top of page

Tian Siang Premium Auto Lancar Pusat Pameran MINI Eksklusif di Ipoh, Pacu Mobiliti Elektrik dengan Kemudahan Pengecasan Baharu.

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 2 Dis
  • 2 min membaca

Pusat Pameran MINI

Pusat Pameran MINI
Pusat Pameran MINI

Tian Siang Premium Auto memperkenalkan inisiatif terbaharunya – pusat pameran MINI baharu di Ipoh, Perak. Menumpukan sepenuhnya kepada kenderaan MINI, pusat pameran ini adalah yang kedua seumpamanya di Malaysia, selepas pusat pameran MINI tersendiri terletak di Bangsar, Kuala Lumpur. Sebagai rangkaian pengedar terbesar di wilayah utara, Tian Siang Premium Auto bertekad untuk memberikan pengalaman luar biasa kepada semua pelanggan MINI, dan kini dipertingkatkan dengan stesen pengecasan EV baharu bagi memperluas akses buat pemilik EV di rantau ini.


Benjamin Nagel, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, berkata, “Kami amat teruja untuk merasmikan pusat pameran MINI tersendiri kedua di Malaysia ini. Pengembangan ini bukan sahaja menekankan komitmen kami dalam memberikan pengalaman MINI yang unik, tetapi juga mencerminkan keterujaan yang semakin meningkat terhadap jenama ini di Malaysia. Penambahan kemudahan pengecasan EV baharu di pusat pameran ini turut memperkukuh misi kami untuk membina ekosistem yang menyokong Mobiliti Elektrik di samping memberikan Pengalaman Pemilikan Premium yang menyeluruh kepada pelanggan. Kami menantikan kehadiran para peminat dan penunjung untuk meneroka pelbagai kemungkinan tanpa had yang ditawarkan oleh gaya hidup MINI di pusat pameran terbaru kami di Ipoh.”


Pusat Pameran MINI
Pusat Pameran MINI

Mak Kam Hong, Pengedar Prinsipal bagi Tian Siang Premium Auto (MINI) berkata, “Dengan kehadiran kukuh kami sebagai pengedar BMW Group Malaysia sejak 2007, kami bertekad untuk memberikan pengalaman MINI yang tiada tandingan di Ipoh, dengan menyediakan ruang dinamik untuk para peminat menikmati keseronokan pemanduan sebenar yang mendefinisikan jenama MINI. Kami berbesar hati memikul peranan penting dalam meluaskan jenama MINI di Malaysia melalui pelancaran pusat pameran MINI tersendiri kedua di negara ini. Kehadiran stesen pengecasan baharu di premis ini turut menyokong para pelanggan beralih kepada Mobiliti Elektrik dengan lebih mudah dan selesa.”


Pusat pameran seluas 6,500 kaki persegi ini terletak di No. 87, Jalan Tunku Abdul Rahman, 30,100 Ipoh, Perak. Lokasi baharu ini menempatkan operasi perniagaan MINI serta ruang pameran kenderaan yang boleh memuatkan sehingga lima unit pameran. Dengan pasukan terdiri daripada 12 kakitangan berdedikasi, Tian Siang Premium Auto (MINI) memastikan pengalaman yang lancar di pusat pameran. Kemudahan mesra pelanggan seperti Ruang Santai Pelanggan dan Zon Hiburan turut disediakan dengan teliti untuk keselesaan pengunjung.


Pusat Pameran MINI
Pusat Pameran MINI

Selain itu, Tian Siang Premium Auto (MINI) telah berkolaborasi bersama Gentari untuk melengkapkan kawasan parkir pelanggan dengan kemudahan pengecasan AC dan DC serta kemudahan awam, sekali gus memperkukuh komitmen pengeluar automotif premium tersebut serta pihak pengedar dalam meningkatkan akses kepada infrastruktur pengecasan di rantau ini. Infrastruktur pengecasan baharu di Ipoh ini dilengkapi dengan dua pengecas DC 180 kW dengan kadar pengecasan bermula pada RM1.70 setiap kWh dan dua pengecas AC 22 kW (Percuma). Sehingga kini, BMW Group Malaysia telah menyediakan lebih daripada 2,000 kemudahan pengecasan di seluruh negara melalui kerjasama strategik dengan penyedia pengecasan EV tempatan yang berkongsi aspirasi yang sama dalam memacu mobiliti elektrik di Malaysia.


Pusat Pameran MINI
Pusat Pameran MINI

Tian Siang Premium Auto (MINI) beroperasi setiap hari dari 8:30 pagi hingga 5:30 petang pada hari Isnin hingga Jumaat, dari 8:30 pagi hingga 5:00 petang pada hari Sabtu, serta dari 10:00 pagi hingga 5:00 petang pada hari Ahad dan cuti umum.

Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Pandu Pandu Icon
PanduBabes Logo
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta. Bersama PanduBabes, kami membawa cerita, inspirasi dan acara untuk komuniti peminat automotif Malaysia.
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2025 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page