top of page

UMW Toyota Motor Teruskan Momentum April dengan Pilihan Mobiliti yang Lebih Luas

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 26 Mei
  • 3 min membaca

 all-new Yaris Cross

UMW Toyota Motor (UMWT) mencatatkan jualan sebanyak 6,464 unit pada April 2026, menjadikan jumlah jualan terkumpul tahun ini kepada 21,924 unit. Prestasi ini meneruskan permulaan sibuk UMWT bagi tahun ini, didorong oleh aktiviti produk yang berterusan, pengukuhan kehadiran mobiliti elektrifikasi serta usaha berterusan untuk menawarkan pilihan mobiliti yang sesuai dengan pelbagai gaya hidup, keperluan dan tahap kesediaan pelanggan.


 all-new Yaris Cross HEV

Seiring landskap tenaga dan mobiliti Malaysia yang terus berkembang, UMW Toyota Motor mempercepat hala tuju elektrifikasinya menerusi pendekatan Toyota Multi-Pathway, dengan menawarkan solusi yang dibentuk berdasarkan keperluan dunia sebenar, kesediaan pelanggan serta cara rakyat Malaysia menggunakan kenderaan mereka. Model Toyota bZ4X, Urban Cruiser BEV dan Hilux BEV memperkukuh penawaran kenderaan elektrik bateri Toyota di Malaysia, manakala all-new Yaris Cross menambah pilihan elektrifikasi dalam segmen B-SUV Toyota. Bersama-sama, model ini mencerminkan portfolio elektrifikasi Toyota yang lebih luas, di mana Hybrid Electric Vehicles menawarkan langkah praktikal ke arah mobiliti lebih hijau melalui kecekapan bahan api, pemanduan lebih lancar dan tanpa keperluan pengecasan luaran, sementara Battery Electric Vehicles pula memenuhi keperluan mereka yang bersedia beralih sepenuhnya kepada pemanduan elektrik.



“Di Toyota, kami memahami bahawa setiap rakyat Malaysia mempunyai keperluan mobiliti dan gaya hidup yang berbeza, sebab itu pendekatan Multi-Pathway kami memberi fokus kepada penyediaan pilihan mobiliti yang lebih luas, praktikal, mudah diakses dan relevan mengikut tahap kesediaan pelanggan,” kata Datuk Ravindran K., Presiden UMW Toyota Motor. “Sama ada Hybrid Electric Vehicles untuk pelanggan yang mencari kecekapan bahan api dan kemudahan dalam pemanduan harian, atau Battery Electric Vehicles bagi mereka yang bersedia beralih kepada mobiliti elektrik sepenuhnya, matlamat kami adalah menawarkan solusi yang sesuai dengan cara rakyat Malaysia hidup, berulang-alik dan mengembara. Selain memperluaskan barisan produk kami, kami juga terus memperkukuh kesiapsiagaan servis, sokongan pemilikan dan pengalaman pelanggan bagi memastikan setiap pelanggan dapat melangkah ke hadapan dengan yakin melalui pilihan yang paling sesuai dengan keperluan mereka,” tambah beliau.


Toyota Eco Youth

Menyokong Pelanggan Melangkaui Pengalaman Pemanduan 

Seiring momentum produknya, UMW Toyota Motor terus memperkukuh keyakinan pemilikan menerusi kempen Toyota Extra Mile dan Toyota MY App Campaign, yang berlangsung dari April hingga Jun 2026.

Toyota Extra Mile menghimpunkan ganjaran, perlindungan, kemudahan, ketenangan fikiran, keselamatan dan penjagaan bagi menyokong pelanggan sepanjang perjalanan pemilikan mereka. Sementara itu, kempen aplikasi Toyota MY menawarkan 500 mata Loyal-T kepada pengguna yang mendaftar, serta tambahan 500 mata Loyal-T apabila mereka melengkapkan tempahan servis melalui aplikasi di pusat servis Toyota yang sah. Mata terkumpul ini boleh ditebus untuk baucar servis, sekali gus memberikan nilai tambah dan kemudahan lebih baik untuk servis akan datang.


Bersempena kempen promosi Mei, UMW Toyota Motor turut menawarkan pakej menarik bagi model-model terpilih untuk menjadikan pemilikan Toyota lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia. Pelanggan kini boleh memiliki Toyota baharu dengan ansuran bermula serendah RM746 sebulan, disokong oleh pilihan pembiayaan fleksibel yang direka untuk memberikan nilai dan kemudahan lebih baik.


Toyota Dream Art Contest

Meneruskan Komitmen Toyota kepada Komuniti 

UMW Toyota Motor turut meneruskan sokongan terhadap pembangunan belia menerusi dua program jangka panjang yang memupuk tindakan praktikal dan imaginasi dengan pendekatan berbeza. Toyota Eco Youth, yang kini memasuki edisi ke-25, menerima 327 penyertaan dari seluruh negara, dengan geran dan hadiah bernilai RM170,000 disediakan untuk menyokong 30 sekolah yang disenarai pendek dalam membangunkan projek alam sekitar yang diterajui pelajar. Melengkapkan inisiatif ini, Toyota Dream Car Art Contest menggalakkan kanak-kanak membayangkan masa depan mobiliti melalui seni, dan mencatat penyertaan tertinggi pernah direkodkan dengan 6,508 penyertaan daripada 96 sekolah melibatkan lebih 72,000 pelajar di seluruh Malaysia.


Melalui falsafah Move Your World, UMW Toyota Motor terus menawarkan mobiliti yang bermakna, boleh dipercayai dan relevan untuk rakyat Malaysia, sambil mengukuhkan peranannya dalam menyokong pelanggan, komuniti serta generasi masa depan.




Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page