM3,400, untuk menawarkan kemudahan pengecasan di rumah kepada pengguna sejak dari mula lagi.


iCAUR V23 Interior

Untuk meningkatkan lagi kesenangan penggunaan harian, pakej ini termasuk unit kluster instrumen sokongan 6.86-inci yang bernilai RM1,000. Di samping itu, pembeli akan menerima waranti lanjutan untuk bateri, motor elektrik dan unit kawalan kuasa yang meliputi tempoh sehingga sepuluh tahun atau 200,000km.


Sempena pelancaran iCAUR V23, iCAUR Malaysia juga menekankan komitmen untuk mengukuhkan rangkaian runcit dan lepas jualannya di seluruh negara. Syarikat kini sudah hampir mencapai 20 lokasi rangkaian di serata Semenanjung Malaysia, mengatasi unjuran awal 18 lokasi seiring dengan peningkatan permintaan dan minat terhadap jenamanya. Pembukaan lokasi baharu akan dibuat seperti yang dirancang di Sabah dan Sarawak pada S1 2026, memastikan para pelanggan di seluruh Malaysia dapat menikmati khidmat jualan, servis dan sokongan yang terbaik.

Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Pandu Pandu Icon
PanduBabes Logo
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta. Bersama PanduBabes, kami membawa cerita, inspirasi dan acara untuk komuniti peminat automotif Malaysia.
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2025 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page