top of page

The Anti-Motion Sickness MPV: Nissan Serena e-POWER Serba Baharu Mendahului Segmen Dengan Teknologi Terobosan

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 4 jam lalu
  • 3 min membaca

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) hari ini mengumumkan momentum jualan kukuh bagi All-New Nissan Serena e-POWER, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai MPV pertama di Malaysia yang dibangunkan khusus untuk menangani salah satu isu paling biasa dihadapi keluarga di jalan raya: mabuk perjalanan. Dengan menggabungkan teknologi inovatif e-POWER Nissan bersama kejuruteraan Anti-Motion Sickness yang direka secara menyeluruh, Serena e-POWER menawarkan pengalaman mobiliti keluarga yang lebih lancar, senyap dan selesa.


Nissan Serena e-POWER Serba Baharu

Selama beberapa dekad, keluarga di Malaysia terpaksa menyesuaikan diri dengan keterbatasan kenderaan — pecutan yang tidak lancar, rasa menjunam ketika membrek, getaran enjin serta hayunan kabin yang boleh menyebabkan pening dan loya, terutamanya bagi penumpang di tempat duduk belakang. Dengan All-New Nissan Serena e-POWER, Nissan mengubah sepenuhnya situasi ini. Roda digerakkan 100% oleh motor elektrik, memberikan kelancaran pemanduan seperti kenderaan elektrik (EV) tanpa perlu pengecasan, manakala enjin berfungsi hanya sebagai penjana. Ini menghapuskan pertukaran gear, lengah kuasa dan pergerakan menjunam yang sering menjadi punca mabuk perjalanan.


“Bagi keluarga masa kini, mobiliti bukan sekadar pengangkutan — ia adalah sebahagian daripada gaya hidup harian,” kata Encik Christopher Tan, Naib Presiden Eksekutif Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd. “Serena e-POWER mencerminkan janji Nissan bahawa teknologi canggih harus memperkayakan perjalanan sebenar dan memenuhi keperluan keluarga. Dengan menangani realiti harian ibu bapa, kanak-kanak dan warga emas yang sering mengalami ketidakselesaan, pening atau keletihan dalam kenderaan konvensional, Serena e-POWER direka untuk mengurangkan mabuk perjalanan dari punca utamanya. Melalui kestabilan pemanduan yang dipertingkatkan untuk semua penumpang, kami memberikan keluarga Malaysia cara perjalanan yang benar-benar lebih baik dan boleh dinikmati sepenuhnya,” tambah Christopher Tan.


Direka untuk Mengurangkan Mabuk Perjalanan — Dari Punca Utamanya

Memahami faktor yang mencetuskan mabuk perjalanan menjadi asas kepada pendekatan kejuruteraan Nissan. All-New Nissan Serena e-POWER direka untuk mengurangkan hayunan badan, pergerakan kepala, getaran serta ketidakselarasan deria — iaitu faktor utama yang menyumbang kepada ketidakselesaan semasa perjalanan.


Nissan Serena e-POWER Serba Baharu

Aerodinamik yang dipertingkatkan, sistem suspensi dan stereng yang direka semula membantu mengurangkan hayunan kenderaan, manakala tingkap yang lebih besar mengurangkan ketidakseimbangan visual. Tempat duduk Zero Gravity pada barisan pertama dan kedua pula menyokong badan secara semula jadi untuk mengurangkan pergerakan kepala — salah satu punca utama rasa loya. Di bahagian dalaman, kabin yang lebih senyap turut meningkatkan rasa tenang sepanjang perjalanan. Penambahbaikan ini memberi manfaat nyata kepada keluarga: kanak-kanak boleh membaca, tidur atau menggunakan peranti tanpa rasa tidak selesa, penumpang warga emas menikmati sokongan yang lebih baik, manakala ibu bapa pula dapat menikmati pemanduan yang lebih lancar dan kurang tekanan. Dengan fungsi e-Pedal Step, pemanduan satu pedal membantu mengurangkan keletihan dalam kesesakan lalu lintas, menjadikan perjalanan jauh seperti balik kampung lebih santai dan menyeronokkan untuk semua penumpang.


Dengan permintaan yang kini melebihi 1,300 tempahan, pelanggan digalakkan untuk membuat tempahan lebih awal. Sehingga kini, sebanyak 250 unit All-New Nissan Serena e-POWER telah diserahkan di seluruh negara, di mana para pemilik menikmati perjalanan Raya pertama mereka dengan pengalaman Anti-Motion Sickness bersama Serena e-POWER. Keluarga di seluruh Malaysia kini mula menyedari mengapa Serena e-POWER menjadi penanda aras baharu sebagai MPV terlaris di negara ini. Untuk merasai sendiri kejuruteraan Anti-Motion Sickness ini, kunjungi mana-mana bilik pameran Nissan atau hadir ke siri jelajah Serena e-POWER di seluruh negara.


Nissan Serena e-POWER Serba Baharu

Tempah pandu uji hari ini. Hanya dengan duduk di dalamnya, menikmati kesenyapan kabin dan merasai pecutan yang lancar, barulah anda dapat benar-benar menghargai konsep BIG. EASY. FUN yang dihidupkan oleh All-New Nissan Serena e-POWER — menjadikan setiap perjalanan lebih tenang, selesa dan harmoni.


Seiring peningkatan pengeluaran bagi memenuhi permintaan yang kukuh, rebat pengenalan sebanyak RM5,000* serta pakej aksesori percuma bernilai RM8,000** masih diteruskan — memberikan permulaan yang lebih berbaloi untuk pengalaman pemilikan yang lebih memuaskan.

Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page