top of page

Tiggo 7 Mencipta Penanda Aras Baharu Dengan Empat Penarafan Keselamatan Tertinggi Di Peringkat Global

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 11 Mac
  • 3 min membaca

Tiggo 7

TIGGO 7 telah mengukuhkan kedudukannya sebagai SUV yang paling banyak menerima pengiktirafan dalam segmennya, menjadi satu-satunya kenderaan jenama China yang meraih penarafan keselamatan lima bintang tertinggi daripada empat pihak berkuasa keselamatan automotif global utama — European New Car Assessment Programme (Euro NCAP), Australasian New Car Assessment Program (ANCAP), New Car Assessment Program for Southeast Asian Countries (ASEAN NCAP) dan China New Car Assessment Program (C-NCAP).


Pencapaian ini meletakkan TIGGO 7 dalam kelas tersendiri, dipadankan dengan kejuruteraan unggul, teknologi canggih serta komitmen teguh terhadap keselamatan penumpang dan pemandu individu.


Tiggo 7

Pada penghujung tahun 2025, TIGGO 7 mencapai kejayaan bersejarah apabila memperoleh penarafan lima bintang ASEAN NCAP dengan skor 94.68 mata — yang tertinggi dalam sejarah organisasi itu sejak ditubuhkan pada 2011. Ia turut menonjol apabila meraih markah penuh dalam kedua-dua kategori Perlindungan Dewasa dan Bantuan Keselamatan (Adult Occupant Protection), menjadikannya satu-satunya model plug-in hybrid yang menerima “skor berganda”.


Direka dengan mengambil kira cabaran trafik Asia Tenggara yang sering melibatkan pergerakan motosikal yang padat dan aliran trafik dinamik, sistem bantuan pemandu pintar L2+ TIGGO 7 merangkumi pemantauan titik buta (blind spot) dan amaran lintasan trafik belakang (rear cross-traffic alert) yang dipertingkatkan.


Sistem ini diaktifkan secara automatik pada kelajuan melebihi 15 km/j bagi mengurangkan risiko pelanggaran semasa menukar lorong atau ketika membuka pintu.


Melengkapkan ciri tersebut ialah struktur keselamatan pasif kukuh, dengan lebih 61% badan kenderaan diperbuat daripada keluli berketumpatan tinggi serta palang anti-perlanggaran aluminium di bahagian hadapan yang direka untuk mengekalkan integriti kabin walaupun dalam hentaman kuat.


Tiggo 7
Di Malaysia, TIGGO 7 ditawarkan dalam dua varian: TIGGO 7 PHEV (foto) dan TIGGO 7 PRO.

Pada Oktober 2025, TIGGO 7 meneruskan momentum globalnya apabila menerima penarafan lima bintang daripada Euro NCAP, dengan prestasi seimbang merentasi kategori utama keselamatan termasuk Perlindungan Dewasa, Perlindungan (Adult Occupant Protection) Kanak-kanak, Perlindungan Pengguna (Child Occupant Protection) Jalan Raya Rentan (Vulnerable Road User Protection) dan Bantuan Keselamatan (Safety Assist).


Hanya dua bulan kemudian, ANCAP mengesahkan bahawa spesifikasi Australia bagi TIGGO 7 CSH mengekalkan prestasi kukuh yang sama seperti di Eropah dan dianugerahkan penarafan keselamatan lima bintang ANCAP.


Memandangkan Euro NCAP dan ANCAP berkongsi protokol ujian yang serupa, pencapaian pengiktirafan berganda dalam tempoh singkat ini membuktikan kemampuan TIGGO 7 memenuhi dan mengatasi antara standard keselamatan paling ketat di dunia, tanpa mengira pasaran.


Tiggo 7

Pengiktirafan keselamatan global TIGGO 7 mencerminkan komitmen jangka panjang Chery terhadap kejuruteraan keselamatan. Model ini menggunakan struktur badan penyerap tenaga jenis sangkar, dengan lebih 60% daripada pembinaannya menggunakan keluli berketumpatan tinggi, manakala bahagian kritikal diperkuat dengan keluli terbentuk panas 1500 MPa. Lapan beg udara turut disediakan sebagai ciri standard untuk meningkatkan perlindungan penumpang.


Selain itu, TIGGO 7 mengintegrasikan rangkaian teknologi keselamatan pintar yang direka untuk menyokong pemandu dalam situasi pemanduan sebenar. Sistem Brek Kecemasan Automatik (AEB) mengesan kenderaan dan pejalan kaki di hadapan sebelum mengaktifkan tekanan brek apabila diperlukan.


Sementara itu, paparan casis lutsinar (transparent chasis) 540 darjah memberikan pandangan menyeluruh terhadap persekitaran kenderaan, membantu pemandu menghapuskan titik buta dan memandu dengan keyakinan lebih tinggi.


Dari China ke Eropah, Australia dan Asia Tenggara, prestasi cemerlang TIGGO 7 dalam program keselamatan global membuktikan komitmen Chery dalam menghasilkan kenderaan dengan gabungan teknologi maju dan standard keselamatan tinggi — memastikan perlindungan lebih baik, keyakinan dan ketenangan fikiran untuk pemandu serta keluarga pada setiap perjalanan.


Chery Group Memulakan tahun 2026 dengan Kukuh

Sejak awal 2026, industri automotif global sedang melalui tempoh pelarasan struktur dan transformasi teknologi pesat. Dalam landskap mencabar ini, Chery terus menunjukkan ketahanan kukuh dan fokus strategik yang lebih tajam.


Tiggo 7

Pada Februari 2026, syarikat mencatat jualan global sebanyak 161,000 unit — peningkatan mengagumkan 41.5% tahun ke tahun. Momentum eksport Chery juga kekal kukuh, dengan eksport bulanan melebihi 100,000 unit selama sepuluh bulan berturut-turut.


Setakat ini, Chery Group telah mengumpul lebih daripada 18.89 juta pengguna di seluruh dunia, termasuk lebih 6.09 juta pelanggan luar negara, menjadikannya jenama automotif China pertama yang melepasi pencapaian enam juta pengguna antarabangsa.

Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page