Pusat Pengalaman Tesla di Gurney Plaza, Pulau Pinang Kini Dibuka – Mengukuhkan Komitmen terhadap Masa Depan Lestari di Malaysia
- Anna Chong

- 13 Mei
- 1 min membaca

Tesla dengan bangganya mengumumkan pembukaan Pusat Pengalaman terbarunya di Gurney Plaza, Pulau Pinang pada 8 Mei 2025. Terletak di pintu masuk Kelawai, orang ramai kini boleh meneroka teknologi revolusioner Tesla melalui pengalaman interaktif bersama Model 3 dan Model Y Baharu di tengah-tengah bandar Pulau Pinang.


Model Y merupakan kenderaan paling laris di dunia dengan penarafan keselamatan tertinggi di 4 benua. Bagi meraikan pencapaian ini dan pelancaran rasmi Pusat Pengalaman Tesla Gurney Plaza, Model Y baharu akan dipamerkan dan tersedia untuk ujian pandu keutamaan. Pelanggan juga berpeluang menikmati sokongan pengecasan di rumah secara percuma dan skim pembiayaan kadar faedah rendah, dengan jumlah insentif mencecah RM28,000. Tesla turut melancarkan Program Insentif Mobiliti Hijau bagi menyokong organisasi yang sehaluan serta kakitangan mereka dalam menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik demi masa depan yang lebih lestari.


Tesla komited untuk meluaskan lokasi pengalaman, perkhidmatan selepas jualan, dan liputan pengecasan di seluruh Malaysia demi memberikan pengalaman pemilikan yang lancar dan menyeluruh. Setakat ini, Tesla menyediakan 14 stesen Supercharging dengan 64 Supercharger, serta 15 stesen Destinasi Pengecasan dengan 70 Wall Connector. Pelanggan juga boleh meneroka pengalaman Destinasi Pengecasan secara percuma untuk merasai kemudahan sistem ‘Plug and Charge’. Selain itu, 6 lagi stesen Supercharging akan dilancarkan tidak lama lagi di Malaysia.


Model Y Baharu (Pacu Roda Belakang bermula dari RM195,450; Varian Jarak Jauh dari RM242,450) dan sedan elektrik paling laris, Model 3 (harga bermula dari RM181,000) kini boleh dipandu uji. Hubungi 1-800-810 655 untuk maklumat lanjut mengenai insentif RM28,000 dan membuat janji temu pandu uji.





















Komen