top of page

Suzuki Cars Malaysia Melantik Carsome sebagai Rakan Tukar Beli Rasmi Eksklusif

Writer: Anna Chong
Anna Chong
10 Ogo
2 min membaca

Suzuki Cars Malaysia Perkukuh Pengalaman Trade-In Menerusi Kerjasama Eksklusif Bersama CARSOME

Suzuki Cars Malaysia telah melantik CARSOME Malaysia sebagai rakan tukar beli rasmi eksklusif, sekali gus memudahkan rakyat Malaysia untuk menaik taraf kepada Suzuki baharu menerusi pengalaman tukar beli yang lebih lancar, telus dan mudah.


Kerjasama ini mengintegrasikan keupayaan CARSOME dalam pemeriksaan kenderaan, penilaian harga serta proses tukar beli ke seluruh rangkaian pengedar sah Suzuki. Pelanggan kini boleh menukar beli kenderaan daripada apa-apa jenama atau model sebagai sebahagian daripada proses pembelian Suzuki baharu.


Dengan menghapuskan keperluan untuk menjual kenderaan sedia ada secara berasingan sebelum membeli kenderaan baharu, kerjasama ini memudahkan salah satu proses yang sering menjadi cabaran dalam pengalaman pemilikan kenderaan. Pada masa sama, pelanggan boleh membuat keputusan dengan lebih yakin menerusi penilaian kenderaan yang telus dan berasaskan data.


Suzuki Cars Malaysia Perkukuh Pengalaman Trade-In Menerusi Kerjasama Eksklusif Bersama CARSOME

Mohd Rizal Jailan, Ketua Pegawai Eksekutif Naza Automotive Group, berkata, “Kerjasama ini mencerminkan komitmen kami untuk terus mempertingkatkan pengalaman pemilikan bagi para pelanggan.

“Pembelian kereta baharu sepatutnya menjadi satu pengalaman yang menyeronokkan, bukannya rumit. Bersama CARSOME, kami memudahkan pelanggan mendapatkan nilai daripada kenderaan sedia ada mereka dan beralih kepada Suzuki baharu dengan lebih mudah dan yakin.”


Sementara itu, Eric Cheng, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CARSOME, berkata kerjasama ini mencerminkan visi bersama untuk mewujudkan ekosistem automotif yang lebih terhubung.


“Pelanggan tidak sepatutnya perlu melalui proses yang berasingan untuk menjual sebuah kereta dan membeli kereta yang lain. Dengan menggabungkan rangkaian pengedar Suzuki bersama keupayaan CARSOME dalam pemeriksaan, penilaian dan tukar beli kenderaan yang dipercayai, kami memudahkan keseluruhan proses tersebut serta memberikan pelanggan ketelusan dan ketenangan fikiran yang lebih tinggi ketika menaik taraf kenderaan mereka.”


Kerjasama ini akan dilancarkan di semua pengedar Suzuki di seluruh negara.


Suzuki Cars Malaysia Perkukuh Pengalaman Trade-In Menerusi Kerjasama Eksklusif Bersama CARSOME

Dilancarkan Bersama Kempen Merdeka Mega Bonanza

Bersempena dengan pelancaran kerjasama ini, Suzuki Cars Malaysia memperkenalkan Kempen Merdeka Mega Bonanza, yang berlangsung dari Ogos hingga September 2026.


Pelanggan yang membeli model Suzuki terpilih boleh menikmati rebat sehingga RM19,000, serta sokongan tukar beli sehingga RM6,900 apabila melakukan tukar beli kenderaan melalui CARSOME.


Model yang terlibat dalam kempen ini termasuk Swift Sport, Fronx, Fronx Sport, Jimny AllGrip Pro, Jimny 5-Door serta Suzuki e VITARA yang baru dilancarkan.


Kempen ini turut menawarkan cabutan bertuah dengan enam hadiah utama yang terdiri daripada dua unit iPhone 17, dua unit Google Pixel 10 dan dua unit Samsung Galaxy S26, serta sembilan hadiah saguhati berupa kredit Touch 'n Go eWallet bernilai RM200.


Suzuki Cars Malaysia Perkukuh Pengalaman Trade-In Menerusi Kerjasama Eksklusif Bersama CARSOME

Rasai Kerjasama Ini di Naza Automania Carnival

Pelanggan berpeluang merasai sendiri program tukar beli baharu ini di Naza Automania Carnival – Merdeka Edition, yang akan berlangsung dari 14 hingga 16 Ogos 2026.


Pengunjung boleh menerokai barisan model Suzuki terkini, mendapatkan penilaian harga tukar beli daripada CARSOME, serta menikmati promosi eksklusif kempen bersama pelbagai aktiviti mesra keluarga sepanjang hujung minggu.


Karnival ini turut menampilkan Jimny Community Gathering yang popular, kemuncaknya ialah Pertandingan Best Looking Jimny pada 15 Ogos, bagi meraikan salah satu komuniti pemilik paling ikonik Suzuki.


Program tukar beli rasmi Suzuki-CARSOME dan Kempen Merdeka Mega Bonanza kini tersedia di pengedar sah Suzuki di seluruh negara. Pelanggan boleh mengunjungi bilik pameran Suzuki terdekat sepanjang Ogos dan September untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Komen


ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page