top of page

Volvo Executive Car Sales 2026 Tawar 80 Unit Dari RM148,000

aisha5891
6 Okt
2 min membaca

Acara Volvo Executive Car Sales anjuran Volvo Car Malaysia kembali lagi dengan tawaran menarik untuk pelanggan yang ingin memiliki kenderaan premium pada harga lebih kompetitif. Berlangsung pada 10 hingga 11 Oktober 2026 di Tingkat 3A, Symphony Square, Petaling Jaya, acara ini menampilkan sebanyak 80 unit kenderaan terpakai premium Volvo Selekt Certified Used Cars yang diperoleh terus daripada armada korporat Volvo Car Malaysia, dengan harga bermula serendah RM148,000.

Volvo Selekt Certified Used Cars menawarkan peluang kepada pelanggan untuk menikmati pengalaman pemilikan premium bersama tahap keselamatan, kualiti dan ketenangan fikiran yang menjadi identiti Volvo.


Bagi mereka yang ingin beralih kepada kenderaan premium, program ini menyediakan pilihan pemilikan yang lebih berbaloi tanpa mengorbankan pengalaman pemanduan serta ciri keselamatan.

Piawaian Tanpa Kompromi, Jaminan Kualiti Terbukti

Volvo Selekt Certified Used Cars menetapkan standard tersendiri dalam segmen kenderaan terpakai dengan menawarkan pengalaman pemilikan premium yang hampir setanding dengan pembelian kenderaan baharu.


Setiap unit dipilih dengan teliti dan hadir dengan perbatuan rendah, termasuk serendah 2,000 km sahaja.


Setiap kenderaan turut menjalani pemeriksaan menyeluruh 125-titik oleh juruteknik terlatih Volvo, selain menerima kemas kini perisian terkini serta penggunaan alat ganti tulen Volvo. Pelanggan juga boleh menikmati baki waranti lima tahun tanpa had perbatuan, bantuan tepi jalan 24 jam serta sokongan ketersambungan digital.


Selain itu, setiap unit dilengkapi Volvo Service Plan aktif yang merangkumi sekurang-kurangnya satu tahun servis percuma. Bagi model elektrik pula, pelanggan turut menerima baki perlindungan waranti bateri voltan tinggi sehingga lapan tahun.


Bagi menjadikan proses pemilikan lebih mudah, Volvo Car Finance turut menawarkan pakej pembiayaan dengan kadar faedah serendah 2%, termasuk kemudahan kelulusan pinjaman pada hari yang sama.



Barisan Model Pilihan Jualan Eksekutif Volvo Selekt

Barisan yang ditawarkan Volvo Car Malaysia kali ini merangkumi beberapa model elektrik sepenuhnya generasi terkini serta SUV plug-in hybrid yang popular, dengan bayaran bulanan bermula daripada:


  • Volvo EX30 (dari RM1,452/bulan): SUV paling kompak Volvo yang menggabungkan ciri keselamatan, teknologi dan prestasi dalam pakej yang sesuai untuk kegunaan di bandar.


  • Volvo EC40 (dari RM1,697/bulan): Crossover elektrik sepenuhnya yang menawarkan gabungan gaya, prestasi dan pengalaman pemanduan moden.


  • Volvo XC60 (dari RM2,148/bulan): Antara model terlaris Volvo Cars yang menawarkan keseimbangan antara keselesaan, praktikaliti dan kemewahan.


  • Volvo XC90 (dari RM2,994/bulan): SUV tujuh tempat duduk yang menawarkan ruang luas, fleksibiliti serta tahap keselamatan dan keselesaan yang tinggi.


  • Volvo ES90 (dari RM2,639/bulan): Sedan premium elektrik sepenuhnya pertama Volvo yang mengetengahkan teknologi pintar serta ciri keselamatan terkini.


  • Volvo EX90 (dari RM2,836/bulan): SUV elektrik sepenuhnya utama Volvo yang menggabungkan kemewahan, teknologi canggih dan sistem keselamatan generasi baharu.


Unit Terhad

Dengan hanya 80 unit tersedia sepanjang dua hari acara, peluang untuk mendapatkan model Volvo premium melalui program ini adalah terhad. Memandangkan unit yang ditawarkan mempunyai spesifikasi serta perbatuan yang berbeza, ketersediaan adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat.


Komen


ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page