top of page

Tesla Model Y Baharu Mula Dihantar di Malaysia, Terus Menggalakkan Pertumbuhan Penggunaan EV dalam Industri

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 23 jam lalu
  • 2 min membaca

Tesla Model Y

Model Y Baharu yang dinanti-nantikan telah memulakan penghantaran pertamanya di Malaysia – di Tesla Delivery Centre Cyberjaya, Tesla Service Centre Penang dan Tesla Service Centre Johor. Penghantaran Model Y Baharu ini menandakan satu lagi pencapaian penting oleh Tesla Malaysia dan terus menggalakkan peralihan daripada kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) kepada kenderaan elektrik (EV) di negara ini.


Tesla Model Y

Dilancarkan secara global pada Januari tahun ini, Model Y Baharu hadir dengan dua varian: pacuan roda belakang dan Long Range, dengan harga bermula dari RM195,450 dan RM242,450 masing-masing. Model Y telah menjadi kenderaan paling laris di dunia serta menerima penarafan keselamatan tertinggi selama bertahun-tahun. Model Y Baharu mengekalkan teknologi canggih dengan inovasi dan prestasi yang unggul. Dengan lampu belakang panel badan pantulan tidak langsung yang pertama dalam industri dan bar lampu silang baharu di bahagian hadapan, Model Y Baharu tampil dengan rekaan tersendiri yang diinspirasikan daripada Cybertruck dan Cybercab.


Tesla Model Y

Tesla Model Y

Seperti pemilik Tesla sedia ada, pemilik Model Y Baharu boleh menikmati pengecasan percuma di semua 15 Stesen Pengecasan Destinasi yang menawarkan 70 pengecas destinasi, serta kadar pengecasan Supercharger terendah sebanyak RM1.19/kWj di semua 14 Stesen Supercharger yang menempatkan 64 pengecas Supercharger di seluruh Malaysia. Enam lagi stesen Supercharger akan dibuka pada tahun ini, termasuk di Pavilion Damansara Heights, Bangsar South, IPC Shopping Centre, I-City Finance Avenue, The Mall, Mid Valley Southkey dan Toppen Shopping Centre. Tesla komited dan akan terus berusaha membina infrastruktur pengecasan bagi menyediakan pengalaman pengecasan yang lancar dan menyeluruh untuk semua pemilik Tesla.


Tesla Model Y

Tesla Model Y

Tesla juga mengalu-alukan pemilik baharu dan sedia ada untuk menyertai program Refer & Earn, yang direka untuk meraikan keseronokan berkongsi pengalaman memandu Tesla. Menerusi program ini, pemilik dan rakan-rakan mereka boleh bekerjasama untuk mendapatkan ganjaran sehingga RM15,000 setahun. Pelanggan juga boleh menikmati sokongan pemasangan pengecas rumah secara percuma dan skim pembiayaan kadar faedah rendah untuk memiliki kenderaan Tesla dengan jumlah insentif sehingga RM28,000. Tesla baru-baru ini turut melancarkan Program Insentif Mobiliti Hijau untuk menyokong organisasi yang sehaluan dan kakitangan mereka bagi membolehkan penggunaan kenderaan elektrik demi masa depan yang lebih lestari.

Komentar


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

bottom of page